Saturday, October 10, 2009

10 Oktober

Sampai bila2 saya tak pernah lupa dengan date ni
Mungkin warga UPSI yang tau cerita ni pon takkan lupa ngan date 10 Oktober ni

10 Oktober...
Kengkononnya 10 Oktober tarikh keramat
Hantu perempuan berlegar kat kawasan asrama KHAR (sekarang ni dah jadi fakulti)
Hantu perempuan merayau2 kat Tadahan Utara/Selatan

Ceritanya bermula
10 Oktober yang berpuluh2 tahun yang lepas
Seorang penuntutnya telah membunuh diri selepas melahirkan bayinya (buang baby sebenornya)
Masa ni rasanya masih lagi SITC, tak pun IPSI
Dengarnya, dia mengandung luar nikah
Tak tau la plak dirogol ke hapa

Setiap 10 Oktober
Hantu perempuan tu akan melawat setiap bilik yang pernah dihuni kawan-kawannya
Bertanyakan tentang anaknya tu

Dan setiap kali menjelang 10 Oktober
Semua yang tau kisah ni tak berani nak keluar berjalan2 di kawasan yang disebut tadi

Dulu...masa KHAR tak tutup lagi
Menjelang 10 Oktober, semua penghuni asrama yang terbabit akan berpindah
Tido di surau beramai2

Sekarang ni tak tau la sama ada dia muncul lagi ke tak
Sebab masa saya belajar dulu...puasa jatuh masa bulan Oktober
Takde la takut sangatkan...

p/s : Hantu tu ada nama tau...nama dia cikgu apa ntah...tipah, timah???hoho...siyes tak ingat nama hantu tu