Episod entry kali ini bukan untuk menceritakan tentang sambungan kisah terluka sebelum ini kerana fobia dan trauma saya masih lagi belum hilang...sebaliknya....tentang boros
Bulan ini saya agak melampau dalam perbelanjaan
Tapi tak nampak pon apa yang dibeli
Mujur gaji akan masuk tak lama lagi
Tapi saya bukan la seorang yang boros sebenarnya
Ada juga benda-benda yang berjaya melalui tapisan kewangan
Jadi...masih boros atau dalam keadaan terkawal??
Untuk minggu ni sahaja saya berhabis ratusan ringgit malaysia
Gila la...tak menyimpan pon untuk November
Harap masih ada baki sebelum Disember pula muncul
Agaknya ini la perit berkereta
Huhu...tak boleh cakap kat abah
Nanti kena gelak
"tu la...nak sangat beli kereta kan..."
Petang tadi bersoping sakan kat Taiping
Misi utama untuk servis kereta di Perodua
Misi sampingan mencari hadiah kahwin teman-teman
And the mission accomplished!
Consequence : poket mengering
Sekarang ni...
Semua dah terbongkang tido
Tapi rasa macam ada yang tak kena
Sangat tidak sedap hati
Tak tau la pasal apa
Macam-macam bermain kat minda
fuuh fuuuh...pergi la jauh-jauh minda jahat
Wednesday, December 16, 2009
B-E-L-A-N-J-A
Posted by Teruterubozu Anamae at 12:35 AM 0 comments
Thursday, October 8, 2009
Penat teramat
Hari ni agak penat
Kelas 6 waktu...6-6 waktu saya mengajar ye..
Dah tu kelas berturut2, gap 1 waktu
Pagi tu saya dah balun lepak kat kantin 1 jam...heheee
Lepas je kelas, ada lak meeting
Since saya banyak kelas hari ni, so saya tak pegi la ke pejabat
Kul 1.45 baru gi pejabat sebab ada surat kat pejabat kononnya la...
But then...baru tahu yang ada meeting
Kelam kabut cari kertas cos buku meeting x bawa
Meeting kewangan...hukhukhuk
Sampai kul 2.45 lak tu
Sadis sungguh!!!
Balik2 umah kelam kabut makan, mandi n solat
Dah janji ngan Intan nak keluar gi wat facial
Mula2 macam tak jadi...but she text me and ajak keluar
Hoho...berdesup macam superman
Makan main telan aje...sepinggan penuh lak tu..lapar weh!!
Arah tuju ronggeng kami petang ini ialah Mawar Anggun melayu punye eh
Buat facial resdung
Both of us ada resdung...hehehe....
Saya yang paling kritikal kot
Sebab...saya adalah hantu laksa
And saya tak penah wat apa2 treatment except makan ubat bila sakit and rasa miang satu muka
Bukan tu aje...
Ini la 1st time saya wat facial secara berbayar kat kedai
Selalunya pon cuci ngan pencuci muka
Or paling rajin pon wat mask putih telur tu kira rajin tahap dewa la
Patut rekod dalam Hari Ini Dalam Sejarah
Sekarang saya rasa letih amat...
Sebenarnya lepas buat facial tadi dah rasa ngantuk2
Tapi kena settle keja dulu baru boleh tido...
Esok ada kerja penting yang menunggu di sekolah
Kena wat surat buang sekolah...
I have something x siok pasal berhenti and buang sekolah ni
Tell u later if i have time...
Rite now have to concentrate to my work
Tapi nak gi makan dulu...lapar lagi ni
mak masak sambal tumis udang, mana tak teruk sakit resdung ni
See u soon my dearest blog...and tc
Wednesday, August 19, 2009
Shopping time
Saja je nak berjalan sebenarnya
Mak mesti bosan dok sorang kat umah je...
Perabot2 kat umah tu dah beralih tempat semuanya
Tambah2 lak hari ni abah gi Ipoh
Lagi la mak tinggal sorang
So, saya balik la awal sikit...pastu keluar ngan mak
(er..idak la awal sangat pon...dalam 2.45 baru sampai umah..sempat la tengok cite Sekar)
Mission kami dua beranak petang tadi adalah untuk menyervay kain langsir dan gi kedai Satinni
Pastu cam biasa la..masuk Billion beli barang2 keperluan
Tapi saya ada mission tambahan...nak survey n if berkenan nak beli kain ela
Nak wat baju kurung pahang lepas raya nanti
Jalan punya jalan keliling Pusat Bandar tu
Keluar masuk sume kedai kain yang ada
Akhirnya dapat la kain ela 2 pasang
Yippie!! Saya suke!!!
Langsir????
Hehehe....
Nama pon survey je kan...jadinya survey je la
Ada gak yang berkenan di hati
Opss!!
Bukan langsir raya ek...
Langsir untuk pasang dalam bilik tido jerrr
Sangat berkenan dengan langsir cotton kat Kedai Fiona
Corak bunga kecik2, tanahnya warna putih...
Tapi rajin ke nak iron2...kedut seribu lepas basuh weh....
Sekarang ni badan agak letih..
But..there are a few works to do..hukhuk
Data hapakabanda ntah nak kene hantar
Jumaat due date...esok dah kena minta signature big boss
Dan malam ni gak...FS was under maintanance
Ala....tak boleh la update countdown saya tu
2 hari tu satu penyeksaan tau!!
Posted by Teruterubozu Anamae at 8:13 PM 4 comments
Thursday, July 9, 2009
Ceritera Perlis
Lepas gi meronggeng kat Padang Besar, gi bergambar kat Ladang Anggur n Signboard Timah Tasoh. OTW tu lalu kat tempat apakenamenyetah...ada burung2 unta kat situ...Misi sepanjang perjalanan balik tu ada bergambar je.
SANGAT ENJOY!
Posted by Teruterubozu Anamae at 5:51 PM 2 comments
Sunday, April 19, 2009
Hari Keluarga
Misi : Hari keluarga
Lokasi : Winners Bowl Taiping & Restaurant Cherry Corner
Hari : Sabtu, 18hb April (9.00 am dari sekolah)
1) Pemandu yang tidak cekap
2) Co-driver yang tidak ingat jalan...
3) Penumpang yang expert la sikit...
Gabungan yang mantopppp.....
Jom main bowling....hentam aje la labu...
Makan2 and penyampaian hadiah...
Jelas kelihatan muka Yati yang frust sebab tak dapat tambah nasi lagi
Lauk sedap tapi nasi tak cukup...apada...
Sorang maintain scorenya (saya la tu...tak naik n tak turun)
Dan juga Puan Kamariah yang mula menyerlah pada game ke-2 and 3
Hehehe....gabungan beregu yang best
Nasib baik gak saya dapat hamper
Kalau tak, memang malu gilerrr
Dah la lawan ngan veteren je
Cepat Kak Kamariah...bahagi hamper ni
Apa2 pon..memang sakit tangan dan kaki
Mana taknya...bowling2 jugak...window shopping pon boleh tahan
Lepas je habes tentatif yang disusun oleh KGKT SMKBS
Kami terus bergerak ke Tesco dan Taiping Sentral
Esoknya tu...sakit badan2 sume...
Posted by Teruterubozu Anamae at 5:53 PM 0 comments
Tuesday, March 17, 2009
Dapat jugak
Selepas berbulan2 membuat survey harga, bentuk di kedai2 dan laman web, malah menyimpan sikit2 duit..saya akhirnya membeli Sony Ericsson Walkman W910i.



Posted by Teruterubozu Anamae at 4:56 PM 2 comments
Thursday, February 26, 2009
Bowling
Lokasi : Winners Bowl Taiping
Hari : Khamis, 26 Februari 2009
Masa : 2.00 pm - 6.30 pm
Peserta : Pelajar SMKBS dan guru2 yang lupa diri kejap...hekhek...
Petang tadi tempat bowling tu hanya dipenuhi oleh kami2 sahaja. Rasanya macam main bowling kat sekolah lak! Main 2 game je sebab kekangan masa...Lane lak ade yang rosak...jadi, cikgu2 kena main gilir2 ar....sebabnya...kami tak bayar!!! Hahahaha... Memandangkan ini adalah kali pertama saya main bowling...main pon ntah hapa2. Tak ada yang strike pon, tapi itu tidak bermakna semuanya masuk longkang ye....majoriti melanggar pin la...pakai skill bola jaring, camne tu??? Jaga gerak kaki la kot...
Bertolak balik dari Taiping pukul 6.30 pm. Sampai sekolah lak kul 7.30...then, saya kena up lagi 20 minit untuk sampai rumah dengan selamatnya. Alamak!! Dah dekat 10 pm dah..nak kena print sijil...hari Isnin ada perhimpunan khas..CIAO DULU!!!
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:34 PM 0 comments
Monday, February 23, 2009
Jom Shopping!!
Tapi papehal pon...saya perlu menyetelkan beberapa kerja yang sangat2 perlu diselesaikan iaitu buku folio utuk pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya dan juga menyiapkan laman web sekolah yang ternyata tergantung sehingga ke hari ini tanpa penyelesaian. Waduh, waduh...! Hari Sabtu ni nak kene sekolah lagi...menghadapi Latihan Dalam Perkhidmatan II plak..tabahkan hati ini....
So, jom shopping kat Econsave!! Hahahaha...biarpon takde apa sangat pon kat situ...tapi takpe....at least ade kedai blaus yang kucari-cari selama ini...Berhabis gak la aku di hujung2 bulan menyopping barang2 umah kat sana petang tadi...Yang penting PUAS!!! Ye....saya PUAS!!
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:49 PM 0 comments
Sunday, February 22, 2009
Trip to Pulau Sayak
Dengan 8 orang pelajar, 3 cikgu perempuan, 2 orang cikgu lelaki termasuk PK1 dan seorang ex-student SMKBS...kami menerjah lokasi tersebut.
Aktiviti malam kami.....memberi taklimat apa yang patut pelajar buat dan cari di tempat tersebut...juga menerjah buku2 pelajar untuk make sure diorang tulis bahan2 yang dikumpul
Apa yang ada disitu??? Aktiviti pelajar di sana..Antaranya temubual, bersihkan kolam, buat alga, bersihkan kupang untuk tujuan pembenihan, amek catatan, berlakon untuk rakaman dan lain2...
Aktiviti-aktiviti cikgu....ikut pelajar, tangkap gambar pelajar, rekod video pelajar dan tahan ngantuk kat sana. Tapi kadang2 cikgunye lebih excited dari pelajar terutama part bersihkan teritip2 kat kupang....
Bila naik ke darat je..keletihan masing2. Tapi Cikgu Taufik relax je...siap tengok peraih bekerja n beli sotong, udang lagi tu...
Posted by Teruterubozu Anamae at 11:15 AM 2 comments
Monday, December 29, 2008
Tudung Ekin

Pagi tadi jenjalan kat Pasar Kemboja. Sedikit info..Pasar ni terletak di Jalan Permatang Tok Mahat, depan sekolah Permatang Tok Mahat. Peniaganya majoriti adalah orang2 kemboja yang kaya-raya, dah ada 2-3 kedai kat merata Parit Buntar dan tempat2 yang berdekatan, rumah yang lebih besar dari rumah orang tempatan sendiri. Diorang ni awal2 dulu datang menjual guna van n letak longgok2 kat umah je..rasanya la..lebih kurang tahun 1992 sebab diorang jiran sejalan masa duduk kat Taman Kerian dulu. Pembeli dia masa tu orang2 kat Jalan Seroja dan jalan2 berhampiran yang tahu kewujudan kain2 diorang tu. Sekarang bisnes memang sangat superb..ntah berapa ribu masuk sehari. Oh ya..Permatang Tok Mahat pon dah makin glemer bila disebut2 dalam drama bersiri Renjis..yang part pemuda kampung nak kawen dengan wanita bandar, kengkonon wanita bandar tu nak buat wedding ala2 western..pastu pemuda kampung ni lari menyorok kat rumah Kirana dengan bantuan Kelana. Posted by Teruterubozu Anamae at 3:22 PM 0 comments
Sunday, December 21, 2008
Cuti-cuti di Langkawi
Dalam keadaan kegawatan ekonomi dan membudget2 kewangan, saya pergi juga mengikut rombongan kakak saya ke Langkawi. Turut bersama menyertai adalah adik saya, Yana. Kami bertolak dari rumah hampir pukul 8 pagi...berkonvoi dengan keluarga jiran kakak saya yang juga guru geografi saya semasa tingkatan tiga dulu, Cikgu Ghani. Sampai di Kuala Perlis pada pukul 11.15 pagi dan kami menaiki feri yang pada tiketnya tertera jam 12.30 tengah hari.
Mengapa Kuala Perlis, bukan di Kuala Kedah?? Ini kerana abang ipar saya, Cikgu Zabidi risau meninggalkan kereta di Kuala Kedah yang selaluu sahaja banjir dan beliau mempunyai kenalan yang mempunyai kedai di Terminal Jeti Kuala Perlis. Kiranya selamat sikit la parking di situ.
Terasa teruja menaiki feri tersebut. Lebih teruja lagi anak2 saudara dan juga anak2 Cikgu Ghani...rugi sahaja membayar seat kerana mereka tidak duduk pun, sebaliknya bertenggek dan melekat di cermin feri melihat pemandangan laut. Lagi2 mengujakan apabila saya menerima mesej dari Marlia yang memberitahu gaji sudah pon masuk. YEAYYYYY!!!! HARI INI KITA ENJOY!!!
Tibanya kami di Langkawi, kami terus mengisi minyak kereta sewa dan makan tengahari. Seterusnya perjalanan kami adalah ke tempat penginapan. Abang Bidi telah menempah sebuah apartmen di MRSM Langkawi. Untuk sehari semalam hanya RM120....mempunyai 3 bilik dan lengkap dengan kemudahan. Seolah-olah berada di rumah. Sangat berbaloi! Kami berehat2...ada yang tidur, ada yang menonton tv, ada yang bermain.
Sebelah malamnya kami merayau2 di Pekan Kuah melihat suasana malam dan menapau makanan untuk di makan di rumah. Rendang yang mak masak masih banyak. Membazir tu kalau tak dihabiskan.
HARI KE-2
Pagi2 lagi kami bersiap ke Pantai Chenang. Dina dan 'Abid sudah tidak sabar-sabar nak mandi laut. Air lautnya tenang je...tak dilambung2 ombak sangat. Memang sangat best! Tapi saya tak mandi laut...renyah la nak tukar2 baju pastu..
Dalam perjalanan ke Pantai Chenang,kami melalui jalan tepi pantai. Nampak jugak la Pulau Dayang Bunting...nauzubillah!! Benar2 menyerupai rupa seorang wanita mengandung berbaring. Nampak shape kepala, bahagian dada dan perutnya.
Selesai sudah bermandi-mandian, kami menuju ke Underwater World. Pada saya, tempat ini lebih menarik berbanding di Aquaria KLCC kerana lebih banyak benda hidup di dalamnya...cuma ikan jerungnya tidak banyak (ataupun tiada...sebab saya tak nampak pon...). Kalau di Aquaria, berlegar2 je jerung atas kepala. Selain itu, yang membezakan Underwater World dan Aquaria ialah penguin. Penguin di Underwater World chumil! Terketek2 aje jalannya...cute lor!
Selesai sahaja penjelajahan, kami mencari makan di rumah kenalan Abang Bidi...saya tak pasti di mana tapi boleh dikatakan kami telah menjelajah satu pulau kerana tersesat. Pulaunya kecik aje, jalannya bercabang2...kiranya kami telah berpusing 1 pulau la...Di rumah kenalan Abang Bidi, kami makan macam2...sangat menyelerakan. Kebetulan perut pula lapar...lauk pula sedap!
Selesai solat, kami menjenguk Makam Mahsuri tapi tidak singgah masuk...Mungkin kerana kepenatan dan anak2 saudara yang sudah mengamuk rimas. Terus sahaja kami ke Pekan Kuah untuk membeli-belah. Masuk aje dalam kedai Haji Ismail Group, saya dan Yana terus ke bahagian coklat. Woho...sangat best! Macam2 ada...!!! Saya tidak berminat ke bahagian lain di kedai tersebut yang juga menempatkan kain batik, tuala, pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu dan segala barangan kaca ala2 vantage mahupun dari melamine. Saya masih lagi berperangai keanak-anakan. Hehehehe....
Kami juga ke mall di Hotel Langkasuka...mencari sesuatu untuk mak dan abah sebagai buah tangan sempena gaji pertama. Ambil berkat kata orang. Sebelum ke mall, kami menikmati pemandangan petang di Dataran Helang...ambil gambar di sini sebaga bukti telah sampai di Pulau Langkawi. Juga mencari t-shirt Langkawi untuk encikhati
Arah tuju seterusnya...MAKAN!!! Sesampainya di apartmen, kami keletihan....
HARI KE-3
Bangun2 aje pagi terus mandi dan mula berkemas. Pening juga nak mengemas barang yang sudah bertambah. Mujur juga beg turut bertambah kerana Yana membeli beg troli yang sememangnya murah di Pulau Langkawi yang bebas cukai ini.
Selesai berkemas dan check-out pada pukul 11 pagi, kami kembali ke Pekan Kuah untuk shopping last minute.
Semasa membelek2 barang di kedai Haji Ismail Group, Yana senyap2 kembali ke MRSM mengambil barang yang tercicir. Dia ke sana dengan berjalan kaki. Mulanya dia mengajak saya, dia menyuruh saya memandu tapi...saya tidak pasti jalan2 di Pulau Langkawi. Dia diam aje...rupanya dia berjalan balik. Terus sahaja kami berkejar ke sana, tertinggal coklat yang baru dibeli berharga RM 42 di kerusi...haish betul budak tu!!! Nak tau apa yang tertinggal? Cuma sekeping gambar...gambar mak abah semasa konvo Abang Ejam...malam sebelumnya dan pagi sebelum check out 'Abid ada main2 dan letak di balkoni rumah. Adeh, bukannya tak boleh bersabar...mujur coklat tu tak diambil orang. Haissh!!!!
Selesai sudah drama, kami mencari kedai makan untuk makan tengah hari dan kemudiannya solat di masjid berhampiran Taman Komanwel, dan terus menuju ke Jetty Point..masuk dan menunggu feri yang konon2nya dijadualkan pukul 3 petang. Feri pon tau delayed tau...kehabisan minyak di tengah jalan agaknya...
Sampai di Kuala Perlis, menunggu Abang Bidi ambil kereta...terus bergerak pulang. Singgah di Kuala Kedah, rumah salah seorang lagi kenalan Abang Bidi. Kebetulan jirannya mengadakan kenduri kahwin...hehehhe, rezeki jangan ditolak beb! Tuan ruma menjemput kami makan...segan jugak. Dah la tak kenal, baju pula ketika itu cuma tshirt dan jeans lusuh....hentam aje la...
Malamnya tiba di rumah pukul 11 malam. Terus tido...tak larat nak buka beg pun...
p/s : Gambar akan di selitkan di entry selepas ini. Saya masih lagi kepenatan untuk transfer gambar2 yang ada...esok dah nak ke sekolah...meeting cikgu! Daaaaaaar..
Posted by Teruterubozu Anamae at 10:50 PM 3 comments
Labels: family matters, jalan2, ronggeng
Saturday, December 13, 2008
Perjalanan ke Pulau Pinang
Ini bukan pertama kali saya dan keluarga pergi ke Pulau Mutiara itu. Memandangkan kami tinggal di sempadan tiga negeri (untungnya saya...), tentunya tidak menjadi masalah bagi kami. Tapi sisipan kali ini sengaja diadakan ketika perjalanan kami ke USM menjemput kakak ipar saya yang menyambung belajar di sana. Dengan menaiki feri, tentunya lebih santai...
Sementara menunggu Kak Aishah menyelesaikan kerja-kerjanya, kami juga sempat bersantai di Kompleks Bukit Jambul. Saya mengambil kesempatan untuk meninjau kasut-kasut yang dijual. Tentunya untuk dipakai ke sekolah dan ke majlis yang akan dihadiri nanti. Susah menjadi saya...kerana saya mencari kasut yang comel. Yang orang pakai itu la yang berkenan di hati...tapi bila nak membeli, tak ada pula yang diingini. Akhirnya, selepas empat kali masuk ke kedai yang sama, saya mengambil keputusan membeli kasut hitam bling2 bertumit yang mempunyai reben di tepi..Nak tengok kasutnya???Hehehe, tak perlu la....biasa je....Posted by Teruterubozu Anamae at 3:01 PM 0 comments
Labels: family matters, jalan2, ronggeng






