Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Monday, December 7, 2009

PIKOM PC Fair

Punya la ramai orang...
Camne la mereka sanggup berurusniaga dalam keadaan sesak
Pasar malam pon tak seteruk di PISA ahad lepas


Tawaf satu stadium untuk masuk
Abah tiba-tiba excited nak tau apa yang ada

Bila masuk je stadium terus je pening kepala
Rasa macam nak muntah tengok gadget yang terlampau banyak
Kalau berduit sekalipun, rasanya saya tak akan beli kat PC Fair
Kepuasan membeli tu rasa macam takde
Sebab orang yang terlampau ramai
Booth yang terlampau banyak
Takde maknanya nak buat perbandingan harga
SESAK-BINGIT-SERABUT


Di booth P1 W1MAX
Mamat tu tengah kutip duit untuk kurangkan bayaran W1MAX



Hah..punya la ramai manusia kat sini

Mujur la saya hanya mahu jalan-jalan sahaja
Tidak la rasa frust sangat
Kalau setakat nak beli cooler, mouse...tak payah datang PC Fair
Baik pergi tempat lain aje..lagi bagus


Selamat tinggal Pulau Pinang


Juga selamat tinggal abang-abang kapal

Saturday, October 31, 2009

Sediakah anda?

Bersediakah untuk pergi kursus lagi????
Hari ni dah hari Sabtu...esok dah kursus
Banyak lagi keja nak setel
Banyak lagi benda nak pikir

Sapa nak amek kehadiran kelas?
Sapa nak key in markah?
Bila nak training bola jaring...?
Camne ngan data SSDM?

Ahhh...lupakan sesaat benda tu sume

Hari ni Fasha kawen (sepupu saya ye...bukan si Fasha Sandha tu)
Semalam dia dah sepatutnya selamat bergelar suami
Tak tahu la kul bape selamatnya...
Hari ni kenduri di Pandamaran
Esok lak kenduri kat umah Cu di USJ 16

Alalalala...
Kalo tak sebab sekolah hari ni dan juga kursus esok
Mesti saya sudahpon berada di Pandamaran
Tengah makan nasi kenduri
Woooo...terbayang nasi minyak dan lauk2 kendurinye
SEDAP SEDAP!!!

Takpe la...bukan rezeki
Ni nak mula buat keja
Nak key in data SEGAK
Kang nak mandi n klua ngedet HOHOHO
Mau ngedet di PC Fair kat Dewan Merdeka
Juga mau membeli pendrive n ink printer kaler hitam
Selepas itu....hmmmm...belum tau lagi

Malam ni nak marking paper Sivik plak
Dan malam ni juga kena packing barang
HARUS!!

p/s : akan kuceritakan tentang game bola jaring pagi tadi bila ada kelapangan

Tuesday, October 20, 2009

PC Assembling Training Part 2

Hari ke-2 kursus
Sepagian ke tengaharian ni kami buat cabling and pc

Seronok weh...
Fasi2 dari JPN Kedah sangat la sporting
Dapat geng buat keje pon sama2 happening
7 orang dalam 1 team...6 dari daerah Kerian...tak ke happening??
Bukan kami yang pilih tau...deme yang bagi...lalalala

Team saya terdiri daripada
1) Me la of cos
2) Yat from SMK Sri Perak
3) Cikgu Siti Rohani from SMK Seri Kurau...guru pembimbing saya masa praktikum dulu
4) Cikgu Farahfrom SMK Mudzaffar Shah
5) Cikgu Razak from SMK Panglima Bukit Gantang...guru pembimbing masa ROS dulu
6) Cikgu Fadli from SMK Kuala Kurau
7) Ckgu Zaini from SMK (F) Besout

Malam tadi kami buat apa???
Punya la lama menanti...malam tadi cuma taklimat sejam and makan je
Pastu balik bilik meng"online"kan diri, Yat gi ngedet...
Kengkononnye nak kuar sama tapi tak baik mengganggu privacy orang kan...




benda yang kami dapat malam tadi..fail, pen,buku

Petang ni jadual dah berubah...free!!
Kami nak pegi berjula-juli di Taiping Sentral ngan Tesco
Saya beli t-shirt and makanan (biarpun kat sini makan tak henti2)
Beli t-shirt sebab cuma bawa 1 t-shirt lengan panjang and 1 t-shirt lengan pendek
Lain2 sume baju kurung...


t-shirt...nanti leh pakai ngan sweater, cardi or inner


roti, keropok, coklat...makan untuk hidup

Oh ye...
Pagi tadi masa iron baju
Ada satu mende alah ni telah makan baju kurung saya


kawasan berkedut itu adalah tempat yang dah lompong


Ha...duduk la ko dia2 kat bawah tu

Ini bukan bermakna saya tak pandai iron baju tau
Tapi iron tu yang pelik...
Bukannya letak suhu tinggi sangat pon...1 je...
Sangat bengang la baju tu dah rosak
Camne nak buat ek....kat bahagian bawah lipat kain tu
Kalau berjalan mesti nampak kan...

Tapi takpe la...
Janji petang ni sudah hepi sebab dapat t-shirt purple
Kain tu nanti2 la pikir...

Thursday, July 16, 2009

Langkawi Lagi...

Jap gi nak gi Langkawi lagi
Kali ni bawa students untuk Kursus Kepimpinan
Jenjalan ngan students lak....

Betul kata Aizat...kalau jadi cikgu..pegi Langkawi je la
Kalau join Hai-O boleh gi London, Paris..kan Aizat?
Takpe...yang penting saya suke tempat itu

Sekarang pukul 7.00 pagi
Kalau ikut rutin harian...sekarang ni patutnya dah ada kat Sg Bogak
Kalau ikut rutin harian...sekarang ni tengah concentrate memandu
Kalau ikut rutin harian...10 minit lagi sampai la kat sekolah
Tapi tu kalau ikut rutin harian la...

Hari ni tak ikut rutin harian
Best je rasa bila dapat keluar dari kebiasaan
Macam zaman2 belajar dedulu
Kuliah kul 8...sempat lagi bertenet , skodeng lori sampah
Kuliah lewat lak...sambung balik tido atau baru nak tido
Rindunya masa belajar dulu macam lama je tinggalkan zaman belajar...ceh!

So rite now...i'm prepare myself for the trip
LANGKAWI...HERE I'M COME!!!!


Gambar kat Langkawi cuti lepas

Thursday, February 26, 2009

Bowling

Lokasi : Winners Bowl Taiping
Hari : Khamis, 26 Februari 2009
Masa : 2.00 pm - 6.30 pm
Peserta : Pelajar SMKBS dan guru2 yang lupa diri kejap...hekhek...

Adeh, lotih den. Bukan letih sebab main bowling tapi letih sebab bas sekolah ade prob ngan ekon dia. Terpaksa la turun naik bas menunggu kat tepi jalan sebab nak repair ekon dan at last, jalan penyelesaiannya amek bas lain...

Petang tadi tempat bowling tu hanya dipenuhi oleh kami2 sahaja. Rasanya macam main bowling kat sekolah lak! Main 2 game je sebab kekangan masa...Lane lak ade yang rosak...jadi, cikgu2 kena main gilir2 ar....sebabnya...kami tak bayar!!! Hahahaha... Memandangkan ini adalah kali pertama saya main bowling...main pon ntah hapa2. Tak ada yang strike pon, tapi itu tidak bermakna semuanya masuk longkang ye....majoriti melanggar pin la...pakai skill bola jaring, camne tu??? Jaga gerak kaki la kot...

Bertolak balik dari Taiping pukul 6.30 pm. Sampai sekolah lak kul 7.30...then, saya kena up lagi 20 minit untuk sampai rumah dengan selamatnya. Alamak!! Dah dekat 10 pm dah..nak kena print sijil...hari Isnin ada perhimpunan khas..CIAO DULU!!!

Sunday, February 22, 2009

Trip to Pulau Sayak

Dimanakah letaknya Pulau Sayak? Kena naik bot ke? Pulau Sayak letaknya di Kedah..di tepi Pantai Merdeka kalau diikutkan dari peta geografinya..Apa yang ada kat sana? Cuma kampung nelayan, kedai2 makan mee udang dan penariknya ialah Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan. Tempat ini la yang menjadi fokus kami minggu lepas...untuk melihat tugas2 dan bidang kerja seorang Pegawai Penyelidik bagi memenuhi syarat2 untuk menyertai Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya.


Dengan 8 orang pelajar, 3 cikgu perempuan, 2 orang cikgu lelaki termasuk PK1 dan seorang ex-student SMKBS...kami menerjah lokasi tersebut.

Aktiviti malam kami.....memberi taklimat apa yang patut pelajar buat dan cari di tempat tersebut...juga menerjah buku2 pelajar untuk make sure diorang tulis bahan2 yang dikumpul

Apa yang ada disitu???

Aktiviti pelajar di sana..Antaranya temubual, bersihkan kolam, buat alga, bersihkan kupang untuk tujuan pembenihan, amek catatan, berlakon untuk rakaman dan lain2...

Aktiviti-aktiviti cikgu....ikut pelajar, tangkap gambar pelajar, rekod video pelajar dan tahan ngantuk kat sana. Tapi kadang2 cikgunye lebih excited dari pelajar terutama part bersihkan teritip2 kat kupang....

Aktiviti petang kami pulak...

Yang paling best adalah aktiviti pada hari terakhir kami iaitu naik bot di Penaga menuju ke Sangkar Kupang di tengah2 laut. Best gila...yang betul2 cikgu yang excited. Sampaikan terduduk kat sangkar tu tak berani nak bergerak....gayat seh...dah la papan besar2 tapak kaki je. Salah pijak mau jadi dalam laut....




Bila naik ke darat je..keletihan masing2. Tapi Cikgu Taufik relax je...siap tengok peraih bekerja n beli sotong, udang lagi tu...

Sunday, December 21, 2008

Cuti-cuti di Langkawi

HARI PERTAMA

Dalam keadaan kegawatan ekonomi dan membudget2 kewangan, saya pergi juga mengikut rombongan kakak saya ke Langkawi. Turut bersama menyertai adalah adik saya, Yana. Kami bertolak dari rumah hampir pukul 8 pagi...berkonvoi dengan keluarga jiran kakak saya yang juga guru geografi saya semasa tingkatan tiga dulu, Cikgu Ghani. Sampai di Kuala Perlis pada pukul 11.15 pagi dan kami menaiki feri yang pada tiketnya tertera jam 12.30 tengah hari.

Mengapa Kuala Perlis, bukan di Kuala Kedah?? Ini kerana abang ipar saya, Cikgu Zabidi risau meninggalkan kereta di Kuala Kedah yang selaluu sahaja banjir dan beliau mempunyai kenalan yang mempunyai kedai di Terminal Jeti Kuala Perlis. Kiranya selamat sikit la parking di situ.

Terasa teruja menaiki feri tersebut. Lebih teruja lagi anak2 saudara dan juga anak2 Cikgu Ghani...rugi sahaja membayar seat kerana mereka tidak duduk pun, sebaliknya bertenggek dan melekat di cermin feri melihat pemandangan laut. Lagi2 mengujakan apabila saya menerima mesej dari Marlia yang memberitahu gaji sudah pon masuk. YEAYYYYY!!!! HARI INI KITA ENJOY!!!

Tibanya kami di Langkawi, kami terus mengisi minyak kereta sewa dan makan tengahari. Seterusnya perjalanan kami adalah ke tempat penginapan. Abang Bidi telah menempah sebuah apartmen di MRSM Langkawi. Untuk sehari semalam hanya RM120....mempunyai 3 bilik dan lengkap dengan kemudahan. Seolah-olah berada di rumah. Sangat berbaloi! Kami berehat2...ada yang tidur, ada yang menonton tv, ada yang bermain.

Sebelah malamnya kami merayau2 di Pekan Kuah melihat suasana malam dan menapau makanan untuk di makan di rumah. Rendang yang mak masak masih banyak. Membazir tu kalau tak dihabiskan.

HARI KE-2

Pagi2 lagi kami bersiap ke Pantai Chenang. Dina dan 'Abid sudah tidak sabar-sabar nak mandi laut. Air lautnya tenang je...tak dilambung2 ombak sangat. Memang sangat best! Tapi saya tak mandi laut...renyah la nak tukar2 baju pastu..

Dalam perjalanan ke Pantai Chenang,kami melalui jalan tepi pantai. Nampak jugak la Pulau Dayang Bunting...nauzubillah!! Benar2 menyerupai rupa seorang wanita mengandung berbaring. Nampak shape kepala, bahagian dada dan perutnya.

Selesai sudah bermandi-mandian, kami menuju ke Underwater World. Pada saya, tempat ini lebih menarik berbanding di Aquaria KLCC kerana lebih banyak benda hidup di dalamnya...cuma ikan jerungnya tidak banyak (ataupun tiada...sebab saya tak nampak pon...). Kalau di Aquaria, berlegar2 je jerung atas kepala. Selain itu, yang membezakan Underwater World dan Aquaria ialah penguin. Penguin di Underwater World chumil! Terketek2 aje jalannya...cute lor!

Selesai sahaja penjelajahan, kami mencari makan di rumah kenalan Abang Bidi...saya tak pasti di mana tapi boleh dikatakan kami telah menjelajah satu pulau kerana tersesat. Pulaunya kecik aje, jalannya bercabang2...kiranya kami telah berpusing 1 pulau la...Di rumah kenalan Abang Bidi, kami makan macam2...sangat menyelerakan. Kebetulan perut pula lapar...lauk pula sedap!

Selesai solat, kami menjenguk Makam Mahsuri tapi tidak singgah masuk...Mungkin kerana kepenatan dan anak2 saudara yang sudah mengamuk rimas. Terus sahaja kami ke Pekan Kuah untuk membeli-belah. Masuk aje dalam kedai Haji Ismail Group, saya dan Yana terus ke bahagian coklat. Woho...sangat best! Macam2 ada...!!! Saya tidak berminat ke bahagian lain di kedai tersebut yang juga menempatkan kain batik, tuala, pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu dan segala barangan kaca ala2 vantage mahupun dari melamine. Saya masih lagi berperangai keanak-anakan. Hehehehe....

Kami juga ke mall di Hotel Langkasuka...mencari sesuatu untuk mak dan abah sebagai buah tangan sempena gaji pertama. Ambil berkat kata orang. Sebelum ke mall, kami menikmati pemandangan petang di Dataran Helang...ambil gambar di sini sebaga bukti telah sampai di Pulau Langkawi. Juga mencari t-shirt Langkawi untuk encikhati

Arah tuju seterusnya...MAKAN!!! Sesampainya di apartmen, kami keletihan....

HARI KE-3

Bangun2 aje pagi terus mandi dan mula berkemas. Pening juga nak mengemas barang yang sudah bertambah. Mujur juga beg turut bertambah kerana Yana membeli beg troli yang sememangnya murah di Pulau Langkawi yang bebas cukai ini.

Selesai berkemas dan check-out pada pukul 11 pagi, kami kembali ke Pekan Kuah untuk shopping last minute.

Semasa membelek2 barang di kedai Haji Ismail Group, Yana senyap2 kembali ke MRSM mengambil barang yang tercicir. Dia ke sana dengan berjalan kaki. Mulanya dia mengajak saya, dia menyuruh saya memandu tapi...saya tidak pasti jalan2 di Pulau Langkawi. Dia diam aje...rupanya dia berjalan balik. Terus sahaja kami berkejar ke sana, tertinggal coklat yang baru dibeli berharga RM 42 di kerusi...haish betul budak tu!!! Nak tau apa yang tertinggal? Cuma sekeping gambar...gambar mak abah semasa konvo Abang Ejam...malam sebelumnya dan pagi sebelum check out 'Abid ada main2 dan letak di balkoni rumah. Adeh, bukannya tak boleh bersabar...mujur coklat tu tak diambil orang. Haissh!!!!

Selesai sudah drama, kami mencari kedai makan untuk makan tengah hari dan kemudiannya solat di masjid berhampiran Taman Komanwel, dan terus menuju ke Jetty Point..masuk dan menunggu feri yang konon2nya dijadualkan pukul 3 petang. Feri pon tau delayed tau...kehabisan minyak di tengah jalan agaknya...

Sampai di Kuala Perlis, menunggu Abang Bidi ambil kereta...terus bergerak pulang. Singgah di Kuala Kedah, rumah salah seorang lagi kenalan Abang Bidi. Kebetulan jirannya mengadakan kenduri kahwin...hehehhe, rezeki jangan ditolak beb! Tuan ruma menjemput kami makan...segan jugak. Dah la tak kenal, baju pula ketika itu cuma tshirt dan jeans lusuh....hentam aje la...

Malamnya tiba di rumah pukul 11 malam. Terus tido...tak larat nak buka beg pun...

p/s : Gambar akan di selitkan di entry selepas ini. Saya masih lagi kepenatan untuk transfer gambar2 yang ada...esok dah nak ke sekolah...meeting cikgu! Daaaaaaar..


Saturday, December 13, 2008

Perjalanan ke Pulau Pinang

Ini bukan pertama kali saya dan keluarga pergi ke Pulau Mutiara itu. Memandangkan kami tinggal di sempadan tiga negeri (untungnya saya...), tentunya tidak menjadi masalah bagi kami. Tapi sisipan kali ini sengaja diadakan ketika perjalanan kami ke USM menjemput kakak ipar saya yang menyambung belajar di sana. Dengan menaiki feri, tentunya lebih santai...

Dan ini pula bangunan Komtar dari arah bawah....sesat juga la mencari jalan keluar ke tempat parking kereta.
Sementara menunggu Kak Aishah menyelesaikan kerja-kerjanya, kami juga sempat bersantai di Kompleks Bukit Jambul. Saya mengambil kesempatan untuk meninjau kasut-kasut yang dijual. Tentunya untuk dipakai ke sekolah dan ke majlis yang akan dihadiri nanti. Susah menjadi saya...kerana saya mencari kasut yang comel. Yang orang pakai itu la yang berkenan di hati...tapi bila nak membeli, tak ada pula yang diingini. Akhirnya, selepas empat kali masuk ke kedai yang sama, saya mengambil keputusan membeli kasut hitam bling2 bertumit yang mempunyai reben di tepi..Nak tengok kasutnya???Hehehe, tak perlu la....biasa je....

Kenapa tak ada gambar Jambatan Pulau Pinang? Saya terlupa snap dari atas feri. Ralit merenung buih2 air laut dibelah feri..ngehehehe