Showing posts with label family matters. Show all posts
Showing posts with label family matters. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

Setiausaha Atok



Sesi rekrut untuk jadi setiausaha atoknya....
Tak boleh langsung diusik
Habes keyboard kena hempuk
Sume benda dia nak cucuk2







Ryan...Ryan....



x puas hati???meh le sini....

Mangsa Dera

Gambar masa mula2 sampai...









Selepas beberapa hari....





p/s : Saja je letak tajuk kontroversi...ni gambar Kaer masa mula2 sampai dengan muka, badan yang merah2. Selepas beberapa hari n amek ubat dari klinik kulit kat Kulim, beransur2 la pulih. Bukan mangsa dera ye...tapi sebab eczema. Marah mak abah Kaer kang kata kena dera...ngeheheeee

Saturday, September 26, 2009

Welcome Home


Gambar deme anak beranak di Welly 5 ari lepas

Malam ni Abang Ejam sekeluarga akan sampai
Dalam kul 8.30 departure kat KLIA
Pastu kul 11.00 naik flight ke Penang lak
Abah ngan mak gi amek, insyaAllah...

Abah ngan mak musti hepi punya la kan...
Anak cucu dah setahun tak jumpa nak balik
Hat anak sorang ni je yang deme dah bosan tengok...hukhuk..wat nada sedih lak

Tuesday, August 18, 2009

Rindunyerrr

Suasana sepi begini
Panahan rindu menusuk hati
Tak mungkin kau sedari

Lantas ku titip puisi kasih
Agar gelora tidak merintih
Sengsara pun menyisih

Dengarkanlah suara hati
Moga dikau mampu mengerti
Cinta hadir tanpa ku rasa simpati




RINDUNYA LA KAT BABY BOY SORANG NI

Dah lebih sebulan asyik dengar dia nangis
Dah lebih sebulan asyik kendung dia bagi tido
Dah lebih sebulan lampin n baju budak paling banyak kat ampaian

Ahad lepas dia dah balik ngan umi and abahnya ke Kuantan
Sunyi yang amat umah ni...(naseb baik ada TV...bising TV aje la..)
Ruang tamu pon cerah jer...takde lampin bersepah, takde katil budak, takde lagi tilam, takde lagi timbunan baju dia yang paling banyak..takde lagi boto susu merata2...EVRYTHG CLEAR







Maghrib tadi Kak Dilah kol...dengar la sikit suara dia...wa...rindunya!!!


Gambar sebelum deme bertolak

Saturday, July 18, 2009

Anak Sedara 2009

Hehehe...saya baru je sampai rumah sejam tadi, tapi sudah pon online...Baju2 kotor sudah masuk dalam mesin basuh, solat dah jamak kat RnR Gurun, barang2 semua dah kemas2 termasuk la yang dipesan kawan2 dah pon diasingkan...tinggal nak mandi je sekarang ni.

Tadi dapat msg fb dari Kak Aishah minta uploadkan gambar Najwan...sebelum tu mak cakap yang hari ni besday Ain..Selasa lepas (14hb) lak besday Yana...so, this entry was dedicated to them...hehehe, macam best jerk...sebenarnya alasan je ni sebab tak membeli hadiah mahupon kek.


Gambar versi nakal yang dicuri dari fb maknyer


Alalala....comel la sangat kunun
gambar tahun lepas masa kenduri kawen kak dilah



Yana...adik bongsu yang besar

~~~saya tau saya lagi cumil dari dia..hehehhe
~~~

Sempena besday anak sedara and mak sedaranya, terus je rasa nak upload gambar2 anak sedara 2009. Bertambahnya bilangan ahli keluarga tahun ni...4 orang junior baru...3 lelaki dan 1 perempuan.

Dimulakan dengan Mohamad Safwan Bin Zabidi (Parit Buntar mari) yang lahir pada 13 Februari, product from my sis Haza n Abang Bidi. Suka menjerir dak kecique ni...matanya bulat...geram jer tengok



Seterusnya pula Aina Adriana Bt Ahmad Nasir pada 1 April, produk abang sulung saya Abang Nasir and Kak Aishah...Kuching mari...yang menyebabkan saya ditinggalkan mak abah selama 2 minggu dan kena tapau lauk kantin masa ni..sedih oooo



Pastu lak muncul produk luar negara buatan Malaysia, Ahmad Kaer Raimy Bin Ahmad Nezam...putera ke-2 Abang Ejam and Kak Ina...lahir 9 Mei mujur mak abah tak gi menjenguk cucu yang ni...kalau tak mau 2 bulan saya kena tinggal



And last but not least..Mohamad Najwan Bin Hafizuddin, putera sulung Kak Dilah dan Abang Hafiz...yang baru berusia tiga minggu ketika entry ini ditulis, lahir 26 Jun yang lepas di Kuantan, Pahang.



Keliru seh...kadang2 silap panggil nama. Najwan gi panggil Safwan...bila Safwan datang umah, gi panggil Najwan...


Pesanan dari makcik yang garang ini kepada kesebelasan anak sedara termasuk yang baru ini:
1) Bersedia la...HAHAHAHA
2) Jangan lawan cakap,semoga tidak mudah terpengaruh dengan budaya negatif dan membesar la sebagai anak yang berguna, beriman...yang terbaik la senang cakap

p/s : masih lagi menunggu kepulangan keluarga dari Kuching dan NZ

Wednesday, July 8, 2009

Perginya nset oren

Alkisahnya..last week saya amek cuti rehat hari Jumaat, 3hb. Nak g KL, amek kakak n berpoya2 dengan mak abah kat KL. Bertolak dari PB petang Khamis, lepas balik dari sekolah dan bertolak balik hari Jumaat petang selepas solat Jumaat. Sesampai2 je kat umah dalam kol 11 pm, nampak Kak Faridah dan anak2nya kelam-kabut, dengan muka yang agak surprise menuju ke rumah...Mesti ada sesuatu!

Yess!!! Betul jangkaan!

Rumah saya kena pecah orang!


Kelam-kelibut jugak la memeriksa barang-barang. Yang dapat dikesan cuma kehilangan nset Sony Ericson yang menjadi jam loceng saya setiap pagi. Biarpun cuma nset sahaja, tapi cukup membuatkan diri berdebar...takut...tidak seronok...dan ntah....rasa separuh nyawa macam nak melayang.

Dalam sedih, dalam debaran tapi terselit senyuman. Berdebar memikirkan peralatan lain yang turut ditinggalkan...tapi alhamdulillah masih selamat di tempatnya. Pencuri itu membuka semua almari dan laci2...tapi memandangkan kami bukan la keluarga berada yang ada emas sekepuk, duit segantang di dalam almari...takde apa la sangat yang dia dapat. Yang paling banyak kat umah cuma baju2, kopiah2, tasbih, kitab2, buku2 dan majalah, pen2 souvenir, key-chain...kiranya sume tu apa la sangatkan...

Selepas hampir dua bulan tidak berlaku apa2 kes kerana "suspek" sudah ditahan, kini tido tidak lagi lena.

WAAAAA....TAK SUKE! TAK SUKE! TAK SUKE!



*****************************************


Malam tadi lak ketika saatnya saya sedang khusyuk membuka resit menulis nama2 pelajar saya yang telah membayar yuran..saya dikejutkan dengan bunyi telefon abah. Pemanggilnya jiran saya...Cik Din..Menggeletar kaki badan apabila dia memberitahu yang seseorang berada di luar rumahnya dan cuba untuk masuk. Dah la plak tu...pukul 2.20 pagi...kami satu rumah berjaga dan mula membuat panggilan telefon kepada jiran2 setaman yang lain. Abah dah berkali2 dilarang daripada keluar...kudrat abah tak seberapa dah, mana mungkin dapat melawan orang muda dan lagi pula keadaan cerah kat luar tu boleh menyebabkan misi gagal. Dail punya dail., cuma dpaat 2-3 orang je.Ada yang tidak berangkat (almaklum la...dah pukul berapakan...), yang tiada dalam perkhidmatan...dan macam2 lagi. Terkenang nset oren tu...dah la diregister Rakan Cop guna no maxis tu. And at last, saya terus dail 999...amek risiko..sebab saya pasti yang saya tak buat panggilan palsu...

Dalam kol 2.45, Cik Din kol bagitau yang mamat tu dah blah sebab dah sedar dirinya diperhatikan...dah tu lak polis balai PB kol tanya perkembangan dan bagitau yang polis dah dihantar...Malam2 seterusnya ni tak tau la apa nak berlaku...makin tak tido lena la...tido kul 4 pagi, dan bangun semula kol 6 pagi...pegi sekolah dengan mata panda

Dasar tak reti insaf betul la mamat tu.. berpuluh2 kali klua masuk jail pon tak jadi apa lagi. Kalau la saya ni tak beriman, mau saja saya santau mamat tu sampai dia kurus kering, muntah darah, hidup terseksa sebab menyeksa orang lain...Mujur saya masih ingat lagi yang saya ni cuma hamba Allah yang lemah, yang tidak boleh menghukum orang lain..Biar dia terima balasan dia daripada-Nya nanti

p/s : teringat tragedi rumah sewa kat sek Seri Kurau kena pecah tahun lepas

Tuesday, April 21, 2009

Jannah admitted

Semoga cepat sembuh...

Update..

Jannah dah pon keluar wad tengahari Khamis, 23 April...and Alhamdulillah, nothing serious even though 3 days admitted.

Friday, April 17, 2009

Souvenirs From NZ....

Received this parcel on Wednesday evening
Isi kandungannya??
Sepasang baju kurung Kak Ina untuk dijadikan baju contoh
And also...


MAGNET FRIDGE!!!
Peta New Zealand lagi tu...
Maka, dengan itu....

/

Bertambah la koleksi fridge magnet kat peti ais tu
Fridge Magnet Cuti-cuti Malaysia....

Monday, March 2, 2009

Ryan...setahun sudah

Pictures were taken from his father's site on his birthday
Besor dah Ryan...
Mak kata macam muka Abang Ejam kecik2 dulu
Betul betul betul..

Muhammad Safwan Bin Zabidi

Lupa lak nak memperkenalkan anak sedara baru yang dah pon dekat2 3 minggu dilahirkan nih. Introducing....MUHAMMAD SAFWAN BIN ZABIDI. Dilahirkan pada 13 Februari. Lepas ibu dia penat memikir nama, dan siap bergaduh2 dengan abang dan kakak2nya yang nak nama sendiri (Dina nak nama Adam, 'Abid lak Araf, Jannah dengan Ryan dia....ibu dia nama Ammar), akhirnya..ibu dia decided nak letak nama Muhammad Safwan based on bulan Safar menurut sembang2 mak tok n wan. Tu pon si 'Abid suh tambah gak Adam kat belakang nama bagi jadi Muhammad Safwan Adam...apa2 je la 'Abid...asalkan aa geng nak bergaduh sekarang cukup la....

Gambar-gambar kat bawah ni lak cukur rambut Safwan...buat simple je...xde kenduri-kendara pon. Makcik yang cukur rambut tu adalah makcik yang mengurut Kak Aja...nama apa yer....





Yang kat bawah ni plak, gambar2 yang ditangkap 'Abid. Pantang dapat kamera...ntah apa2 je ditangkapnya!







Tara..hasilnya selepas cukur. Tutup kepala ngan topi. Botak-head.

Hoho...makcik pon nak bergambar gak...sebab tu gambonye besor sikit....


Sunday, December 21, 2008

Cuti-cuti di Langkawi

HARI PERTAMA

Dalam keadaan kegawatan ekonomi dan membudget2 kewangan, saya pergi juga mengikut rombongan kakak saya ke Langkawi. Turut bersama menyertai adalah adik saya, Yana. Kami bertolak dari rumah hampir pukul 8 pagi...berkonvoi dengan keluarga jiran kakak saya yang juga guru geografi saya semasa tingkatan tiga dulu, Cikgu Ghani. Sampai di Kuala Perlis pada pukul 11.15 pagi dan kami menaiki feri yang pada tiketnya tertera jam 12.30 tengah hari.

Mengapa Kuala Perlis, bukan di Kuala Kedah?? Ini kerana abang ipar saya, Cikgu Zabidi risau meninggalkan kereta di Kuala Kedah yang selaluu sahaja banjir dan beliau mempunyai kenalan yang mempunyai kedai di Terminal Jeti Kuala Perlis. Kiranya selamat sikit la parking di situ.

Terasa teruja menaiki feri tersebut. Lebih teruja lagi anak2 saudara dan juga anak2 Cikgu Ghani...rugi sahaja membayar seat kerana mereka tidak duduk pun, sebaliknya bertenggek dan melekat di cermin feri melihat pemandangan laut. Lagi2 mengujakan apabila saya menerima mesej dari Marlia yang memberitahu gaji sudah pon masuk. YEAYYYYY!!!! HARI INI KITA ENJOY!!!

Tibanya kami di Langkawi, kami terus mengisi minyak kereta sewa dan makan tengahari. Seterusnya perjalanan kami adalah ke tempat penginapan. Abang Bidi telah menempah sebuah apartmen di MRSM Langkawi. Untuk sehari semalam hanya RM120....mempunyai 3 bilik dan lengkap dengan kemudahan. Seolah-olah berada di rumah. Sangat berbaloi! Kami berehat2...ada yang tidur, ada yang menonton tv, ada yang bermain.

Sebelah malamnya kami merayau2 di Pekan Kuah melihat suasana malam dan menapau makanan untuk di makan di rumah. Rendang yang mak masak masih banyak. Membazir tu kalau tak dihabiskan.

HARI KE-2

Pagi2 lagi kami bersiap ke Pantai Chenang. Dina dan 'Abid sudah tidak sabar-sabar nak mandi laut. Air lautnya tenang je...tak dilambung2 ombak sangat. Memang sangat best! Tapi saya tak mandi laut...renyah la nak tukar2 baju pastu..

Dalam perjalanan ke Pantai Chenang,kami melalui jalan tepi pantai. Nampak jugak la Pulau Dayang Bunting...nauzubillah!! Benar2 menyerupai rupa seorang wanita mengandung berbaring. Nampak shape kepala, bahagian dada dan perutnya.

Selesai sudah bermandi-mandian, kami menuju ke Underwater World. Pada saya, tempat ini lebih menarik berbanding di Aquaria KLCC kerana lebih banyak benda hidup di dalamnya...cuma ikan jerungnya tidak banyak (ataupun tiada...sebab saya tak nampak pon...). Kalau di Aquaria, berlegar2 je jerung atas kepala. Selain itu, yang membezakan Underwater World dan Aquaria ialah penguin. Penguin di Underwater World chumil! Terketek2 aje jalannya...cute lor!

Selesai sahaja penjelajahan, kami mencari makan di rumah kenalan Abang Bidi...saya tak pasti di mana tapi boleh dikatakan kami telah menjelajah satu pulau kerana tersesat. Pulaunya kecik aje, jalannya bercabang2...kiranya kami telah berpusing 1 pulau la...Di rumah kenalan Abang Bidi, kami makan macam2...sangat menyelerakan. Kebetulan perut pula lapar...lauk pula sedap!

Selesai solat, kami menjenguk Makam Mahsuri tapi tidak singgah masuk...Mungkin kerana kepenatan dan anak2 saudara yang sudah mengamuk rimas. Terus sahaja kami ke Pekan Kuah untuk membeli-belah. Masuk aje dalam kedai Haji Ismail Group, saya dan Yana terus ke bahagian coklat. Woho...sangat best! Macam2 ada...!!! Saya tidak berminat ke bahagian lain di kedai tersebut yang juga menempatkan kain batik, tuala, pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu dan segala barangan kaca ala2 vantage mahupun dari melamine. Saya masih lagi berperangai keanak-anakan. Hehehehe....

Kami juga ke mall di Hotel Langkasuka...mencari sesuatu untuk mak dan abah sebagai buah tangan sempena gaji pertama. Ambil berkat kata orang. Sebelum ke mall, kami menikmati pemandangan petang di Dataran Helang...ambil gambar di sini sebaga bukti telah sampai di Pulau Langkawi. Juga mencari t-shirt Langkawi untuk encikhati

Arah tuju seterusnya...MAKAN!!! Sesampainya di apartmen, kami keletihan....

HARI KE-3

Bangun2 aje pagi terus mandi dan mula berkemas. Pening juga nak mengemas barang yang sudah bertambah. Mujur juga beg turut bertambah kerana Yana membeli beg troli yang sememangnya murah di Pulau Langkawi yang bebas cukai ini.

Selesai berkemas dan check-out pada pukul 11 pagi, kami kembali ke Pekan Kuah untuk shopping last minute.

Semasa membelek2 barang di kedai Haji Ismail Group, Yana senyap2 kembali ke MRSM mengambil barang yang tercicir. Dia ke sana dengan berjalan kaki. Mulanya dia mengajak saya, dia menyuruh saya memandu tapi...saya tidak pasti jalan2 di Pulau Langkawi. Dia diam aje...rupanya dia berjalan balik. Terus sahaja kami berkejar ke sana, tertinggal coklat yang baru dibeli berharga RM 42 di kerusi...haish betul budak tu!!! Nak tau apa yang tertinggal? Cuma sekeping gambar...gambar mak abah semasa konvo Abang Ejam...malam sebelumnya dan pagi sebelum check out 'Abid ada main2 dan letak di balkoni rumah. Adeh, bukannya tak boleh bersabar...mujur coklat tu tak diambil orang. Haissh!!!!

Selesai sudah drama, kami mencari kedai makan untuk makan tengah hari dan kemudiannya solat di masjid berhampiran Taman Komanwel, dan terus menuju ke Jetty Point..masuk dan menunggu feri yang konon2nya dijadualkan pukul 3 petang. Feri pon tau delayed tau...kehabisan minyak di tengah jalan agaknya...

Sampai di Kuala Perlis, menunggu Abang Bidi ambil kereta...terus bergerak pulang. Singgah di Kuala Kedah, rumah salah seorang lagi kenalan Abang Bidi. Kebetulan jirannya mengadakan kenduri kahwin...hehehhe, rezeki jangan ditolak beb! Tuan ruma menjemput kami makan...segan jugak. Dah la tak kenal, baju pula ketika itu cuma tshirt dan jeans lusuh....hentam aje la...

Malamnya tiba di rumah pukul 11 malam. Terus tido...tak larat nak buka beg pun...

p/s : Gambar akan di selitkan di entry selepas ini. Saya masih lagi kepenatan untuk transfer gambar2 yang ada...esok dah nak ke sekolah...meeting cikgu! Daaaaaaar..


Wednesday, December 17, 2008

Nama pun perempuan..

Cantik tak bunga2 ros di atas? Ini antara aksesori penambah seri bagi hantaran pertunangan sepupu saya 14 Disember yang lalu. Bunga ros pink-putih dari lelaki, manakala bunga ros putih dari perempuan. Sepupu saya, Faisha..seorang jejaka yang bertemu jodoh dengan seorang jejaki (hehehe) dari Port Klang. Saya sangat suka bunga2 ros tersebut terutamanya yang berwarna pink dari pihak lelaki..kiranya dari pihak saya la tu.Hahahaha..Nama pon perempuan...

Tapi...tak keluar banyak kos ke untuk membeli bunga2 segar lagi hidup tersebut?? Cantik memang cantik..wangnya pon yang cantik2 dan besar2 la yang pastinya keluar. 9 dulang dari lelaki, 11 dulang dari perempuan....campur ngan 2 vase untuk menambah seri pelamin singgahsana tempat Cu Faizah menyarung cincin di jari bakal menantunya tu..Aiyooo...mesti tarik nafas panjang2 masa nak bayar. Ye tak?

Oh ya...esok saya akan ke Langkawi..bercuti-cuti di sana bersama keluarga kakak saya. Bercuti dalam Malaysia aje nak dibandingkan dengan kawan saya, Cik Iedd yang bercuti di Korea...sambil2 melawat Encik Zaeri. Hajat dihati konon2 nak la jumpa Cik Iedd kat Langkawi, itupon kalau dia balik kampung la...Tak ada rezeki..Dia dah 2 hari membeku di negara orang memandangkan di Korea sedang winter (tapi tak turun lagi saljinya...). Sempat berym dengan Cik Iedd tadi..minta dia tangkap gambar banyak2 supaya saya juga boleh komen banyak2 di ruang friendsternya. Bukan tu aja, sempat juga merancang nak jenjalan ngan kawan2 nanti ke Korea...Konon2nya ujung tahun hadapan nak menjelajah ke Sabah berempat. Harap2 tiada aral melintang. Ameeeeeennnnn....

Mantap la Iedd..jauh benor bercutinye! Semoga dapat melepaskan rindu dendam kat Encik Zaeri la ye...Untuk Encik Zaeri, dah kaya jangan lupa kawan2 Cik Iedd di sini..kerja baik2 kat negara orang...nak kawen, jangan lupa jemput ye...

Dengan satu matlamat, pagi tadi saya melawat pakcik angkat (pegi bank untuk withdraw sedikit wang untuk dijolikan di Langkawi...). Tapi gaji tak masyuk lagi...nampaknya saya terpaksa mengawal nafsu berbelanja di sana. Kuatkan semangat ye wonn....

Saya juga tidak tahan dikejar encik2 dan puan2 takaful. Mentang2 la baru bekerja, dicarinya cikgu2 baru di sekolah. Tolong la...sempit dunia ni rasanya. Bukan saya tidak percayakan pelaburan takaful tapi saya tak tahu mana satu yang boleh dipercayai ketika senang dan susah. Dan ketika kunjungan saya melawat pakcik di Bank Islam Parit Buntar (mesin ATM), saya terserempak dengan cikgu Sejarah masa sekolah dulu..sembang2..bila dia tau saya baru bekerja, dia minta nombor telefon saya. Saya mula tak sedap hati...dan seperti yang dijangka...Beliau juga ingin mempromosikan takaful a.k.a insuransnya. Helppp!!! Belum pon merasa gaji sudah ada barisan sokongan hidup susah senang..haish betul! Lepas ni pasti...Pasti dikejar pakwe2 dan makwe2 kad kredit pula.