Pertama...
Sebab saya telah ke kedai RIAS tailor yang makin ntah hapa2 sekarang
Baju Kak Dilah tak siap lagi
Bukan aja tak siap...siap tak cukup kain pesak lagi
Paling haru apabila dia dah potong kain tu
Haduuuuh...mak mesti marah punya!!!
Kedua...
Memikirkan pelajar2 saya
Harap mereka sihat walafiat sepanjang seminggu ni
Ketiga...
Perjalanan ke Hotel Seri Malaysia yang adventerous
Siap sesat sampai Mergong
Sedangkan punya la senang nak cari
Keempat...
Mood saya yang agak mengelirukan
Mungkin tanda2 akan....
Kelima...
---
Keenam...
---
Ketujuh...
---
Banyak sangat
Tak terungkap
Semuanya kerana kerisauan
Yang paling risau adalah tentang baju dan pelajar
Semoga baju dapat di-otter sebaik mungkin
Dan pelajar2 saya pandai menjaga diri
Monday, November 16, 2009
Ahad yang tak best
Monday, October 12, 2009
Datang Bulan
Tau tak datang bulan tu hapa???
Ala...yang datang setiap bulan tu
Kalau perempuan normal datang la bulan2
Ada jugak yang datang berjarak2 bulannya
Sekurang2nya dia akan datang jugak untuk keluarkan darah2 kotor
Lain la kalau dah menopaus kan...
Dulu masa sekolah, tingkatan 1/2 (sesi petang)
Baru mula2 nak mula datang bulan
Tak gheti2 lagi nak kira hari datang bulan
Ada la cikgu2 perempuan petang yang memang standby pad
Kalau tiba2 time sekolah datang bulan je...mesti cari deme
Beli pad ngan deme, cikgu2 caj 20 sen untuk sekeping
Itu dulu la...masa saya jadi student
Tapi sekarang...saya dah tak jadi student
Bermula dari memberi pad pada satu hari kepada seorang pelajar form 3 yang agak terdesak
Saya dicari2 pelajar2 'terdesak' yang lain, yang sekelas dengan pelajar tu
Rasa macam dah jadi supplier plak sekarang ni
Tapi saya free of charge ye
Saya bukan nak jadi pembekal
Mahupon penjual
Kalau kebetulan ada salam beg saya, kira rezeki budak tu la
Selebihnya saya hanya membuat langkah berjaga2 je
Mana nak cari cikgu saya dulu yang ada simpan sebungkus pad
Tapi hari ni saya amat2 berharap
Berharap yang saya tak dicari lagi pasni
Kan ke cikgu2 melayu sekolah tu berkira ngan students
Kan ke cikgu2 melayu macam penagih dadah je masuk kelas
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:39 AM 0 comments
Labels: sekolah
Thursday, October 8, 2009
Penat teramat
Hari ni agak penat
Kelas 6 waktu...6-6 waktu saya mengajar ye..
Dah tu kelas berturut2, gap 1 waktu
Pagi tu saya dah balun lepak kat kantin 1 jam...heheee
Lepas je kelas, ada lak meeting
Since saya banyak kelas hari ni, so saya tak pegi la ke pejabat
Kul 1.45 baru gi pejabat sebab ada surat kat pejabat kononnya la...
But then...baru tahu yang ada meeting
Kelam kabut cari kertas cos buku meeting x bawa
Meeting kewangan...hukhukhuk
Sampai kul 2.45 lak tu
Sadis sungguh!!!
Balik2 umah kelam kabut makan, mandi n solat
Dah janji ngan Intan nak keluar gi wat facial
Mula2 macam tak jadi...but she text me and ajak keluar
Hoho...berdesup macam superman
Makan main telan aje...sepinggan penuh lak tu..lapar weh!!
Arah tuju ronggeng kami petang ini ialah Mawar Anggun melayu punye eh
Buat facial resdung
Both of us ada resdung...hehehe....
Saya yang paling kritikal kot
Sebab...saya adalah hantu laksa
And saya tak penah wat apa2 treatment except makan ubat bila sakit and rasa miang satu muka
Bukan tu aje...
Ini la 1st time saya wat facial secara berbayar kat kedai
Selalunya pon cuci ngan pencuci muka
Or paling rajin pon wat mask putih telur tu kira rajin tahap dewa la
Patut rekod dalam Hari Ini Dalam Sejarah
Sekarang saya rasa letih amat...
Sebenarnya lepas buat facial tadi dah rasa ngantuk2
Tapi kena settle keja dulu baru boleh tido...
Esok ada kerja penting yang menunggu di sekolah
Kena wat surat buang sekolah...
I have something x siok pasal berhenti and buang sekolah ni
Tell u later if i have time...
Rite now have to concentrate to my work
Tapi nak gi makan dulu...lapar lagi ni
mak masak sambal tumis udang, mana tak teruk sakit resdung ni
See u soon my dearest blog...and tc
Monday, October 5, 2009
Apa cerrrr hari ni???
Agak kebuhsanan
Hari ni xde kelas, only start at 1.05 pm...
Org lain dh balik, saya baru nak warm up
Jadual baru yg dapat Jumaat lepas
Sepatutnya ada kelas ICT form 5 selepas rehat
Sangat tidak best sebab hari2 lain saya agak kepenuhan
Jadi, sepanjang2 hari ni berteleku kat Makmal, siapkan keje yang bertangguh2
N only keluar dari makmal tu untuk relief je
Nak lepaking kat kantin pon xboleh...puasa
Hoho...sangat penat kerana bosan
Server lak down hari ni
Kalau tak boleh la gak google blog2 yang menarik....
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:38 PM 0 comments
Sunday, October 4, 2009
Keceriaan Makmal Part 2
Punya la berkurun entry yang part 1
Ni baru nak update part 2 punya
Hadoi la....
Ni pon belum cukup ceria lagi
Tahun depan je la sambung alang2 dah ujung tahun ni
Gambar2 kat atas tu sume snap ngan nset je
Jadi...hadehakukesah gambar cantek x cantek....
Semua tu gambar makmal B...
Makmal A x bape jaga pon...klu rasa2 ghajin baru sapu
Tapi sebab lebih banyak guna makmal B, saya lebih sayang Makmal B okeee
Harap2 tahun depan jaga Makmal B lagi la...AMIIIIIIIN
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:12 PM 0 comments
Thursday, October 1, 2009
Sakit Badan
Kursus Netball 2 hari lepas ada la lepas geram sikit kat bola
Baling2 bola...lari2 sikit
Tapi idak la macam nak game, wat 1 team segala...
Main biasa2 je untuk panas badan
Tu baru je intro..dah sakit2 badan
Terutama kat lengan
Hari ni lak ujan
Dari awal pagi
Takde mood weh.....
Jap gi kelas Sivik 4E...balik kang kelas ICT 4C
Mood, Datang la cepat...
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:12 AM 0 comments
Labels: bola jaring, keje, sekolah, senaman
Tuesday, September 15, 2009
Data hapa lagi ni???
Data hapa lagi ni Mr Tay oooiiii
Dah nak raya lagi nak data ke??
Dah terbayang2 register yang perlu dibuka tu...
Dengar perkataan data pon dah x boleh diterima akal yang waras masa tu..
X SUKE! X SUKE!! X SUKE!!!
Lepas ni nak ngadap buku catatn disiplin Cikgu Sani
Nak keluarkan sume nama pelajar form 5 yang dalam perhatian Unit Disiplin
Xde la banyak sangat nama nak kena keluarkan pon tapi...
Hati ini berat yang amat
Fobia dengar perkataan data
Khamis ni amek cuti rehat
Gi amek Yana kat IPDA
X tau la diluluskan ke x...
Sekarang ni semangat nak raya je...
biarpon xde baju raya mahupon kasut raya
Tak sabarnya....
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:03 PM 0 comments
Thursday, August 20, 2009
Penat
Semalam tido agak lewat
Dah 2 malam saya tido beralas lantai jubin jerk...
Takde bantal, takde tilam, takde selimut
Tu pon asalnya sebab nak rehatkan badan je
Dah baring...hanyut...!
Sedar2 dah kul 5.50 am
Sakit badan segala
Hukhukhuk...
Pagi ni saya gi sekolah sangat awal
Bawa keta pon laju jer...ntah apa nak kejar
Dah lepas dari Sungai Bogak baru sedar
"kenapa yang kelam-kabut sangat nak sampai hari ni???"
Sesampai je sekolah...terus masuk Bilik Disiplin
Buka buku disiplin n buka SSDM
Update data mana yang sempat hari ni
Pastu agak2 kul 8 lebih gi pejabat
Nak minta En. Mat wat surat iringan sebab nak hantar data pengurusan disiplin kat PPD
En. Mat lak MC...! aduyaiiiii
Terpaksa la wat sendirik
At last setel gak sume bende tu dalam kul 10.30 siap dengan minta pengesahan n masuk dalam sampul surat
Balik sekolah terus je gi PPD
Sekarang rasa la ringan sikit kepala ni...
Stop la kejap wat2 data disiplin
Tapi lepas cuti...ada 2 data lak nak kena hantar
Data SSDM n Data Ponteng Bulan Ogos
Blurrrrrp!
Posted by Teruterubozu Anamae at 8:54 PM 0 comments
Monday, July 20, 2009
Kenangan Terindah
Hafiz and Zana...Kursus Kepimpinan kat skool
Kechique and Wonn...farewell party organized by 1RKS
Kang, Along, Syar and Hafiz..Sukan Sekolah
We're happy
See....baju pon dah nak dekat sama.
LepaKing at Bilik Kaunseling...
bersama Mat (kawan angkat kami) dan Hafiz (kawan karib Mat)
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Posted by Teruterubozu Anamae at 8:43 PM 0 comments
Sunday, July 19, 2009
Pic for Majalah Sekolah
----------------------------------------------------
Kelab Bola Jaring
Kelas 4 Cemerlang
****Harus cikgu matured lagi ni****
Yup...saya harus membesar dengan sehat supaya dapat dibezakan antara cekgu dan pelajar
Sebelum ni xde la rasa obvious sangat perasaan tu
Bukan xde orang cakap...ada je..
Tapi bila dapat tengok gambar sekolah ni...IT'S A MUST!
Tak boleh selekeh2 lagik
Harus tambah berat badan
tapi camne...? dah 5 tahun mencuba neh
Posted by Teruterubozu Anamae at 10:50 PM 2 comments
Monday, June 22, 2009
Mampukah saya....
Ciri-ciri guru idaman pelajar :
1. Mereka melayan pertanyaan kami dengan ikhlas walaupun di luar sekolah
2. Sentiasa memberi galakan menyebabkan kita rasa boleh berjaya
3. Mereka tidak bersungut dan merendahkan kami kalu kami tidak faham
4. Bersedia menerangkan semula segala-galanya sehingga kami benar-benar faham dan tahu membuatnya.
5. Mereka rajin, air mukanya sentiasa riang dan ceria.
6. Mereka tegas mengawal kelas dan budak-budak takut dengan mereka.
7. Mereka tunjuk cara dan tiap langkah membuat satu-satu tugasan.
8. Mereka memberi maklum balas yang jelas dan tentang kesalahan tugasan kami
P/s : trying to be good and excellent teacher.
credit to Cikgu Mahani for this quite interesting information.
Posted by Teruterubozu Anamae at 7:43 PM 0 comments
Monday, June 15, 2009
Penggal baru dah bermula
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Posted by Teruterubozu Anamae at 8:04 PM 0 comments
Thursday, June 11, 2009
Gambo2 bulan lepas
Gambar2 bulan2 lepas...ntah berapa bulan tersimpan dalam memory card handset saya
Gambar masa jamuan pelajar2 4C dengan cikgu2 praktikumnya, Puan Fairos and Cik Faridah masa hari last deme kat sekolah. Sebagai guru kelas, x semena2 saya pon terlibat dalam urusan menempah dan membeli makanan
Ni lak gambar masa sambutan Hari Guru 2009 kat sekolah.
Saya dengan cikgu ganti (yang tengah tu) dan cikgu ROS (yang tepi sekali)..HIDUP PINK!!
Posted by Teruterubozu Anamae at 10:40 AM 0 comments
Labels: bola jaring, kengkawan, sekolah
Tuesday, May 19, 2009
Selamat Hari Guru
Tak terlewat lagi rasanya untuk sampaikan ucapan di atas untuk semua warga pendidik. Biarpun sambutan tahun ini agak kurang meriah disebabkan oleh arahan dari KPM yang meminta menjalankan P&P selepas rehat, tapi agak terhibur gak la. Hmmm...dah la sambutan pertama kali bergelar guru...
Takpe...yang penting bukannya sebanyak mana hadiah, tapi ingatan tulus ikhlas.
~ Buat guru2 dan pensyarah2 yang pernah mengajar dulu di SK Methodist, SMK Methodist, Kolej Matrikulasi Melaka, UPSI....
~ Buat abang2 n kaka, juga sedara-mara yang berada di dalam dunia pendidikan...
~ Buat rakan2 seperjuangan yang sedang dan akan bergelut di dunia pendidikan....
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Posted by Teruterubozu Anamae at 7:57 PM 0 comments
Sunday, April 12, 2009
4 dalam 1
Sabtu, 11hb April....ada 4 perkara yang berlaku dalam kamus hidup aku.
4 peristiwa dalam 1 hari
1) Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik
2) Mesyuarat PIBG
3) Perjumpaan ibu bapa dan guru bagi menyampaikan kad laporan untuk pelajar2 tingkatan 3 dan 5...maka dengan ini, saya tidak terlibat.
4) Pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
Tapi yang bestnya...tengah majlis hari anugerah tu, ada lak helikopter berlegar2 kat ruang udara SMKBS...dan akhirnya landing kat padang sekolah. Kejap je pon landing...tapi ia membuatkan pelajar2 yang berdekatan (juga yang berada di dalam dewan) berlari ke padang. Termasuk la cikgu yang seorang ini....hehehhehe
Posted by Teruterubozu Anamae at 8:35 AM 0 comments
Keceriaan Makmal Part 1
Dengan semangat yang waja....saya pon memulakan kerja2 menyiapkan bahan untuk keceriaan makmal yang menjadi amanah saya. Hehehehe...macam comel la pulak tengok...mesti lepas ni semangat jerk bila tengok makmal dah ceria...(harap2nya gitu la...jangan jadi sebaliknya sudah).
Ilham membuat dekorasi di sekeliling mounting board tu diambil dari kelas saya seperti gambar di bawah. Tiru sesikit...Susah sebenarnya nak buat keceriaan kalau tak kreatif dan tangan keras macam kayu...
Posted by Teruterubozu Anamae at 7:34 AM 0 comments
Saturday, March 28, 2009
Hari Profesionalisme
Sepanjang2 program saya langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada penceramah. Sakit kepala berdenyut2.....pening..sangat pening..sampai aje kat rumah, terus cari katil. Kepala dah rasa berat sangat.
Kadang2 terpikir gak...cikgu2 selalu marahkan pelajar sebab bising dan tidak tumpukan perhatian, tapi di kalangan mereka sendiri...situasi yang sama juga turut terjadi. Camne tu???
Mungkin kerana ingatan tulus nan ikhlas tersebut, petang tadi saya terserempak dengan beliau di Billion ketika keluar membeli barang dapur. Rupa-rupanya sudah hampir 12 tahun saya meninggalkan sekolah rendah..Hmm...dan beliau agak terkejut bila saya mengatakan yang saya sudahpun bergelar guru...
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:47 PM 0 comments
Sunday, March 22, 2009
Cuti sekolah dah habes weh...
Mulai esok saya kena bangun awal semula selepas seminggu bermalas-malasan dan datang sekolah seperti "sekolah sedara mara yang punya". Hadeh....malasnye la.
Sebab:
1) Esok ade perhimpunan
2) Esok pakai jadual waktu baru di mana jadual itu menyebabkan saya sesak nafas pada setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat.
3) Esok ada kerja yang banyak menunggu
4) Kena jumpa kaunselor itu....hukhukhuk...apa ye agak2nya dia nak cakap...
Persediaan saya menjelang hari esok....
1) Saya dah siap semak kertas soalan peksa US1.hihihi..
2) Saya dah siap print sijil utk netball team under 18 n 15....akhirnya...
3) Saya dah pikirkan baju pe nak pakai
4) Saya dah isi air dalam bekas, sediakan kain sembahyang...(ade kene ngene ke?)
5) Saya dah isi minyak keta...(yang ini sangat penting!)
Apa yang belum pulak..?
1) Saya belum siapkan laman web sekolah..tapi saya ada buat penambahan tau..werk!
2) Saya belum wat check list untuk apa yang saya kena buat esok dan sepanjang minggu depan kerana saya tau...minggu nak datang ini adalah minggu yang paling sibuk...
Kengkawan yang posting di Sabah dan Sarawak, pesanan saya "udah2 le bercuti..."
Monday, March 16, 2009
Huaaaaa
Wa....nampak gayanya tetiap hari la kene gi sekolah
SAPA KATA JADI CIKGU SENANG???
SAPA KATA POSTING DEKAT BEST??!!!
Tell me..hukhukhuk....
(This entry wrote at school...on Monday, school holiday...hukhukhuk...saya di sekolah kala ini)
Posted by Teruterubozu Anamae at 11:07 AM 0 comments
Monday, February 2, 2009
Unhappy but happy...
1) Memula sebab kehadiran cikgu lama sekolah tersebut yang berpatah balik untuk ngajar IT. Of cos la saya sangat terkejut bila terlihat beliau di tapak perhimpunan. Saya berasakan seperti pelajar-pelajar tingkatan 5 di bawah group saya menjerit keseronokan bila cikgu mereka kembali untuk mengajar mereka...(perasaan jer tu..). Biarpun agak konfius...tapi saya menyenangi kehadiran semula beliau di SMKBS. Antara seronok atau tidak..tidak dapat saya tafsirkan. Cuma saya berasakan seperti Makmal IT SMKBS lebih terurus di bawah beliau.
2) Kemudian saya melajakkan kaki ke bilik kaunseling untuk meminta beberapa majalah sekolah sebagai bahan rujukan. Kali ini saya dikejutkan dengan berita lain pula. Kaunselor meminta saya mengikut beliau untuk membawa pelajar-pelajar membuat assignment di Pantai Merdeka minggu hadapan. Syok memang syok...boleh berjalan2. Yang tak syoknye sebab saya kena drive kereta untuk bawa students. Pasti abah ngan mak tak kasi punya....(tak tau nak wat camne dah ni..)
3) Next, saya pergi berbincang dengan PK1 tentang laman web yang sedang dibangunkan. Kerja saya baru 20-30% siap. Jadi saya amat malu apabila ada guru-guru lain bertanyakan laman web tersebut sedangkan saya masih lagi terkedek2 belajar back-end web tersebut dan masih banyak feature yang belum diteroka lagi. Adehhhh...
4) Saya kemudiannya diminta membawa dua orang pelajar untuk pemilihan pemain dari 2-4 Feb ini di SMKSK. Pukul 3 petang di sana. Kerja lebih masa... Agak memenatkan tapi bila membayangkan ia diadakan di SMKSK...sangat la best! Ada juga cikgu2 sesi petang sorang dua yang perli2 saya bila saya masih lagi di sekolah biarpon selepas pukul 2. Mula2 saya agak malu..tapi sekarang saya berasakan usikan tersebut tidak perlu lagi dilayan. Kata Rezza AF suatu ketika dulu..."Tak makan dek puji, tak mati dek keji". Betul ke? Cam pelik la plak ayat tu...tak kesah la..janji bunyik cam gitu la..Apa2pon, yang buat saya happy bila berada di SMKSK...melihat balik bangunan2 sekolah dan mengimbau kenangan bersama2 rakan di sana. Best seh...pelajar2 pon ramai yang masih mengingati saya...sangat seronok..rasa terapung2 atas awan je...(melampau gilllll...). Yang tak bestnye apabila hasil kerja kami tidak lagi dapat dilihat. Mural yang kami buat dicat putih semula, pondok ilmu yang digantung dengan kata-kata sudah bertukar rupa...hanya tinggal papan kenyataan di bilik guru sahaja yang belum berudik Sedih la jugak...terus saya sms Zana. Baik dari dulu tak isuruhnya kami buat apa2..
Apa2pun...permulaan hari saya bermula dengan situasi yang tidak menggembirakan tapi berakhir dengan senyuman. Makin menarik apabila esok adalah cuti bagi orang2 di Perak...horrayyyy!!!! Kalau kira berbuat sesuatu yang kita suka, pasti kita akan gembira...ye tak?
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:38 PM 0 comments


