Sunday, February 22, 2009

Trip to Pulau Sayak

Dimanakah letaknya Pulau Sayak? Kena naik bot ke? Pulau Sayak letaknya di Kedah..di tepi Pantai Merdeka kalau diikutkan dari peta geografinya..Apa yang ada kat sana? Cuma kampung nelayan, kedai2 makan mee udang dan penariknya ialah Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan. Tempat ini la yang menjadi fokus kami minggu lepas...untuk melihat tugas2 dan bidang kerja seorang Pegawai Penyelidik bagi memenuhi syarat2 untuk menyertai Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya.


Dengan 8 orang pelajar, 3 cikgu perempuan, 2 orang cikgu lelaki termasuk PK1 dan seorang ex-student SMKBS...kami menerjah lokasi tersebut.

Aktiviti malam kami.....memberi taklimat apa yang patut pelajar buat dan cari di tempat tersebut...juga menerjah buku2 pelajar untuk make sure diorang tulis bahan2 yang dikumpul

Apa yang ada disitu???

Aktiviti pelajar di sana..Antaranya temubual, bersihkan kolam, buat alga, bersihkan kupang untuk tujuan pembenihan, amek catatan, berlakon untuk rakaman dan lain2...

Aktiviti-aktiviti cikgu....ikut pelajar, tangkap gambar pelajar, rekod video pelajar dan tahan ngantuk kat sana. Tapi kadang2 cikgunye lebih excited dari pelajar terutama part bersihkan teritip2 kat kupang....

Aktiviti petang kami pulak...

Yang paling best adalah aktiviti pada hari terakhir kami iaitu naik bot di Penaga menuju ke Sangkar Kupang di tengah2 laut. Best gila...yang betul2 cikgu yang excited. Sampaikan terduduk kat sangkar tu tak berani nak bergerak....gayat seh...dah la papan besar2 tapak kaki je. Salah pijak mau jadi dalam laut....




Bila naik ke darat je..keletihan masing2. Tapi Cikgu Taufik relax je...siap tengok peraih bekerja n beli sotong, udang lagi tu...

2 comments:

Anonymous said...

Oh saya pemakan tegar mussel ( kupang!!! ) ......masalah nya kalu kat Kuching nih kena beli yg frozen dari New Zealand ( green shelled punya )which will costs you around RM24 per/kg.Gila lah.....tapi gua beli yang half shelled,dlm 10 ekor to dpt la RM 8 gitu....Sedeyhhh...!

Teruterubozu Anamae said...

satu kerugian tu. kat tempat yang wonn pegi tu bersepah2 je kupang.pantang xde keje je aktiviti diorang tu membakar kupang. kitorang siap dapat satu kotak kupang tapi dek kerana xde tempat nak masak, busuk camtu jerrr....sangat la rugi.nasib baik hari last tu tuan punya sangkar kupang bagi kuang free lagi...merasa la jugak tengok air dia membiru bila direbus.