Sunday, December 21, 2008

Cuti-cuti di Langkawi

HARI PERTAMA

Dalam keadaan kegawatan ekonomi dan membudget2 kewangan, saya pergi juga mengikut rombongan kakak saya ke Langkawi. Turut bersama menyertai adalah adik saya, Yana. Kami bertolak dari rumah hampir pukul 8 pagi...berkonvoi dengan keluarga jiran kakak saya yang juga guru geografi saya semasa tingkatan tiga dulu, Cikgu Ghani. Sampai di Kuala Perlis pada pukul 11.15 pagi dan kami menaiki feri yang pada tiketnya tertera jam 12.30 tengah hari.

Mengapa Kuala Perlis, bukan di Kuala Kedah?? Ini kerana abang ipar saya, Cikgu Zabidi risau meninggalkan kereta di Kuala Kedah yang selaluu sahaja banjir dan beliau mempunyai kenalan yang mempunyai kedai di Terminal Jeti Kuala Perlis. Kiranya selamat sikit la parking di situ.

Terasa teruja menaiki feri tersebut. Lebih teruja lagi anak2 saudara dan juga anak2 Cikgu Ghani...rugi sahaja membayar seat kerana mereka tidak duduk pun, sebaliknya bertenggek dan melekat di cermin feri melihat pemandangan laut. Lagi2 mengujakan apabila saya menerima mesej dari Marlia yang memberitahu gaji sudah pon masuk. YEAYYYYY!!!! HARI INI KITA ENJOY!!!

Tibanya kami di Langkawi, kami terus mengisi minyak kereta sewa dan makan tengahari. Seterusnya perjalanan kami adalah ke tempat penginapan. Abang Bidi telah menempah sebuah apartmen di MRSM Langkawi. Untuk sehari semalam hanya RM120....mempunyai 3 bilik dan lengkap dengan kemudahan. Seolah-olah berada di rumah. Sangat berbaloi! Kami berehat2...ada yang tidur, ada yang menonton tv, ada yang bermain.

Sebelah malamnya kami merayau2 di Pekan Kuah melihat suasana malam dan menapau makanan untuk di makan di rumah. Rendang yang mak masak masih banyak. Membazir tu kalau tak dihabiskan.

HARI KE-2

Pagi2 lagi kami bersiap ke Pantai Chenang. Dina dan 'Abid sudah tidak sabar-sabar nak mandi laut. Air lautnya tenang je...tak dilambung2 ombak sangat. Memang sangat best! Tapi saya tak mandi laut...renyah la nak tukar2 baju pastu..

Dalam perjalanan ke Pantai Chenang,kami melalui jalan tepi pantai. Nampak jugak la Pulau Dayang Bunting...nauzubillah!! Benar2 menyerupai rupa seorang wanita mengandung berbaring. Nampak shape kepala, bahagian dada dan perutnya.

Selesai sudah bermandi-mandian, kami menuju ke Underwater World. Pada saya, tempat ini lebih menarik berbanding di Aquaria KLCC kerana lebih banyak benda hidup di dalamnya...cuma ikan jerungnya tidak banyak (ataupun tiada...sebab saya tak nampak pon...). Kalau di Aquaria, berlegar2 je jerung atas kepala. Selain itu, yang membezakan Underwater World dan Aquaria ialah penguin. Penguin di Underwater World chumil! Terketek2 aje jalannya...cute lor!

Selesai sahaja penjelajahan, kami mencari makan di rumah kenalan Abang Bidi...saya tak pasti di mana tapi boleh dikatakan kami telah menjelajah satu pulau kerana tersesat. Pulaunya kecik aje, jalannya bercabang2...kiranya kami telah berpusing 1 pulau la...Di rumah kenalan Abang Bidi, kami makan macam2...sangat menyelerakan. Kebetulan perut pula lapar...lauk pula sedap!

Selesai solat, kami menjenguk Makam Mahsuri tapi tidak singgah masuk...Mungkin kerana kepenatan dan anak2 saudara yang sudah mengamuk rimas. Terus sahaja kami ke Pekan Kuah untuk membeli-belah. Masuk aje dalam kedai Haji Ismail Group, saya dan Yana terus ke bahagian coklat. Woho...sangat best! Macam2 ada...!!! Saya tidak berminat ke bahagian lain di kedai tersebut yang juga menempatkan kain batik, tuala, pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu dan segala barangan kaca ala2 vantage mahupun dari melamine. Saya masih lagi berperangai keanak-anakan. Hehehehe....

Kami juga ke mall di Hotel Langkasuka...mencari sesuatu untuk mak dan abah sebagai buah tangan sempena gaji pertama. Ambil berkat kata orang. Sebelum ke mall, kami menikmati pemandangan petang di Dataran Helang...ambil gambar di sini sebaga bukti telah sampai di Pulau Langkawi. Juga mencari t-shirt Langkawi untuk encikhati

Arah tuju seterusnya...MAKAN!!! Sesampainya di apartmen, kami keletihan....

HARI KE-3

Bangun2 aje pagi terus mandi dan mula berkemas. Pening juga nak mengemas barang yang sudah bertambah. Mujur juga beg turut bertambah kerana Yana membeli beg troli yang sememangnya murah di Pulau Langkawi yang bebas cukai ini.

Selesai berkemas dan check-out pada pukul 11 pagi, kami kembali ke Pekan Kuah untuk shopping last minute.

Semasa membelek2 barang di kedai Haji Ismail Group, Yana senyap2 kembali ke MRSM mengambil barang yang tercicir. Dia ke sana dengan berjalan kaki. Mulanya dia mengajak saya, dia menyuruh saya memandu tapi...saya tidak pasti jalan2 di Pulau Langkawi. Dia diam aje...rupanya dia berjalan balik. Terus sahaja kami berkejar ke sana, tertinggal coklat yang baru dibeli berharga RM 42 di kerusi...haish betul budak tu!!! Nak tau apa yang tertinggal? Cuma sekeping gambar...gambar mak abah semasa konvo Abang Ejam...malam sebelumnya dan pagi sebelum check out 'Abid ada main2 dan letak di balkoni rumah. Adeh, bukannya tak boleh bersabar...mujur coklat tu tak diambil orang. Haissh!!!!

Selesai sudah drama, kami mencari kedai makan untuk makan tengah hari dan kemudiannya solat di masjid berhampiran Taman Komanwel, dan terus menuju ke Jetty Point..masuk dan menunggu feri yang konon2nya dijadualkan pukul 3 petang. Feri pon tau delayed tau...kehabisan minyak di tengah jalan agaknya...

Sampai di Kuala Perlis, menunggu Abang Bidi ambil kereta...terus bergerak pulang. Singgah di Kuala Kedah, rumah salah seorang lagi kenalan Abang Bidi. Kebetulan jirannya mengadakan kenduri kahwin...hehehhe, rezeki jangan ditolak beb! Tuan ruma menjemput kami makan...segan jugak. Dah la tak kenal, baju pula ketika itu cuma tshirt dan jeans lusuh....hentam aje la...

Malamnya tiba di rumah pukul 11 malam. Terus tido...tak larat nak buka beg pun...

p/s : Gambar akan di selitkan di entry selepas ini. Saya masih lagi kepenatan untuk transfer gambar2 yang ada...esok dah nak ke sekolah...meeting cikgu! Daaaaaaar..


3 comments:

*amie* said...

aik.. bila kamu pegi langkawi ni??
amie pegi 19-21 dec..
ala ruginya.. klu x leh meet2..hihi

Teruterubozu Anamae said...

wonn pegi 18hb...balik 20hb. ala, mesti de bertembung2 kat sana tapi x selisih bahu rugi seh...mesti ko byk shopping kat sana kan?

*amie* said...

shopping apenya.. macam makin mahal je brg kt sna..huhu..mentang2 time cuti diaorg pkt naikkn harga barang..haha