Wednesday, December 2, 2009

.: Project X :.

Seperti yang digembar-gemburkan dalam entry sebelum ni, saya telah melalui fasa minggu pertama cuti yang penuh dengan pengisian projek. Berikut merupakan rentetan projek saya....

Projek Pertama : Mengecat rumah Kak Aja

Adakah saya ingin memberitahu satu dunia bahawa saya suka mengecat? Lalalala
Macam hobi plak rasanya...
Pantang cuti je nak ngecat

Idea nak ngecat ni datang Selasa lepas...
Masa gi umah dia dan bosan dengan cat tu
Cat rumah dia sebelum ni sangat la striking...
Pink dan kuning...macam tadika
Hoho...jadi tetiba aja terkeluar kat mulut ni ajak ngecat
Haaa...amek la habuan-kan...
Kena la berusaha bersungguh-sungguh
Sampai tido semalaman dan tak gheti-gheti nak balik umah

Kali ni temanya kaler coklat..
Kira okey la sikit....


Amoi ni tengah bancuh cat


Sila abaikan keadaan yang kucar-kacir tu


Side yang ada pintu tu dulu pink..


Tuan rumah sedang membuat garisan khatulistiwa rumahnya


Garisan khatulistiwa yang telah diwarnakan


Hasilnya....


Dan ini pula


Bagi menghasilkan pemandangan ini

Projek Ke-2 : Acara Tahunan ~ Kacau Dodol

Untuk Aidiladha kali ini, saya tidak bertugas sebagai tukang kacau
Dah dapat jawatan lain plak
Iaitu runner....membeli barang-barang

Start mengacau dodol dekat-dekat nak maghrib
Sebabnya Chef Zaidi berkursus 3 hari sebelum tu
Gambar semasa keja-keja mengacau tak ada
Cuma gambar betapa rakusnya anak saudara mengerjakan dodol je
Betul-betul baru lepas masak, masih panas dan nyumnyum....





Projek Ke-3 : Hari Raya Korban

Sambutan yang ala kadar
Tahun ni saya berkesempatan melihat korban di masjid

Memula tu rasa macam nak nangis je tengok
Sakit wooo kalau kena rentap untuk ditumbangkan
Macam ahli sumo-lah pulak...



Lembu pertama yang tumbang...

Mak...


Syahmi (berbaju biru) dan mereka yang berusaha kuat


Wafi dan makcik...juga ayahnya (t-shirt biru)




Melapah lembu


Cubaan menarik organ dalaman lembu


Inilah dia organ itu..perut, limpa, hati...semua ada


Wafi yang pura-pura berani

Projek Ke-4 : Format Laptop

Projek terakhir untuk minggu lepas

Yeah..akhirnya masa telah tiba
Laptop ini berjaya juga diformat lama seh menunggu
OS yang digunakan..Windows7...YIPPIE!!!
Sekarang saya sedikit berpuas hati dengan OS ni

Oh ye...bukan laptop ni je
Dengan laptop Yana sekali saya format sesuka-hatinya
Memberikan semangat baru kepada beliau untuk wat asignment
Choqchodoch mesti kutuk kaw-kaw Window7
Ye la...dia kan ke pakai Open-source nye OS
Takpe...saya punya pirate tau...hahahha

0 comments: