Thursday, December 24, 2009

Grammy Award

Menerima jemputan ke Grammy Award
Bagi orang-orang yang sudah berumur...aiyak!!!

Okeh...serius...
Sebenarnya menerima jemputan dari Pemuda UMNO Bagan Serai
Piiiiwiiiit!!! Pemuda UMNO tuhhh tapi tak muda pun

Sila lihat kad jemputan ini...ya saya tahu...gambar tidak berkualiti

Disebabkan gambar yang baru aje snap guna nset cap ayam
Maka saya terpaksa la menulis semula

Pelancaran Majlis Persilatan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai
dan
Jamuan Makan Malam
serta
Penyampaian Anugerah dan Hadiah Sukan KSK
Parlimen Bagan Serai 2009

Pada : 22 Disember 2009
Masa : 8.00 Malam

Ikut pada tentatif
Pukul 8 malam adalah ketibaan tetamu
Pukul 8.15-8.30 malam ketibaan VIP dan VVIP
Pukul 8.35 malam baru start semua acara

Isunya di sini adalah...
Pukul 9 baru nak mula
Tahukah anda bahawa pembaziran amalan syaitan....
Ya...pembaziran masa juga adalah tidak digemari
Kenapakah semua orang tidak boleh punctual??

Saya adalah Cinderella
Saya tidak keluar malam
Disebabkan jemputan ini saya terpaksa keluar malam
Disebabkan jemputan ini saya memandu sorang2
Disebabkan tidak punctual saya sampai rumah pukul 12.10 pagi

Kalaulah saya Cinderella...pasti kereta Waja bertukar menjadi labu

Takpe...saya lakukan demi tugas
Biarpun agak risau kalau2 ada yang follow
Terpaksa jugak kuredahi kegelapan malam

Pulangannya???
Saya membawa bersama beberapa hadiah
Tapi bukan milik saya hukhukhuk
Hadiah itu students yang punyaaaa



                                       
Logo apakah ini??

                                                 
Naib Johan...tu pun sebab ada 3 kumpulan je bertanding

The envelope...Isinya???

Lumayan....RM400..Kalau bahagi2 kat students sorang RM40

Malam tu juga ada cabutan nombor bertuah
Hadiah paling hebat adalah TV 21 inci
Tapi saya selalunya malang
Jangankan TV...iron pun tak dapat
Penat aje menunggu sampai pukul 11.35 malam

Satu lagi
Yang membosankan adalah lagu2 band
Lagu lama...sesuai untuk pakcik dan makcik
Saya sangat ngantuk dan bosan okeee

Dah tu lak
Emcee untuk cabutan bertuah tu menggeramkan
Selepas 5 kali cabutan nombor
Suruh band main muzik lak pastu
Tu yang jadi lama
Yang kat belakang ini hangennnn aja saya la tu
"Mak saya marah balik lambat encik...tolong la cepat"

Makanan...berbaloi-baloi
Sedap dan menyelerakan
Cuma saya makan sikit
Sebab sakit perut...
Alasan lainnya adalah kontrol ayu  CEH!!!

p/s : Sila maafkan saya kerana gambar berkualiti sangat rendah. Tangkap gambar guna night mode aje..

0 comments: