Hari ni genap 8 hari Kaer ditahan di ICU
Sekarang ada kat Child Care, Auckland
Sebab ekzema yang terlampau
Ditambah lak ngan bacteria infection
Memang agak kritikal keadaannya
Dari facebook abahnya...
Boleh lihat keadaan Kaer di sini masa dia balik Malaysia dulu
Apa sebenarnya ekzema tu???
Okey..ini hasil "google"an saya di wikipedia
Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).
Kesian Kaer...
Baru berusia 7 bulan
Kecik2 dah kena operation
Harap antibodinya bertambah kuat
Semangatnya untuk terus melawan penyakit bertambah kuat
p/s : tolong doakan untuk si kecil Kaer
0 comments:
Post a Comment