Thursday, December 24, 2009

Marilah berkahwin

Disember...
Bulan kahwin
Sebabnya cuti sekolah

Perlukah saya juga berkahwin pada bulan disember???Hmmmm...

Saya telah memenuhi jemputan
Juga ruang di perut ini dengan nasi minyak
Dengan menghadiri perkahwinan kawan2 sekitar PB minggu lepas

Yang pertamanya
Pada hari Sabtu, 19hb Disember
Undangan dari Aida/Edhe-Shah di Kamunting
Cuma pergi kenduri sebelah Shah sebab Edhe orang Terengganu
Edhe ni housemate saya masa sem 6-7
Sama-sama menyewa di Taman Hepi, depan pintu utama UPSI
Seorang yang happy go lucky...dan relax

Edhe dan suami..kena panggil suami sudaaaa

Haruslah bergambar dengan pengantinkan...

Suka paper bag ni...isi dalamnya gula-gula

Kalau bawa gi sekolah pegang camni ok tak???

Satu lagi goodies dari pengantin menggunakan paper bag camni

Yang keduanya
Hari Ahad, 20hb Disember
Undangan dari Faizah-Fendi di Masjid Tinggi, Bagan Serai
Jauh nau dia mekap...turun ke PB semata-mata untuk D'Ratu

Faizah pengantin yang suka senyum

Faizah ataupun lebih dikenali dengan nama Faiz
Kawan sematrik...sama-sama belajar naik bas balik kampung
Sama-sama berhuhahuha di Aras 4 Blok A4
Kenal dia masa minggu orientasi
Tu pun masa berbaris di padang
Terdengar dia bersembang dengan sorang kawan baru
Then tertangkap ayat "Saya dari Bagan Serai Perak"
Kira orang kampung la tu....
Saya pun masa tu terkapai-kapai sorang
Sangat la seronok jumpa kawan sekampung
Hahaha..kenangan yang sangat indah

Suaminya muda setahun
Berkenalan melalui sepupu
Roomate Faiz (lupa nama beliau) pass nombor kat Fendi
Fendi dan roomate Faiz adalah sepupu

Gambar bersama pengantin dalam bilik pengantin

Bertudung coklat adalah Yana, bertudung hijau adalah Fae..
Kami adalah bekas pelajar Matrik Melaka

Ketibaan pengantin lelaki...Fae jadi pengapit

Baju itam, rambut serabai adalah photographer Faiz

Pengantin bersanding di pelamin
Saya mencari-cari kerusi itu...di mana murah ya...?

                                      
After makan beradap...kami kidnap Faiz untuk bergambar lagi

Rasa macam nak kawen jugaks
Ahaks...gatalnya ayat.....
Tapi apakan daya
Seru belum sampai lagi
Kalau kahwin2 mesti pakai banyak duit kan....haishhhhh!

0 comments: