Saturday, January 24, 2009

Tambah cawangan.hakhakhak

PUISI SUAMI

Isteriku,
Jika engkau bumi
Akulah matahari
Aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran dariku...
Matahari pasti akan menyinari bumi
Hingga kadang-kadang bumi terasa kilauan sinaran matahari

Lantas
Aku teringat satu hal
Bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi
Malah ada planet lain yang mengahrapkan sinaranku ini

Lalu
Relakan aku menyinari planet lain juga
Bagi menyampaikan faedah yang aku ada
Kerana sudah takdir Ilahi sinaranku ini juga diperlukan oleh planet lain...


PUISI ISTERI

Suamiku,
Andai kau memang mentari
Sang suria yang memberi cahaya
Aku relakan kau memberi sinaran kepada planet-planet yang lain
Telah Tuhan ciptakan yang mereka juga sepertiku yang memerlukan cahayamu
Dan...
Aku juga tidak merasa kekurangan sinaranmu itu.

AKAN TETAPI!!!
Jika kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja
Janganlah berangan untuk menyinari planet-planet yang lain
Kamar tidur yang kecil itu pun tidak mampu kau sinari
Inikan pula untuk rumah
Lihatlah dirimu dari cermin di sudut kamar kita tu
Di tengah-tengah remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti
Lihatlah iapa dirimu
MATAHARI atau LILIN???
atau jangan-jangan
cuma MANCIS sahaja
please la...
Sudah-sudah la berangan

0 comments: