Sunday, January 4, 2009

Rumah Kena Pecah Lagi

2 hari lepas, rumah jiran depan hampir2 kena pecah. Pencuri tu tak sempat masuk, baru angkat tingkap yg ala2 sliding tu dah kena baling bantal dengan anak jiran yang kebetulan tersedar dari tidur. Dan pada pagi Jumaat, saya lihat mereka sekeluarga menebang pokok di halaman rumah. Agak konfius..tapi setelah mengetahui, memang patut ditebang pokok2 tersebut kerana membolehkan pencuri bersembunyi. Pokok tu memang gila rendang...kalau malam, memang tak nampak apa dah.

Pagi tadi, jiran sebelah rumahnya pulak yang kena pecah. Rumah anak owner Restoren Bamboo Inn. Dia balik dari keja dengan isterinya awal pagi dan terus tido tak sedar apa (mungkin mengusaha kedai makan kat R&R sebab uniformnya uniform R&R). Tengahari tu ada la 2 kereta polis berhenti kat rumah dia yang berhadapan dengan rumah saya..baru la tahu rumahnya kena pecah. Apa yang hilang?? Duit cash RM28k..kereta pon kena selongkar gak. Mungkin barang2 lain ada jugak. Adeh..banyaknya simpan cash dalam rumah. Senilai dengan jumlah PTPTN selama 4 tahun di UPSI!

Kebanyakan kes pecah rumah berlaku pada awal pagi. Sama seperti kes rumah sewa saya semasa praktikum dulu. Anggaran waktu pukul 4-5 pagi. Teringat kata2 seorang guru SMK Sri Kurau..."Satu dunia tarak sedar masa tu..waktu benar2 tido punya".

0 comments: