Sunday, January 25, 2009

Barisan Generasi Baru

Jumaat lepas saya menerima panggilan dari seorang teman lama, Sharifah, yang memberitahu Liza sudahpun selamat melahirkan baby lelaki...18hb Januari lepas. Hampeh betul la...sikit pun tak diberitahu. Apalagi...berdesup la bersiap dan memecut ke rumah Liza. Tak sabar melihat budak kecik tu...hehehe, nak tengok ikut muka sapa. Ibunya or ayahnya...kedua-duanya merupakan teman ketika zaman sekolah dulu.

Sampai-sampai aje...tak tegur pun Navamaran yang kebetulan ada jugak masa tu. Si kecik je yang nampak. Bingit umah Liza...hampir terlupa yang dia baru je bersalin seminggu. Segala cerita baik semasa zaman sekolah, sampai la dah bekerja sekarang ni pun dikongsi. Maklum je la...kami sama-sama cikgu baru, berkongsi cerita di tempat baru. Kesian Nava...mesti tak faham cerita. Hehehe...Nava sekarang menetap di India, bekerja di sana. Kalau dulu tengok gambar konvo dia...tak ubah seperti bapa orang....sekarang ni dah kembali muda, cuma tak lagi senakal masa form 5 dulu. Mungkin sebab takde geng..Ian dan Dinesh.

Kat bawah ni gambar si baby..tengok la sendiri macam iras sapa. Saya memang tak pandai melihat dan membanding muka si kecik...pandai2 la buat penilaian. Si kecik ni namanya Mohamad Lokman Bin Yusri...I'm not sure how to spell Mohamad...either Mohamad, or Mohammad, or Mohd...just main tembak je. Ibu dan ayahnya sebaya...kedua-duanya rakan sekolah masa di Methodist, yang kemudiannya sama-sama sambung belajar di MRSM yang sama...(tapi masa tu diorang ni tak pernah bertegur sapa baik di methodist mahupun kat MRSM Chenderoh nun). N now...hahahha, kan dah ada anak satu. Tu la namanya cinta...masa depan mata tak nampak pun, alih-alih itu la jugak jodohnya. Taraaaaa......stop cite.

Pasal baby lak....Lokman lahir awal 3 minggu. Liza tak rasa sakit pun, siap leh jalan2 ke rumah mak mertua lagi...bukan tu je, siap tengok cikte Hantu Raya sampai abes. Masa pragnant punya la tak lalu makan...tapi bila dah deliver, Liza nak makan yang bukan2...burger Prosperity lak tu! Dah la setahun sekali je jumpa...nampaknya kena la bersabar untuk tahun depan je...tapi jangan2 tahun depan Si Lokman ni dapat adik...aishhhh!

Lokman yang berkaki panjang...tido je kejenya, tak banyak bunyik

Liza and Yusri masa wedding diorang bulan 4 tahun lepas..betul2 lepas habes praktikum.

2 comments:

MR.KUMAR said...

aku balik kejap lah dik nun oi... x menyempat buat apa sangat pun... ingat nak jumpak kawan2 hari ke 3, tapi terlepas g umah sepupu... ada hal kecemasan-arahan mak aku.. jangan marah ha!!! lain kali aku balik sureeeeeeeeeeeeee aku carik hang...

BTV, aku pun x pandai tengok muka budak2 ni.. tapi aku rasa macam muka yusri.. rasa jer lah... huhuhu..

Tak sangka kan, diorang couple then kawin, sekarang dah ada anak.. adoi.. cepatnya..

terasa diri ini semakin matang.. bila giliran kita plak neh asmaq? aku calon pun tarak...nak buat anak kot mana.. hahahaha

Teruterubozu Anamae said...

aish..part tu aku pon x bole nak jawab lagi.

liza kata macam muka dia.xde iras yusri pon. aku tak tau la tilik menilik ni. tapi depa cakap anak laki ikut muka mak..sejuk, anak perempuan ikut muka ayah pun sejuk gak. apa yang sejuk pon tak tau la..