Entry ini ditujukan khas buat Saudara Malek
I've told you...
Atas pentas nanti bergembira la habes2
Happy2 on your convocation day
Tapi ko degil....
Nak sangat kontrol hensem atas pentas
Budget bakal mak mertua nampak la tu
Ceh....! Takde maknanya Malek...
Ini tak
Bakal mak mertua bagi bunga pon ko dah happy
Ko saja je nak menjeleskan bakal bapa mertua ko kan...
Tak pon bagi bakal isteri ko tu rasa tercabar
Hambek sekarang...
Kan gambar konvo dah tak cantek
Gambar tu yang ko nak tatap sampai tua
Bukan bunga yang bakal mak mertua ko kasi
Daripada insan yang turut sama mengalami situasi itu tahun lepas
Untuk insan itu...
"Wonn, nanti sambung blaja balik...kasik gambar konvo yang lagi best ye"
SEMANGAT!!!
Saturday, January 31, 2009
Gambar Konvo
Posted by Teruterubozu Anamae at 3:31 PM 2 comments
Labels: kengkawan
Friday, January 30, 2009
Bangun tidur pon masalah...
Dulu saya penah ngadu kat Kak Aisyah n Kak Ju (roomate Kak Aisyah masa tu). Ngadu bukan sebab pe..cuma rasa tak best bila kuliah sokmo pukul 8. Maknanya kena bangun awal2 setiap pagi...tak leh malas2 lepas subuh. Di kala roomate2 yang dua orang lagi dan housemate2 yang lain masih lagi berselimut, saya dah pon lengkap berpakaian kuliah...sarapan2...membelek2 nota...dan mengintai orang2 MDTM lalu belakang umah nak amek sampah (MDTM stand for Majlis Daerah Tanjong Malim). Nak tau pe kakak2 saya tu cakap....
"Camna nanti kalau dah ngajar? Nak kena bangun awal gak kan pegi sekolah..."
Zasss!!! Amek ko!! Memang la rasa unfair sebab jadual waktu saya hampir setiap hari kuliah kul 8. 2 sem berturut2 camtu...sem 6 n sem 7. Masa tu pikir tak best je...sebabnya saya ni night person. Suka berjaga malam wat keje...kene lak bangun pagi. Tak best2....Kalau dah keje tu lain...sebab environment saya masa tu dikelilingi pelajar2 yang rata2 suka kuliah kul 10 pagi. Kalau kuliah pukul 8...saya kena masuk kawasan UPSI dengan staf2 UPSI yang lain. Masa ni semua pengawal UPSI sangat berjaga2 memerhati kad matrik dan pelekat2 motor-kereta orang yang masuk pintu UPSI. Hoho....sangat la remeh....
Tapi sekarang...rutin saya memang macam tu. Ngajar di sesi pagi..jadi, saya perlu bangun awal...bersiap, solat, sarapan ala kadar...dan bertolak sebelum pukul 7 lagi untuk sampai selewat2nya pukul 7.15. Kalau keluar lewat maknanya saya akan rushing untuk sampai sekolah...bersesak2 dengan pelajar2 kat jalan raya...dan nasib tidak baik, perlu ikut piku lori. Ada hikmah juga rupanya jadual waktu dulu...
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:01 PM 1 comments
Thursday, January 29, 2009
Plet Kereta
Rasa macam nak marah je
Sedangkan bukan salah plet mahupun kereta itu
Lagi2 owner kereta yang tak tahu apa2
Tapi siyes seh..
Memang tak suka plet PJA
Camne la nak ubati penyakit ni
Tengok plet je...mesti teringat mangkuk
Eh...SILAP2!!
Dah jadi periuk belanga dah pon sekarang
Posted by Teruterubozu Anamae at 11:17 PM 0 comments
Wednesday, January 28, 2009
Kurangnya kasih sayang
Bekas ni langsung kosong...ada jeli je pon...Itu maknanya pokoknya memang sudah mati!
Harap ini je yang mampu hidup tapi tak segah pon daun dia.
(Macam tuan yang jaga dia gak la)
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:52 PM 0 comments
Eskemgoreng ke....cekodok?
Sebab apa lak nak malu....
Sunday, January 25, 2009
Barisan Generasi Baru
Sampai-sampai aje...tak tegur pun Navamaran yang kebetulan ada jugak masa tu. Si kecik je yang nampak. Bingit umah Liza...hampir terlupa yang dia baru je bersalin seminggu. Segala cerita baik semasa zaman sekolah, sampai la dah bekerja sekarang ni pun dikongsi. Maklum je la...kami sama-sama cikgu baru, berkongsi cerita di tempat baru. Kesian Nava...mesti tak faham cerita. Hehehe...Nava sekarang menetap di India, bekerja di sana. Kalau dulu tengok gambar konvo dia...tak ubah seperti bapa orang....sekarang ni dah kembali muda, cuma tak lagi senakal masa form 5 dulu. Mungkin sebab takde geng..Ian dan Dinesh.
Kat bawah ni gambar si baby..tengok la sendiri macam iras sapa. Saya memang tak pandai melihat dan membanding muka si kecik...pandai2 la buat penilaian. Si kecik ni namanya Mohamad Lokman Bin Yusri...I'm not sure how to spell Mohamad...either Mohamad, or Mohammad, or Mohd...just main tembak je. Ibu dan ayahnya sebaya...kedua-duanya rakan sekolah masa di Methodist, yang kemudiannya sama-sama sambung belajar di MRSM yang sama...(tapi masa tu diorang ni tak pernah bertegur sapa baik di methodist mahupun kat MRSM Chenderoh nun). N now...hahahha, kan dah ada anak satu. Tu la namanya cinta...masa depan mata tak nampak pun, alih-alih itu la jugak jodohnya. Taraaaaa......stop cite.
Pasal baby lak....Lokman lahir awal 3 minggu. Liza tak rasa sakit pun, siap leh jalan2 ke rumah mak mertua lagi...bukan tu je, siap tengok cikte Hantu Raya sampai abes. Masa pragnant punya la tak lalu makan...tapi bila dah deliver, Liza nak makan yang bukan2...burger Prosperity lak tu! Dah la setahun sekali je jumpa...nampaknya kena la bersabar untuk tahun depan je...tapi jangan2 tahun depan Si Lokman ni dapat adik...aishhhh!
Lokman yang berkaki panjang...tido je kejenya, tak banyak bunyik
Posted by Teruterubozu Anamae at 8:39 PM 2 comments
Labels: kengkawan
Saturday, January 24, 2009
Tambah cawangan.hakhakhak
PUISI SUAMI
Isteriku,
Jika engkau bumi
Akulah matahari
Aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran dariku...
Matahari pasti akan menyinari bumi
Hingga kadang-kadang bumi terasa kilauan sinaran matahari
Lantas
Aku teringat satu hal
Bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi
Malah ada planet lain yang mengahrapkan sinaranku ini
Lalu
Relakan aku menyinari planet lain juga
Bagi menyampaikan faedah yang aku ada
Kerana sudah takdir Ilahi sinaranku ini juga diperlukan oleh planet lain...
PUISI ISTERI
Suamiku,
Andai kau memang mentari
Sang suria yang memberi cahaya
Aku relakan kau memberi sinaran kepada planet-planet yang lain
Telah Tuhan ciptakan yang mereka juga sepertiku yang memerlukan cahayamu
Dan...
Aku juga tidak merasa kekurangan sinaranmu itu.
AKAN TETAPI!!!
Jika kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja
Janganlah berangan untuk menyinari planet-planet yang lain
Kamar tidur yang kecil itu pun tidak mampu kau sinari
Inikan pula untuk rumah
Lihatlah dirimu dari cermin di sudut kamar kita tu
Di tengah-tengah remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti
Lihatlah iapa dirimu
MATAHARI atau LILIN???
atau jangan-jangan
cuma MANCIS sahaja
please la...
Sudah-sudah la berangan
Posted by Teruterubozu Anamae at 12:56 PM 0 comments
Thursday, January 22, 2009
Tepuk Perut, Dengar Bunyi
Esok hari last sekolah sebelum bercuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Yippie...seronok seh...!!! Rancangan mengajar minggu ni tak siap lagi, tapi yang minggu depan punya dah complete. Mood sekarang pon mood berchutie.hehehehe...
Sebelum bercuti, hidup kat sekolah agak kelam kabut. Biarpun baru je mula persekolahan 3 minggu..banyak aktiviti yang dijalankan. Antaranya latihan rumah sukan, saringan sukan sekolah, merentas desa...termasuk la jugak kejohanan2 lain macam bola jaring, ping pong, badminton and so on untuk peringkat daerah..Training bola jaring pon cuma amek masa seminggu je...tak banyak yang saya dapat belajar dari pengalaman mengendalikan pelajar dan pemain sekolah selama satu minggu. Nampaknya...kena cari rujukan lain la...
Yang tu baru dalam bidang ko-kurikulum. Untuk bidang2 lain...banyak lagi yang tergendala. Pengurusan kelas saya pon agak serabut. Mujur ketua tingkatan kelas saya seorang yang rajin...rajin mencari saya yang selalu lesap di sekolah (tu la masalah kalau sekolah ada dua kawasan...penat melintas jalan...). Selalunya saya hanya berkesempatan mengisi perut bila dah habis kelas, lebih kurang pukul 12.30....tetapi selalunya hanya sempat mengalas perut dengan biskut kraker dan air kotak soya yang memang menjadi bekal saya, yang sememangnya tersimpan kat laci meja di bilik disiplin. Terlampau sibuk ke??? Pepatah baru dari saya..."Tepuk perut, dengar bunyi". Hahaha...
Kosong Perut, Berkerut Dahi
Posted by Teruterubozu Anamae at 7:58 PM 0 comments
Saturday, January 10, 2009
Sudah dibaikpulih
Posted by Teruterubozu Anamae at 8:34 PM 0 comments
Labels: teknologi
Wednesday, January 7, 2009
Streamyx yang sengal!!
Tak larat la dengan streamyx ni..asyik putus2 je. Nak download-upload susah..nak tengok gambar kat friendster pon susah. Hangen2...setiap kali kol 100, benda yang sama dia suh buat. Kalau tak suruh buat secara terus ke port telepon, dia suruh set balik ip address mende ntah..suh monitor setengah jam. Tapi macam tu gak. Ingat saya takde keje lain ke?!! Ini belum lagi nak bayar2 bil secara online...Mangkuk tingkat plastik betul!!
Posted by Teruterubozu Anamae at 8:26 PM 0 comments
Sunday, January 4, 2009
Rumah Kena Pecah Lagi
Posted by Teruterubozu Anamae at 7:08 PM 0 comments
Labels: kes
Saturday, January 3, 2009
1st entry for 2009 : Jom gi sekolah!!
Debar ar...
Takut ada.
Risau pon ada gak.
Macam budak tahun 1 nak masuk sekolah plak
Persediaan?
Mental emosi tengah dalam proses
Fizikal lak...hmmm, tak fit lagi untuk masuk sekolah
Kena lak awal2 tahun, confirm la kena KUAT
Apa yang dah sedia sebenarnya ni???
Wonn, yakin boleh!!
Caiyork! Caiyork!!
Posted by Teruterubozu Anamae at 8:48 PM 3 comments