Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Monday, December 7, 2009

Hari Kelas Tambahan

Tak pasal-pasal je Dina, Ain kena kelas tambahan
Asyik sangat mainnya...
Tau la cuti sekolah...
Haaaaa, kan dah kena







Budak-budak ni kena wat spelling
Dah tu kena lak wat pembetulan yang banyak
Dan Dina menghafal sifir juga jawab soalan matematik
Cuma....


yang ni je tak makan saman
boleh layan gambar wedding kak dilah lagi

PIKOM PC Fair

Punya la ramai orang...
Camne la mereka sanggup berurusniaga dalam keadaan sesak
Pasar malam pon tak seteruk di PISA ahad lepas


Tawaf satu stadium untuk masuk
Abah tiba-tiba excited nak tau apa yang ada

Bila masuk je stadium terus je pening kepala
Rasa macam nak muntah tengok gadget yang terlampau banyak
Kalau berduit sekalipun, rasanya saya tak akan beli kat PC Fair
Kepuasan membeli tu rasa macam takde
Sebab orang yang terlampau ramai
Booth yang terlampau banyak
Takde maknanya nak buat perbandingan harga
SESAK-BINGIT-SERABUT


Di booth P1 W1MAX
Mamat tu tengah kutip duit untuk kurangkan bayaran W1MAX



Hah..punya la ramai manusia kat sini

Mujur la saya hanya mahu jalan-jalan sahaja
Tidak la rasa frust sangat
Kalau setakat nak beli cooler, mouse...tak payah datang PC Fair
Baik pergi tempat lain aje..lagi bagus


Selamat tinggal Pulau Pinang


Juga selamat tinggal abang-abang kapal

Sunday, December 6, 2009

Jom Bersunat

Meh beramai-ramai bersunat
Potong jangan tak potong

Teringat iklan P1 W1MAX
"Abang dah potong" tanya pengantin perempuan
"Kau tak potong lagi?"
"Kalau aku dah lama dah potong.."

Hehehe...back to topic
Semalam (Sabtu, 5hb Disember)
Taman Murni menganjurkan program Jom Bersunat
Melibatkan lebih kurang 18 kanak-kanak (sepatutnya 21 orang)
Antara kanak-kanak yang terlibat tu adalah 'Abid


Senyuman Ceplos 'Abid, 2 hari sebelum majlis

Tentatif program seperti yang tertera di bawah:
-Ucapan Pengerusi Taman Murni
-Ucapan Profesor Madya Dr Haji Badorul Amin
-Ucapan D.O.
-Mandi beramai-ramai (guna khidmat semburan air bomba)
-Cabutan giliran berkhatan
-Berkhatan

Semua yang ada dalam tentatif tu saya tak tengok
Biarpun agak excited nak tengok mandi beramai-ramai tu
Tapi saya perlu mengerjakan dapur terlebih dahulu pagi semalam

Jadinya saya hanya terus ke rumah untuk melihat
Kondisinya....hukhuk...menakutkan
Kesian lak tengok 'Abid
Nangis sampai menggigil

'Abid baru 6 tahun
Tak berapa hari lagi akan masuk darjah 1


Melarikan muka bila tengok makcik


Menangis...


Kena pujuk ngan mak dia

Lena jugak akhirnya bila abah dia pujuk



Akhir kata dari makcik:

"Yeay, 'Abid dah besar!! Boleh kawen...yeay!!!

Thursday, December 3, 2009

Kenduri Kahwin

Bulan Disember sudah muncul
Maka, bersiap sedialah wahai semua
Memenuhi Undangan Walimatul Urus yang diterima

Untuk bulan ni aje
Banyak undangan daripada kawan-kawan

Antaranya:
1) Faizah @ Faiz...kawan matrik
2) Aida @ Edhe...housemate sem 6-7
3) Ilmei @ Abang Me...junior IT, merangkap team-mate NRIC
4) Akmal @ Tong...juga junior IT, merangkap team-mate NRIC
5) Zulazri @ Azri...juga junior IT, merangkap team-mate NRIC
6) Nik @ Ustaz..junior IT, merangkap team-mate masa PTM
7) Zuraihan @ Kak An...teman UPSI yang dikenali sejak form 5 lagi
dan ramai lagi baik yang jauh mahupun dekat....

Semuanya ambil minggu-minggu di bulan 12 ni
Kiranya memang padat la

Tu belum masuk lagi yang nak bertunang
Yang nak berkhatan pun ada

Oh ye....Ied (bestfriend masa UPSI)
InsyaAllah akan bertunang pada 5hb ni...
Akhirnya terikat la beliau kepada Zulzaeri

Yang mana terdaya nak pergi, akan terlihatlah saya nanti
Yang tak terpergi tu...kutitipkan doa di angin lalu ajelah..

SELAMAT PENGANTIN BARU
MOGA BERBAHAGIA HENDAKNYA...

P/S : Sedang memikirkan hadiah apa yang patut dibeli

Wednesday, December 2, 2009

.: Project X :.

Seperti yang digembar-gemburkan dalam entry sebelum ni, saya telah melalui fasa minggu pertama cuti yang penuh dengan pengisian projek. Berikut merupakan rentetan projek saya....

Projek Pertama : Mengecat rumah Kak Aja

Adakah saya ingin memberitahu satu dunia bahawa saya suka mengecat? Lalalala
Macam hobi plak rasanya...
Pantang cuti je nak ngecat

Idea nak ngecat ni datang Selasa lepas...
Masa gi umah dia dan bosan dengan cat tu
Cat rumah dia sebelum ni sangat la striking...
Pink dan kuning...macam tadika
Hoho...jadi tetiba aja terkeluar kat mulut ni ajak ngecat
Haaa...amek la habuan-kan...
Kena la berusaha bersungguh-sungguh
Sampai tido semalaman dan tak gheti-gheti nak balik umah

Kali ni temanya kaler coklat..
Kira okey la sikit....


Amoi ni tengah bancuh cat


Sila abaikan keadaan yang kucar-kacir tu


Side yang ada pintu tu dulu pink..


Tuan rumah sedang membuat garisan khatulistiwa rumahnya


Garisan khatulistiwa yang telah diwarnakan


Hasilnya....


Dan ini pula


Bagi menghasilkan pemandangan ini

Projek Ke-2 : Acara Tahunan ~ Kacau Dodol

Untuk Aidiladha kali ini, saya tidak bertugas sebagai tukang kacau
Dah dapat jawatan lain plak
Iaitu runner....membeli barang-barang

Start mengacau dodol dekat-dekat nak maghrib
Sebabnya Chef Zaidi berkursus 3 hari sebelum tu
Gambar semasa keja-keja mengacau tak ada
Cuma gambar betapa rakusnya anak saudara mengerjakan dodol je
Betul-betul baru lepas masak, masih panas dan nyumnyum....





Projek Ke-3 : Hari Raya Korban

Sambutan yang ala kadar
Tahun ni saya berkesempatan melihat korban di masjid

Memula tu rasa macam nak nangis je tengok
Sakit wooo kalau kena rentap untuk ditumbangkan
Macam ahli sumo-lah pulak...



Lembu pertama yang tumbang...

Mak...


Syahmi (berbaju biru) dan mereka yang berusaha kuat


Wafi dan makcik...juga ayahnya (t-shirt biru)




Melapah lembu


Cubaan menarik organ dalaman lembu


Inilah dia organ itu..perut, limpa, hati...semua ada


Wafi yang pura-pura berani

Projek Ke-4 : Format Laptop

Projek terakhir untuk minggu lepas

Yeah..akhirnya masa telah tiba
Laptop ini berjaya juga diformat lama seh menunggu
OS yang digunakan..Windows7...YIPPIE!!!
Sekarang saya sedikit berpuas hati dengan OS ni

Oh ye...bukan laptop ni je
Dengan laptop Yana sekali saya format sesuka-hatinya
Memberikan semangat baru kepada beliau untuk wat asignment
Choqchodoch mesti kutuk kaw-kaw Window7
Ye la...dia kan ke pakai Open-source nye OS
Takpe...saya punya pirate tau...hahahha

Monday, November 23, 2009

Cuti sekolah sudah bermula

Yippieeee
Cuti sudah bermula.
So...apa plan anda??

Saya baru saja habes berkursus
Kursus EDICT yang panjang
Tapi sangat berbaloi

Mesyuarat guru akan diadakan 29-31hb disember
Maseh jauh...but need to start thinking
Have to draft Program Peningkatan Kendiri
Apakah program tu?
Saya pon tak tahu....

Tahun depan big boss dah merancang aktiviti yang lebih agresif
Program ala-ala tentera
Mampukah saya nak ikut??

Huh...
Lupakan sekolah seketika okeee
Cuti harus dimanfaat sepenuhnya
Sebelum tenaga dikerah tahun hadapan

YES
Hihihi..it come again
Tapi saya sudah shopping di Alor Star ari tu

One week di Alor Star sangat best
Setiap petang saya dan Yat membuat lawatan muhibbah
Lawatan ke semua mall yang ada di sana
Waaaa.....kempis sudah poketku....
Siap dapat sepersalinan lagi..APA CERR???
Sepatutnya saya berjimat sebab sudah ada tanggungjawab
Tak boleh jadi ni Wonn....

Oh ye...
Latihan bola jaring dah pon dimulakan
Bukan latihan secara agresif
Tapi cukup la buat syarat untuk pilih pemain
It's better than nothing, right?

Harapnya tahun depan adalah lebih baik dari tahun ni
Caiyo Wonn!!!

Friday, October 16, 2009

Cuti dan Pasar Kemboja

Hari ni sekolah saya cuti...
Kak Aja kata saya sekolah tamil...sebab tu cuti
Pagi2 da teringat2 nak pegi Pasar Kemboja
Malam semalam dah pesan kat Kak Aja suh bawa helmet Jannah
Kang takde helmet, Jannah lak gedik2 nak ikut camne??
Kan ke kesian...

Matlamat saya untuk cari tudung syiria
Tapi sekarang ni bukan lagi musim dia...susah nau nak jumpa
Saya ni pulak agak kurang follow pesen2 tudung ni
Bila dah out-season baru la hegeh2 nak cari

Yang jadi teringin sangat kat tudung syiria ni sebab dok ushar blog2 tudung n orang bertudung canthek2
Tengok diorang pakai macam kiut ajeeee
Pakai skaf tudung syiria tu ngan selendang...huhu...
Look very gorgeous, seriously!! Arabian look sangat...
Kat KL senang la kot nak dapat...PB mana nak jumpa







Kalau pakai tanpa skaf tudung syiria tu melekat je kat muka kan...
Kira skaf tu bagi nampak elegen la



Kat pasar kemboja tadi ada ja tudung syiria...dalam beberapa design
Tapi...huduhnya yang amat...wat rugi duit je beli
Saya beli selendang je..tu pon sehelai
Ada design paddlepop...pelangi...bagaaai laaaa
Saya pilih yang bawah ni..





Saya jumpa 2 cikgu SMKBS kat Pasar Kemboja
Deme pon soping gak...bawa anak yang tak skool berjalan


Isnin lepas saya join geng2 cikgu ERT soping kat Alial
Masuk2 je saya dah sambar satu selendang...sangat gumbira
Balik umah macam susah sikit nak betul2kan kat bahagian depan selendang tu
Kain hapa ntah...tak kenal la kain ni...
Saya dapat selendang yang bawah ni lak..






ada batu2 berlian kat ujung dia

Agak2 gorgeous dan elegan tak bila saya pakai nanti???
Agak2 bila saya nak belit2 tudung tu n pakai keluar????

Thursday, October 15, 2009

Hiburan

Hari ni sangat tak best di sekolah
Why???? Punya la banyak keja...tak best lagi???

Dunno la...but what can I say is...I'm not feeling well
Buhsan...blur...and lost my attention
Macam ada masalah but tak tau apa...
Macam tak berpikir but kosong je minda...
Macam tengah merenung but tak nampak apa2

Critical n for solution....i need entertainment
Kalau bole...mau je gi klua meronda2 tapi harus berjimat
Meronda ketika blur akan menyebabkan perbelanjaan yang tidak terkawal


Tadi saya baca blog Lifesaver
Love her writing...sangat santai
Entry yang membuat saya terhibur dan ketawa ngekek sorang2 tadi benar2 memberi energy kepada saya...

TQ SO MUCH!!
Esok saya akan meronda kat pasar kemboja...if bangun awal la...
HOYEEEE....ESOK CUTI!!!

Saturday, September 26, 2009

Hari Sabtu

Ye...memang hari ni hari Sabtu
Esok hari Ahad
Lusa lak hari Senin
Bila hari Senin maknanya dah kene sekolah

Waaaaa......nak cuti lagik!!!!

Friday, September 25, 2009

Hari Mengacau Dodol

Tak terlewat lagi untuk saya mengucapkan :


N also tq to our ministry of education yang sangat berbesar hati mengapprovekan cuti khas yang secara tidak langsung menamatkan isu cuti berganti
Sangat suka dengan announcement tu tau
Sebabnya...saya telah pon memohon cuti rehat pada hari khamis
Means...cuti saya straight terus ajo la...
Hahahaha kemaruk cuti betullll!!!!

And cuti khas yang telah dikurniakan itu telah pon digunakan sebaik2nya untuk mengacau dodol
If not..kami terpaksa bekerja keras hari sabtu...
Mana nak kacau dodol, nak bakar lemang, nak potong daging rendang and so on

So..di keheningan pagi yang tidak bape nak sejuk tu...
Bermula la tugas saya..sebagai pengacau dodol tidak bertauliah
Ini lah step yang dijalankan sepanjang pagi jumaat tersebut
Mula kul 8 am and done at 11.30

Memula kena masak gula merah ngan air dulu...biar sebati dan ketepikan


Lepas tu...masak lak santan


Dah tu baru masuk campuran tepung beras ngan kapur yang telah sebati bersama air


Dah agak2 sebati...baru masuk gula okeee


Aktiviti mengacau selepas semuanya telah dimasukkan. and it took 3 and half hours!


Tara...sudah siap dan sudah boleh berehat!


Yang ini adalah orang kuatnya...Chef Zabidi and mak


Bukan ngelat ye...tapi berehat


Owh..yang ni plak mandor....keja di bahagian pembersihan dan memberi arahan aje...


p/s : for the detailed recipe, do contact chef zabidi