Wednesday, July 8, 2009

Perginya nset oren

Alkisahnya..last week saya amek cuti rehat hari Jumaat, 3hb. Nak g KL, amek kakak n berpoya2 dengan mak abah kat KL. Bertolak dari PB petang Khamis, lepas balik dari sekolah dan bertolak balik hari Jumaat petang selepas solat Jumaat. Sesampai2 je kat umah dalam kol 11 pm, nampak Kak Faridah dan anak2nya kelam-kabut, dengan muka yang agak surprise menuju ke rumah...Mesti ada sesuatu!

Yess!!! Betul jangkaan!

Rumah saya kena pecah orang!


Kelam-kelibut jugak la memeriksa barang-barang. Yang dapat dikesan cuma kehilangan nset Sony Ericson yang menjadi jam loceng saya setiap pagi. Biarpun cuma nset sahaja, tapi cukup membuatkan diri berdebar...takut...tidak seronok...dan ntah....rasa separuh nyawa macam nak melayang.

Dalam sedih, dalam debaran tapi terselit senyuman. Berdebar memikirkan peralatan lain yang turut ditinggalkan...tapi alhamdulillah masih selamat di tempatnya. Pencuri itu membuka semua almari dan laci2...tapi memandangkan kami bukan la keluarga berada yang ada emas sekepuk, duit segantang di dalam almari...takde apa la sangat yang dia dapat. Yang paling banyak kat umah cuma baju2, kopiah2, tasbih, kitab2, buku2 dan majalah, pen2 souvenir, key-chain...kiranya sume tu apa la sangatkan...

Selepas hampir dua bulan tidak berlaku apa2 kes kerana "suspek" sudah ditahan, kini tido tidak lagi lena.

WAAAAA....TAK SUKE! TAK SUKE! TAK SUKE!



*****************************************


Malam tadi lak ketika saatnya saya sedang khusyuk membuka resit menulis nama2 pelajar saya yang telah membayar yuran..saya dikejutkan dengan bunyi telefon abah. Pemanggilnya jiran saya...Cik Din..Menggeletar kaki badan apabila dia memberitahu yang seseorang berada di luar rumahnya dan cuba untuk masuk. Dah la plak tu...pukul 2.20 pagi...kami satu rumah berjaga dan mula membuat panggilan telefon kepada jiran2 setaman yang lain. Abah dah berkali2 dilarang daripada keluar...kudrat abah tak seberapa dah, mana mungkin dapat melawan orang muda dan lagi pula keadaan cerah kat luar tu boleh menyebabkan misi gagal. Dail punya dail., cuma dpaat 2-3 orang je.Ada yang tidak berangkat (almaklum la...dah pukul berapakan...), yang tiada dalam perkhidmatan...dan macam2 lagi. Terkenang nset oren tu...dah la diregister Rakan Cop guna no maxis tu. And at last, saya terus dail 999...amek risiko..sebab saya pasti yang saya tak buat panggilan palsu...

Dalam kol 2.45, Cik Din kol bagitau yang mamat tu dah blah sebab dah sedar dirinya diperhatikan...dah tu lak polis balai PB kol tanya perkembangan dan bagitau yang polis dah dihantar...Malam2 seterusnya ni tak tau la apa nak berlaku...makin tak tido lena la...tido kul 4 pagi, dan bangun semula kol 6 pagi...pegi sekolah dengan mata panda

Dasar tak reti insaf betul la mamat tu.. berpuluh2 kali klua masuk jail pon tak jadi apa lagi. Kalau la saya ni tak beriman, mau saja saya santau mamat tu sampai dia kurus kering, muntah darah, hidup terseksa sebab menyeksa orang lain...Mujur saya masih ingat lagi yang saya ni cuma hamba Allah yang lemah, yang tidak boleh menghukum orang lain..Biar dia terima balasan dia daripada-Nya nanti

p/s : teringat tragedi rumah sewa kat sek Seri Kurau kena pecah tahun lepas

2 comments:

Aishah said...

Org keluar masuk jail tak serik2 ni...patut kena buat tugu je.Simen seluruh badan...pastu cat kaler emas,letak kat padang dpn umah tu....tinggal lubang untuk mata ngan idung jer...ok tak?err..mintakla kontraktor kat taman damai buatkan...hehehehe...Anyway,lega xde apa2 berlaku.

Teruterubozu Anamae said...

eh..bagus gak idea tu! jadikan orang tu tugu peringatan...kontraktor ramai gak kat taman ni