Showing posts with label bonus. Show all posts
Showing posts with label bonus. Show all posts

Friday, October 23, 2009

Budget 2010

"Penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada bulan Disember ini."

Alhamdulillah
Bersyukur kerana dapat jugak bonus
Biarpon RM500 je tapi oke la kan...

Ramai yang sebenarnya tak berharap pon untuk menerima bonus
Tapi, apabila mendengar pengumuman ni petang tadi
SYUKRAN KAZIRAN

Boleh la topup untuk beli kamera nanti....

Thursday, September 3, 2009

Bonus Kakitangan Awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk memberikan bonus kepada kakitangan awam dan pembayaran akan dilakukan oleh kerajaan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sumber-sumber kerajaan memberitahu Malaysia-instinct, Perdana Menteri telah menyatakan persetujuannya agar bonus tersebut dibayar dan urusan pembayaran akan disegerakan untuk meringankan beban kakitangan yang terlibat.

``Bagaimanapun nilai bonus masih belum ditetapkan dan akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

``Pengumuman mengenainya pula akan dibuat sama ada pada minggu ini atau selewat-lewatnya pada minggu depan,'' kata sumber tersebut.

Pada tahun lalu kerajaan membayar bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan atau minimum RM1,000.

Pembayaran bonus itu pula dibuat sebanyak dua kali iaitu sebahagiannya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala bakinya pada hujung tahun bagi membolehkan kakitangan kerajaan membelanjakan wang tersebut untuk tujuan membeli persiapan persekolahan anak-anak.

Bagaimanapun, pada tahun ini timbul kebimbangan kerajaan tidak akan membayar bonus berikutan prestasi ekonomi dunia dan negara yang mengalami kemuncupan.

Lebih merisaukan apabila terdapat pandangan pihak tertentu bahawa bonus tidak boleh dibayar sebelum Hari Raya berikutan Bajet 2010 hanya akan dibentang di Parlimen oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada 23 Oktober ini.

Pada tahun-tahun sebelum ini, pengumuman mengenai bonus hanya dibuat ketika pembentangan bajet dan pembayarannya dibuat selepas itu.

Pembayaran bonus sebelum bajet pada kali ini bakal mencatat sejarah baru dan menepati gagasan Najib yang mahu kebajikan rakyat diberi keutamaan seperti yang digariskan dalam konsep 1 Malaysia.

Sumber itu menambah, Perdana Menteri amat mengambil berat tentang kesusahan kakitangan rendah yang perlu berbelanja lebih untuk persiapan menyambut Syawal.

``Beliau prihatin dalam hal tersebut walaupun ramai yang meramalkan tiada bonus akan dibayar pada tahun ini.

``Tunggulah, berita gembira akan menyusul,'' katanya tanpa mahu mengulas dengan lebih lanjut.

Friday, April 17, 2009

Souvenirs From NZ....

Received this parcel on Wednesday evening
Isi kandungannya??
Sepasang baju kurung Kak Ina untuk dijadikan baju contoh
And also...


MAGNET FRIDGE!!!
Peta New Zealand lagi tu...
Maka, dengan itu....

/

Bertambah la koleksi fridge magnet kat peti ais tu
Fridge Magnet Cuti-cuti Malaysia....