Showing posts with label berat. Show all posts
Showing posts with label berat. Show all posts

Tuesday, August 11, 2009

Berat...

Kali ni nak ngomen pasal berat..
Bukan berat mata memandang
Mahupun berat bahu yang memikul
Cuma berat badan aje

Sangat2 tak puas hati bila timbang berat badan
Tak naik2 pon jarumnyer tu...
Takkan rosak lak alat penimbang

Lagi best bila timbang guna penimbang digital kat sekolah
Ade ke patut timbang sebelum n selepas makan boleh lain...
Kalau bertambah logik la jugak...
Ini berkurang!
Ish ish ish....

Hormon apa dalam badan nih yang proses cepat bebenor

Agaknya saya patut pakai penimbang kat bawah ni kot..ngeheheh


Sunday, July 19, 2009

Pic for Majalah Sekolah

Sesi bergambar untuk Majalah SERAIAN 2009
----------------------------------------------------

Kelab Bola Jaring


Kelas 4 Cemerlang


****Harus cikgu matured lagi ni****

Yup...saya harus membesar dengan sehat supaya dapat dibezakan antara cekgu dan pelajar

Sebelum ni xde la rasa obvious sangat perasaan tu
Bukan xde orang cakap...ada je..

Tapi bila dapat tengok gambar sekolah ni...IT'S A MUST!
Tak boleh selekeh2 lagik
Harus tambah berat badan
tapi camne...? dah 5 tahun mencuba neh


Thursday, January 22, 2009

Tepuk Perut, Dengar Bunyi

Dah lama tak menjenguk blog ni...tersangat sibuk di sekolah, banyak benda yang perlu dipelajari...banyak perkara yang perlukan penyesuaian diri. Kadang2 terasa tahap motivasi diri ni rendah sangat...Kadang2 terasa macam nak jadi cikgu praktikum selamanya...hahaha, keje gila!!

Esok hari last sekolah sebelum bercuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Yippie...seronok seh...!!! Rancangan mengajar minggu ni tak siap lagi, tapi yang minggu depan punya dah complete. Mood sekarang pon mood berchutie.hehehehe...

Sebelum bercuti, hidup kat sekolah agak kelam kabut. Biarpun baru je mula persekolahan 3 minggu..banyak aktiviti yang dijalankan. Antaranya latihan rumah sukan, saringan sukan sekolah, merentas desa...termasuk la jugak kejohanan2 lain macam bola jaring, ping pong, badminton and so on untuk peringkat daerah..Training bola jaring pon cuma amek masa seminggu je...tak banyak yang saya dapat belajar dari pengalaman mengendalikan pelajar dan pemain sekolah selama satu minggu. Nampaknya...kena cari rujukan lain la...

Yang tu baru dalam bidang ko-kurikulum. Untuk bidang2 lain...banyak lagi yang tergendala. Pengurusan kelas saya pon agak serabut. Mujur ketua tingkatan kelas saya seorang yang rajin...rajin mencari saya yang selalu lesap di sekolah (tu la masalah kalau sekolah ada dua kawasan...penat melintas jalan...). Selalunya saya hanya berkesempatan mengisi perut bila dah habis kelas, lebih kurang pukul 12.30....tetapi selalunya hanya sempat mengalas perut dengan biskut kraker dan air kotak soya yang memang menjadi bekal saya, yang sememangnya tersimpan kat laci meja di bilik disiplin. Terlampau sibuk ke??? Pepatah baru dari saya..."Tepuk perut, dengar bunyi". Hahaha...

Gendang Gendut, Tali Kecapi
Kosong Perut, Berkerut Dahi