Monday, February 2, 2009

Unhappy but happy...

Cam pelik je title kat atas tu...tapi tu la perasaan saya hari ini

1) Memula sebab kehadiran cikgu lama sekolah tersebut yang berpatah balik untuk ngajar IT. Of cos la saya sangat terkejut bila terlihat beliau di tapak perhimpunan. Saya berasakan seperti pelajar-pelajar tingkatan 5 di bawah group saya menjerit keseronokan bila cikgu mereka kembali untuk mengajar mereka...(perasaan jer tu..). Biarpun agak konfius...tapi saya menyenangi kehadiran semula beliau di SMKBS. Antara seronok atau tidak..tidak dapat saya tafsirkan. Cuma saya berasakan seperti Makmal IT SMKBS lebih terurus di bawah beliau.

2) Kemudian saya melajakkan kaki ke bilik kaunseling untuk meminta beberapa majalah sekolah sebagai bahan rujukan. Kali ini saya dikejutkan dengan berita lain pula. Kaunselor meminta saya mengikut beliau untuk membawa pelajar-pelajar membuat assignment di Pantai Merdeka minggu hadapan. Syok memang syok...boleh berjalan2. Yang tak syoknye sebab saya kena drive kereta untuk bawa students. Pasti abah ngan mak tak kasi punya....(tak tau nak wat camne dah ni..)

3) Next, saya pergi berbincang dengan PK1 tentang laman web yang sedang dibangunkan. Kerja saya baru 20-30% siap. Jadi saya amat malu apabila ada guru-guru lain bertanyakan laman web tersebut sedangkan saya masih lagi terkedek2 belajar back-end web tersebut dan masih banyak feature yang belum diteroka lagi. Adehhhh...

4) Saya kemudiannya diminta membawa dua orang pelajar untuk pemilihan pemain dari 2-4 Feb ini di SMKSK. Pukul 3 petang di sana. Kerja lebih masa... Agak memenatkan tapi bila membayangkan ia diadakan di SMKSK...sangat la best! Ada juga cikgu2 sesi petang sorang dua yang perli2 saya bila saya masih lagi di sekolah biarpon selepas pukul 2. Mula2 saya agak malu..tapi sekarang saya berasakan usikan tersebut tidak perlu lagi dilayan. Kata Rezza AF suatu ketika dulu..."Tak makan dek puji, tak mati dek keji". Betul ke? Cam pelik la plak ayat tu...tak kesah la..janji bunyik cam gitu la..Apa2pon, yang buat saya happy bila berada di SMKSK...melihat balik bangunan2 sekolah dan mengimbau kenangan bersama2 rakan di sana. Best seh...pelajar2 pon ramai yang masih mengingati saya...sangat seronok..rasa terapung2 atas awan je...(melampau gilllll...). Yang tak bestnye apabila hasil kerja kami tidak lagi dapat dilihat. Mural yang kami buat dicat putih semula, pondok ilmu yang digantung dengan kata-kata sudah bertukar rupa...hanya tinggal papan kenyataan di bilik guru sahaja yang belum berudik Sedih la jugak...terus saya sms Zana. Baik dari dulu tak isuruhnya kami buat apa2..

5) Di SMKSK saya berborak lama dengan pelajar2 SMKSK terutamanya dengan Tajol Si Pengorek Cerita, Ely yang ceria, Amin yang pemalu, Syarafi yang misteri dan pelajar2 perempuan lain yan sangat la ramai menegur...Paling lama berborak dengan Hafizi yang ponteng kawad rumah sukan petang tadi. Biarpon saya tidak mengajarnya, tapi dia sangat peramah. Banyak cerita yang kami bualkan...dari friendster, handphone, pelajaran, cikgu2, kawan2....sampai la ke Faizal Tahir..kira semua la...Sempat jugak la saya menjeling gigi taring Hafizi yang pernah Zana katakan dulu..gigi taring penarik...

Apa2pun...permulaan hari saya bermula dengan situasi yang tidak menggembirakan tapi berakhir dengan senyuman. Makin menarik apabila esok adalah cuti bagi orang2 di Perak...horrayyyy!!!! Kalau kira berbuat sesuatu yang kita suka, pasti kita akan gembira...ye tak?

0 comments: