"Berckp biar berbahasa..bertindak biar ada budi..bergurau biar ada batas..ber"komen" biar jgn keterlaluan..xminta dipuji@dikeji..sekian-"
Seriously...I'm sorry :(
Thursday, December 17, 2009
I'm sorry
Posted by Teruterubozu Anamae at 8:37 PM 0 comments
Labels: peristiwa
Thursday, December 10, 2009
Nikah Batin
Berita hari ni memang mengejutkan..
Ada ke NIKAH BATIN kat Malaysia ni
Huh...tu bukan dikira nikah batin
Tapi dah hubungan luar nikah la sebenarnya kan..
Okey...get this from bharian.com.
I just picked the main issue
Habes apa gunanya rukun nikah??
Suami-Isteri-Saksi-Wali-Akad
Posted by Teruterubozu Anamae at 6:52 PM 0 comments
Sunday, December 6, 2009
Jom Bersunat
Meh beramai-ramai bersunat
Potong jangan tak potong
Teringat iklan P1 W1MAX
"Abang dah potong" tanya pengantin perempuan
"Kau tak potong lagi?"
"Kalau aku dah lama dah potong.."
Hehehe...back to topic
Semalam (Sabtu, 5hb Disember)
Taman Murni menganjurkan program Jom Bersunat
Melibatkan lebih kurang 18 kanak-kanak (sepatutnya 21 orang)
Antara kanak-kanak yang terlibat tu adalah 'Abid
-Ucapan Pengerusi Taman Murni
-Ucapan Profesor Madya Dr Haji Badorul Amin
-Ucapan D.O.
-Mandi beramai-ramai (guna khidmat semburan air bomba)
-Cabutan giliran berkhatan
-Berkhatan
Semua yang ada dalam tentatif tu saya tak tengok
Biarpun agak excited nak tengok mandi beramai-ramai tu
Tapi saya perlu mengerjakan dapur terlebih dahulu pagi semalam
Jadinya saya hanya terus ke rumah untuk melihat
Kondisinya....hukhuk...menakutkan
Kesian lak tengok 'Abid
Nangis sampai menggigil
'Abid baru 6 tahun
Tak berapa hari lagi akan masuk darjah 1
Posted by Teruterubozu Anamae at 12:17 PM 0 comments
Friday, December 4, 2009
Kueyteow Goreng, Ayam Goreng dan Nescafe Ais Tawar
Wahaaaa.....
Panjang gila tajuk kali ni
Cerita di sebalik tajuk entry yang panjang ini adalah.....
Pada suatu pagi
Kedengaran suara bayi menangis...(sound effect dari Aina)
Kemudian...bunyi air di beli air pulak...tanda orang mandi
Dalam 40 minit kemudian, bunyi pintu rumah dibuka dan deruman enjin kereta tanda berlalu pergi
Menuju la ketiga-tiga manusia ke lebuhraya
Dan mengarah ke Pulau Pinang
Menaiki Jambatan Pulau Pinang
Untuk sampai ke USM
Hapa punya cerita la ni......
Okey
Direct aje kan ke senang
Tujuan saya, abah dan Kak Aishah ke USM
Untuk menghantar Kak Aishah pergi kuliah
Kuliah hapa...tidak dapat dipastikan
Dan tajuk menu di atas merupakan sarapan saya di USM
Dah makan siap semua, Kak Aishah turun gi kuliah
Siap boleh plak tukar dewan kuliah
Dah dapat cari dewan kuliah,boleh plak kuliah batal
Banyak tul insiden
Hukhuk....
Kalau kuliah tu petang takpe la gak
Boleh berpoya-poya kat mana-mana
Ni kuliah kul 8 pagi
Nak berpoya-poya pon takde tempat
PIKOM PC Fair kat PISA tutup lagi
Siap boleh pusing-pusing kat Georgetown lak tu
"Apabila manusia tiada tujuan, beginilah jadinya..."
Kul 10 pagi sudah sampai di Parit Buntar
Alang-alang dah berpakaian lengkap, ke bank la tujunya
Menanyakan hal salinan agreement yang tak sampai-sampai
Dan terus bayar duit kereta (first payment tau...excited amat!)
"Sesunguhnya yang berlaku itu ada hikmahnya...."
Posted by Teruterubozu Anamae at 2:30 PM 0 comments
Monday, November 30, 2009
Ketulusan Hati
Entry kali ni bukan nak cerita pasal Project X saya tu
Saya masih lagi penat, jadi alkisah projek tu harus dipostponed
Untuk kali ni saya nak bebel pasal perkara lain
Okehhh....
Anuar Zain...hmmmm, sapa yang tak kenal diakan...?
Dari kecik sampai besar semua mesti kenal dia
Dulu saya memang minat dengan lagu dia..khayal beb!!
Sekarang...hohoooo...nak tunggu habis satu lagu tu seksa amat
Tapi jap-jap tadi (dalam satu jam 15 minit tadi la...)
Saya tengok Astro Oasis...lagu Ketulusan Hati
Peerghhhh....masuk ke jiwa betullllll!!!!!
Tak caya??? cuba la dengar lirik dia betul-betul
Ataupon tengok la Astro Oasis jika berkesempatan
Selama ni saya ingat lagu tu lagu jiwa-jiwa...cinta-cinta
Rupanya lagu beunsurkan ketuhanan
Betul-betul rasa diri ni kerdil
Silap la persepsi saya
Dan satu lagi.....
Saya menunggu lama untuk menyaksikan peristiwa penting
Acara menyalin kelambu Kaabah
Yang ni tak record pon...
Teruja...Kagum...Kelu...
Semua perasaan jadi satu
Terima kasih Astro Oasis sebab mengotakan janji
cuba la search kat youtube...mungkin ada
Posted by Teruterubozu Anamae at 10:20 PM 0 comments
Labels: lirik lagu, peristiwa
Tuesday, November 10, 2009
1st anniversary
Hari ni genap la setahun
Happy Anniversary Wonn!!!!
Biarpon mood saya agak tidak stabil
Tapi saya tidak melupakan tarikh keramat (10 Nov)
Tahun pertama yang memang mencabar
Tak cukup lagi????
Udah2 le tu....
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:11 PM 0 comments
Saturday, March 28, 2009
Earth Hour
Among the participants this year is, for the first time, the United Nations headquarters in New York City.
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:24 PM 0 comments
Labels: peristiwa
Wednesday, February 4, 2009
Perak oh Perak..
Pe cite Kerajaan Perak ni...
Pergolakan kuasa betul
Baru je sambut Jubli Perak semalam
Sempena 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah
Tapi macam dah dapat agak je
Sebagai pemerhati bebas yang tak layak mengundi tahun lepas
Benda ni bukan lagi mengejutkan
Selamat Tinggal Pemerintahan Boneka
Selamat Tinggal Kuasa YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Sentap seh tengok berita kat TV3 tadi....hahahha
Posted by Teruterubozu Anamae at 8:15 PM 1 comments
Monday, December 8, 2008
Wednesday, November 26, 2008
Edisi Khas Banjir
Gambar-gambar di bawah merupakan kawasan luar umah yang sudah boleh diumpamakan sperti pulau. Tempat-tempat lain tidak disnap...cuaca gelap..tak nampak.
Posted by Teruterubozu Anamae at 10:44 PM 2 comments
Labels: family matters, peristiwa






