Saturday, March 28, 2009

Hari Profesionalisme

Hari ni sekolah saya wat Hari Profesionalisme untuk warga pendidik. Agak excited jugak nak tau apa yang bestnya dalam program ni...but at the end, saya tak dapat input pon dari program yang dijalankan. Yang dapat dikonklusikan dari Hari Profesionalime adalah berkaitan dengan topik integriti dan kajian tindakan (cane nak wat kajian tindakan..ala2 macam tesis gak la...).

Sepanjang2 program saya langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada penceramah. Sakit kepala berdenyut2.....pening..sangat pening..sampai aje kat rumah, terus cari katil. Kepala dah rasa berat sangat.

Kadang2 terpikir gak...cikgu2 selalu marahkan pelajar sebab bising dan tidak tumpukan perhatian, tapi di kalangan mereka sendiri...situasi yang sama juga turut terjadi. Camne tu???
Dan ketika itu jugak la fikiran saya melayang teringatkan zaman persekolahan dulu...teringatkan guru2 saya dahulu...antaranya Cikgu Sharifah yang mengajar matematik semasa darjah 5 (tahun di mana kategori kenakalan saya di tahap tertinggi).

Mungkin kerana ingatan tulus nan ikhlas tersebut, petang tadi saya terserempak dengan beliau di Billion ketika keluar membeli barang dapur. Rupa-rupanya sudah hampir 12 tahun saya meninggalkan sekolah rendah..Hmm...dan beliau agak terkejut bila saya mengatakan yang saya sudahpun bergelar guru...

Earth Hour

Earth Hour is an international event organised by the WWF (World Wide Fund for Nature/World Wildlife Fund), and held on the last Saturday of March each year, which asks households and businesses to turn off their non-essential lights and electrical appliances for one hour to raise awareness towards the need to take action on climate change. Earth hour was conceived by WWF Australia and the Sydney Morning Herald in 2007, when 2.2 million residents of Sydney participated by turning off all non-essential lights. Following Sydney's lead, many other cities around the world adopted the event in 2008.

Earth Hour 2009 is from 8:30 p.m. to 9:30 p.m. local time, 2009-03-28. Currently, 82 countries and more than 2100 cities are 'committed to Earth Hour 2009', a huge increase from people participating in 35 countries for Earth Hour 2008. 1 billion 'votes' is the stated aim for Earth Hour 2009, in the context of the pivotal 2009 United Nations Climate Change Conference.
Among the participants this year is, for the first time, the United Nations headquarters in New York City.
(Info taken from www.wikipedia.com)

p/s : This year, Malaysia took part in this event. Nothing much I can conclude about this...hehehehe...(tak tutup lampu punye pasal la ni...). Kumaran mesti akan update blog dia cite pasal Earth Hour ni...

Sunday, March 22, 2009

Cuti sekolah dah habes weh...

Mulai esok saya kena bangun awal semula selepas seminggu bermalas-malasan dan datang sekolah seperti "sekolah sedara mara yang punya". Hadeh....malasnye la.

Sebab:
1) Esok ade perhimpunan
2) Esok pakai jadual waktu baru di mana jadual itu menyebabkan saya sesak nafas pada setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat.
3) Esok ada kerja yang banyak menunggu
4) Kena jumpa kaunselor itu....hukhukhuk...apa ye agak2nya dia nak cakap...

Persediaan saya menjelang hari esok....
1) Saya dah siap semak kertas soalan peksa US1.hihihi..
2) Saya dah siap print sijil utk netball team under 18 n 15....akhirnya...
3) Saya dah pikirkan baju pe nak pakai
4) Saya dah isi air dalam bekas, sediakan kain sembahyang...(ade kene ngene ke?)
5) Saya dah isi minyak keta...(yang ini sangat penting!)

Apa yang belum pulak..?
1) Saya belum siapkan laman web sekolah..tapi saya ada buat penambahan tau..werk!
2) Saya belum wat check list untuk apa yang saya kena buat esok dan sepanjang minggu depan kerana saya tau...minggu nak datang ini adalah minggu yang paling sibuk...

Kengkawan yang posting di Sabah dan Sarawak, pesanan saya "udah2 le bercuti..."

Tuesday, March 17, 2009

Dapat jugak

Selepas berbulan2 membuat survey harga, bentuk di kedai2 dan laman web, malah menyimpan sikit2 duit..saya akhirnya membeli Sony Ericsson Walkman W910i.


Saya amek kaler itam...biarpun pada awalnya plan nak buat perubahan dengan membeli kaler merah, tapi setelah ditolak tambah darab bahagi dengan kemungkinan2 yang akan terjadi pada saya dengan nset merah tersebut terus sahaja saya memilih kaler itam. Lagipon, ia agak tahan lasak dengan perubahan2 fesyen sekarang ni. Berapa harganya??? Murah aje kalau nak dibandingkan dengan handphone2 kamu semua itu...(ayat merendah diri...hakhakhak). Lotih nau rasa membuat survey...maklum aje la..orang cerewet. Rasa2nya jurujual kat pusat bandar tu pon dah menyampah tengok saya...berbulan2 amek masa nak survey nset..lepas ni sebulan la saya tak menyinggah kat kedai nset dah...

Ni info berkaitan dengan personal review dari seorang pengguna Walkman W910i bergelar Silver Musica yang saya dapat dari laman web http://malay.cari.com.my/viewthread.php?tid=331229

" mula dengan positif point dulu
1) Design
design hp ni bg aku mmg lawa (ini reason aku beli) slide, kemudian aku suka sgt saiz dia yg lebar dan nipis (sbb mirip saiz hp kat jepun tu yg aku suka tu). keypad dia memenuhi citarasa aku
2) Shake Control
kelebihan hp ni adalah shake control kita boleh tukar2 lagu hanya dgn shake ja hp ni boleh detect kedudukan sama ada melintang ka menegak so interface walkman akan bertukar ikut kedudukan hp.boleh main game dgn mengerakkan hp (aku xtau nak terang korang kena test sendiri)
3) Walkman
walkman 3.0 player so dia siap dgn cover album interface media dia mirip psp xmb(XrossMediaBar)
4) Sound/earphone
mcm siri walkman yg lain sound mmg power tambah klu guna earphone
5) 3g

yg negatif pulak
1) Harga
2) Camera-hanya 2MP dan tiada AF kira mcm cukup syarat ja
3) Bateri-makan kuat gak tp ikut aktiviti kita la klu selalu dgr lagu pakai speaker mmg kejap ja habis. "

Monday, March 16, 2009

Huaaaaa

Apa sudah jadi dengan cuti2 sepanjang seminggu ni???
Wa....nampak gayanya tetiap hari la kene gi sekolah

SAPA KATA JADI CIKGU SENANG???
SAPA KATA POSTING DEKAT BEST??!!!

Tell me..hukhukhuk....

(This entry wrote at school...on Monday, school holiday...hukhukhuk...saya di sekolah kala ini)