Saturday, March 28, 2009

Hari Profesionalisme

Hari ni sekolah saya wat Hari Profesionalisme untuk warga pendidik. Agak excited jugak nak tau apa yang bestnya dalam program ni...but at the end, saya tak dapat input pon dari program yang dijalankan. Yang dapat dikonklusikan dari Hari Profesionalime adalah berkaitan dengan topik integriti dan kajian tindakan (cane nak wat kajian tindakan..ala2 macam tesis gak la...).

Sepanjang2 program saya langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada penceramah. Sakit kepala berdenyut2.....pening..sangat pening..sampai aje kat rumah, terus cari katil. Kepala dah rasa berat sangat.

Kadang2 terpikir gak...cikgu2 selalu marahkan pelajar sebab bising dan tidak tumpukan perhatian, tapi di kalangan mereka sendiri...situasi yang sama juga turut terjadi. Camne tu???
Dan ketika itu jugak la fikiran saya melayang teringatkan zaman persekolahan dulu...teringatkan guru2 saya dahulu...antaranya Cikgu Sharifah yang mengajar matematik semasa darjah 5 (tahun di mana kategori kenakalan saya di tahap tertinggi).

Mungkin kerana ingatan tulus nan ikhlas tersebut, petang tadi saya terserempak dengan beliau di Billion ketika keluar membeli barang dapur. Rupa-rupanya sudah hampir 12 tahun saya meninggalkan sekolah rendah..Hmm...dan beliau agak terkejut bila saya mengatakan yang saya sudahpun bergelar guru...

0 comments: