Monday, December 29, 2008
Tudung Ekin
Posted by Teruterubozu Anamae at 3:22 PM 0 comments
Thursday, December 25, 2008
Sinetron Mutiara
Cinta Dalam Hati
Mungkin ini memang jalan takdir ku,
mengagumi tanpa dicintai,
tak mengapa bagi ku,
asal kau pun bahagia,
dalam hidup mu,
dalam hidup mu.
Telah lama ku pendam perasaan itu,
menunggu hati mu, menyambut diri ku,
tak mengapa bagi ku,
mencintai mu pun adalah bahagia untuk ku,
bahagia untuk ku.
[Reff:]
Ku ingin kau tahu,
diri ku disini,
menanti diri mu,
meski ku tunggu hingga ujung waktu ku,
dan berharap,
rasa ini ‘kan abadi untuk selamanya.
Dan izinkan aku,
memeluk diri mu,
kali ini saja,
‘tuk ucapkan s’lamat tinggal untuk s’lamanya,
dan biarkan, rasa ini bahagia untuk sekejap saja
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:00 PM 0 comments
Labels: lirik lagu, merapu, movie
Sunday, December 21, 2008
Cuti-cuti di Langkawi
Dalam keadaan kegawatan ekonomi dan membudget2 kewangan, saya pergi juga mengikut rombongan kakak saya ke Langkawi. Turut bersama menyertai adalah adik saya, Yana. Kami bertolak dari rumah hampir pukul 8 pagi...berkonvoi dengan keluarga jiran kakak saya yang juga guru geografi saya semasa tingkatan tiga dulu, Cikgu Ghani. Sampai di Kuala Perlis pada pukul 11.15 pagi dan kami menaiki feri yang pada tiketnya tertera jam 12.30 tengah hari.
Mengapa Kuala Perlis, bukan di Kuala Kedah?? Ini kerana abang ipar saya, Cikgu Zabidi risau meninggalkan kereta di Kuala Kedah yang selaluu sahaja banjir dan beliau mempunyai kenalan yang mempunyai kedai di Terminal Jeti Kuala Perlis. Kiranya selamat sikit la parking di situ.
Terasa teruja menaiki feri tersebut. Lebih teruja lagi anak2 saudara dan juga anak2 Cikgu Ghani...rugi sahaja membayar seat kerana mereka tidak duduk pun, sebaliknya bertenggek dan melekat di cermin feri melihat pemandangan laut. Lagi2 mengujakan apabila saya menerima mesej dari Marlia yang memberitahu gaji sudah pon masuk. YEAYYYYY!!!! HARI INI KITA ENJOY!!!
Tibanya kami di Langkawi, kami terus mengisi minyak kereta sewa dan makan tengahari. Seterusnya perjalanan kami adalah ke tempat penginapan. Abang Bidi telah menempah sebuah apartmen di MRSM Langkawi. Untuk sehari semalam hanya RM120....mempunyai 3 bilik dan lengkap dengan kemudahan. Seolah-olah berada di rumah. Sangat berbaloi! Kami berehat2...ada yang tidur, ada yang menonton tv, ada yang bermain.
Sebelah malamnya kami merayau2 di Pekan Kuah melihat suasana malam dan menapau makanan untuk di makan di rumah. Rendang yang mak masak masih banyak. Membazir tu kalau tak dihabiskan.
HARI KE-2
Pagi2 lagi kami bersiap ke Pantai Chenang. Dina dan 'Abid sudah tidak sabar-sabar nak mandi laut. Air lautnya tenang je...tak dilambung2 ombak sangat. Memang sangat best! Tapi saya tak mandi laut...renyah la nak tukar2 baju pastu..
Dalam perjalanan ke Pantai Chenang,kami melalui jalan tepi pantai. Nampak jugak la Pulau Dayang Bunting...nauzubillah!! Benar2 menyerupai rupa seorang wanita mengandung berbaring. Nampak shape kepala, bahagian dada dan perutnya.
Selesai sudah bermandi-mandian, kami menuju ke Underwater World. Pada saya, tempat ini lebih menarik berbanding di Aquaria KLCC kerana lebih banyak benda hidup di dalamnya...cuma ikan jerungnya tidak banyak (ataupun tiada...sebab saya tak nampak pon...). Kalau di Aquaria, berlegar2 je jerung atas kepala. Selain itu, yang membezakan Underwater World dan Aquaria ialah penguin. Penguin di Underwater World chumil! Terketek2 aje jalannya...cute lor!
Selesai sahaja penjelajahan, kami mencari makan di rumah kenalan Abang Bidi...saya tak pasti di mana tapi boleh dikatakan kami telah menjelajah satu pulau kerana tersesat. Pulaunya kecik aje, jalannya bercabang2...kiranya kami telah berpusing 1 pulau la...Di rumah kenalan Abang Bidi, kami makan macam2...sangat menyelerakan. Kebetulan perut pula lapar...lauk pula sedap!
Selesai solat, kami menjenguk Makam Mahsuri tapi tidak singgah masuk...Mungkin kerana kepenatan dan anak2 saudara yang sudah mengamuk rimas. Terus sahaja kami ke Pekan Kuah untuk membeli-belah. Masuk aje dalam kedai Haji Ismail Group, saya dan Yana terus ke bahagian coklat. Woho...sangat best! Macam2 ada...!!! Saya tidak berminat ke bahagian lain di kedai tersebut yang juga menempatkan kain batik, tuala, pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu dan segala barangan kaca ala2 vantage mahupun dari melamine. Saya masih lagi berperangai keanak-anakan. Hehehehe....
Kami juga ke mall di Hotel Langkasuka...mencari sesuatu untuk mak dan abah sebagai buah tangan sempena gaji pertama. Ambil berkat kata orang. Sebelum ke mall, kami menikmati pemandangan petang di Dataran Helang...ambil gambar di sini sebaga bukti telah sampai di Pulau Langkawi. Juga mencari t-shirt Langkawi untuk encikhati
Arah tuju seterusnya...MAKAN!!! Sesampainya di apartmen, kami keletihan....
HARI KE-3
Bangun2 aje pagi terus mandi dan mula berkemas. Pening juga nak mengemas barang yang sudah bertambah. Mujur juga beg turut bertambah kerana Yana membeli beg troli yang sememangnya murah di Pulau Langkawi yang bebas cukai ini.
Selesai berkemas dan check-out pada pukul 11 pagi, kami kembali ke Pekan Kuah untuk shopping last minute.
Semasa membelek2 barang di kedai Haji Ismail Group, Yana senyap2 kembali ke MRSM mengambil barang yang tercicir. Dia ke sana dengan berjalan kaki. Mulanya dia mengajak saya, dia menyuruh saya memandu tapi...saya tidak pasti jalan2 di Pulau Langkawi. Dia diam aje...rupanya dia berjalan balik. Terus sahaja kami berkejar ke sana, tertinggal coklat yang baru dibeli berharga RM 42 di kerusi...haish betul budak tu!!! Nak tau apa yang tertinggal? Cuma sekeping gambar...gambar mak abah semasa konvo Abang Ejam...malam sebelumnya dan pagi sebelum check out 'Abid ada main2 dan letak di balkoni rumah. Adeh, bukannya tak boleh bersabar...mujur coklat tu tak diambil orang. Haissh!!!!
Selesai sudah drama, kami mencari kedai makan untuk makan tengah hari dan kemudiannya solat di masjid berhampiran Taman Komanwel, dan terus menuju ke Jetty Point..masuk dan menunggu feri yang konon2nya dijadualkan pukul 3 petang. Feri pon tau delayed tau...kehabisan minyak di tengah jalan agaknya...
Sampai di Kuala Perlis, menunggu Abang Bidi ambil kereta...terus bergerak pulang. Singgah di Kuala Kedah, rumah salah seorang lagi kenalan Abang Bidi. Kebetulan jirannya mengadakan kenduri kahwin...hehehhe, rezeki jangan ditolak beb! Tuan ruma menjemput kami makan...segan jugak. Dah la tak kenal, baju pula ketika itu cuma tshirt dan jeans lusuh....hentam aje la...
Malamnya tiba di rumah pukul 11 malam. Terus tido...tak larat nak buka beg pun...
p/s : Gambar akan di selitkan di entry selepas ini. Saya masih lagi kepenatan untuk transfer gambar2 yang ada...esok dah nak ke sekolah...meeting cikgu! Daaaaaaar..
Posted by Teruterubozu Anamae at 10:50 PM 3 comments
Labels: family matters, jalan2, ronggeng
Wednesday, December 17, 2008
Nama pun perempuan..
Posted by Teruterubozu Anamae at 3:33 PM 0 comments
Labels: family matters, kengkawan
Saturday, December 13, 2008
Perjalanan ke Pulau Pinang
Ini bukan pertama kali saya dan keluarga pergi ke Pulau Mutiara itu. Memandangkan kami tinggal di sempadan tiga negeri (untungnya saya...), tentunya tidak menjadi masalah bagi kami. Tapi sisipan kali ini sengaja diadakan ketika perjalanan kami ke USM menjemput kakak ipar saya yang menyambung belajar di sana. Dengan menaiki feri, tentunya lebih santai...
Sementara menunggu Kak Aishah menyelesaikan kerja-kerjanya, kami juga sempat bersantai di Kompleks Bukit Jambul. Saya mengambil kesempatan untuk meninjau kasut-kasut yang dijual. Tentunya untuk dipakai ke sekolah dan ke majlis yang akan dihadiri nanti. Susah menjadi saya...kerana saya mencari kasut yang comel. Yang orang pakai itu la yang berkenan di hati...tapi bila nak membeli, tak ada pula yang diingini. Akhirnya, selepas empat kali masuk ke kedai yang sama, saya mengambil keputusan membeli kasut hitam bling2 bertumit yang mempunyai reben di tepi..Nak tengok kasutnya???Hehehe, tak perlu la....biasa je....
Posted by Teruterubozu Anamae at 3:01 PM 0 comments
Labels: family matters, jalan2, ronggeng
Wanita Ya Lelaki Tidak
BARANGAN DI DALAM BILIK MANDI
Wanita : Shower cap, body scrub, foot scrub, perapi, serum rambut, masker untuk wajah, gel mandian pelbagai harum, segala jenis berus, span mandian dan pelbagai khazanah yang terdapat dalam bilik mandi. Memang agak menyemak tetapi itulah yang kaum wanita perlukan.
Lelaki : Cuma perlukan berus gigi, ubat gigi, dan sabun mandi.
SHOPPING
Wanita : 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup untuk kaum wanita membeli-belah. Terutamanya yang menganggap shopping in the best therapy for stressful. Mereka mencuba hingga 10 pasang pakaian dari semua gedung yang disinggah tetapi mungkin hanya membeli satu atau tidak beli langsung. “Kena survey dulu, sayang. Tak boleh nak beli terus, takut jumpa yang lebih menarik nanti menyesal pulak”, itu alasan yang kerap diberikan.
Lelaki : Singgah ke satu kedai - pilih ala kadar -bayar - balik.
BERBUAL
Wanita : Memang terkenal dengan sikap banyak cakap terutamanya ketika melayan kenalan. Daya pemikiran wanita mudah merangsang topik perbualan dengan pantas. Kalau dah bercakap, sudah hendak berhenti pulak tu! Terutamanya dalam bab-bab gosip.
Lelaki : Lebih suka memikirkan topik perbualan terlebih dahulu senelum menyusulkan.
MENANGIS
Wanita : Dengan menangis, dapat melegakan perasaan, itulah kaum wanita! Mereka mampu menangis 3-4 kali sehari! Mereka menangis kerana gembira. Mereka juga menangis kerana berduka. Perkara kecil pun boleh menangis, tengok filem Hindustan pun boleh meleleh air mata. Sebab itulah orang cakap, air mata merupakan senjata utama kaum wanita!
Lelaki : Sukar mengeluarkan air mata kecuali atas dasar sesuatu yang begitu menyentuh lubuk hatinya.
KUIZ
Wanita : Bukankah ada banyak kolum-kolum berbentuk kuiz di surat khabar mahupun di majalah terutamanya yang berkaitan dengan cinta dan perhubungan? Itulah antara kegemaran kaum wanita! Mereka sentiasa teruja untuk memcubanya dan mudah terpengaruh dengan jawapan di pengakhiran kuiz tersebut.
Lelaki : Lebuh suka dengan kuiz yang menguji ketajaman minda dan mencabar.
KASUT
Wanita : Sering kali memiliki stok kasut yang banyak. Mereka suka membeli kasut (untuk di suai padankan dengan koleksi pakaian) dan sehinggakan tidak tahu mana satu disimpan koleksi kasut tersebut. Kasut yang mengikut trend pasti menjadi koleksinya.
Lelaki : Tidak ada kasut yang mengikut trend dan tidak memerlukan sejumlah kasut, pakai sahaja mana yang ada!
FAMILY GET-TOGETHER
Wanita : Wanita memang suka menghabiskan masa bersama keluarga. Mereka berpendapat, masa yang terluang elok habiskan bersama keluarga tersayang. Melakukan aktiviti bersama-sama mempu mengeratkan kasuh sayang.
Lelaki : Ada masa-masanya jugalah. Tapi senang menghabiskan masa terindah bersama rakan-rakan.
BUNGA DAN COKLAT
Wanita : Sangat suka dengan coklat dan bunga. Kata mereka, ada makna disebalik warna bunga ros yang dihadiahkan itu. Coklat, emmm lupakan seketika niat untuk diet! Malah coklat juga mampu mengurangkan stress.
Lelaki : Lebih sukakan benda-benda besar dan lebih bermakna seperti Tiket Formula One atau Televisyen LCD 32 inci! Biar berbaloi beb, kalau nak bagi hadiah!
SOAP OPERA
Wanita : Ini memang kegemaran kaum wanita. Sanggup menanti di hadapan kaca TV semata-mata mahu menonton soap opera kegemarana. Kerja-kerja rumah, diketepikan dahulu. Jangan ganggu tumpuan mereka menonton soap opera kegemarannya.
Lelaki : Ahh!!! Buang masa je layan soap opera yang kebanyakkan jalan ceritanya berbelit-belit dan tidak mencabar langsung.
Posted by Teruterubozu Anamae at 11:53 AM 2 comments
Labels: merapu
Monday, December 8, 2008
Wednesday, November 26, 2008
Edisi Khas Banjir
Gambar-gambar di bawah merupakan kawasan luar umah yang sudah boleh diumpamakan sperti pulau. Tempat-tempat lain tidak disnap...cuaca gelap..tak nampak.
Gambar di ruang tamu...air tidak naik setinggi mana. Tapi cukup memenat..terpaksa menimba keluar, mengemop untuk membuang air yang aromanya...hmmm, tahan hidung je la
Datang Power Rangers menyerah diri....
Posted by Teruterubozu Anamae at 10:44 PM 2 comments
Labels: family matters, peristiwa
Dah seminggu diorang balik
Balik kampung dengan muka merah2..kena exzema
Close up sikit kulit muka
Tak lupa juga...AJK bergambar
Lepak2 kat McD sementara tunggu masanya..
Ada yang minum
Tak kurang juga yang berangan..
Semoga mereka sekeluarga selamat, bahagia di sana...
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:00 PM 0 comments
Labels: family matters
Wednesday, November 19, 2008
Tips Kerjaya
Posted by Teruterubozu Anamae at 6:41 PM 3 comments
Friday, November 14, 2008
Seminggu yang meletihkan
~ Lapor diri di Hotel Hillcity...pagi2 dah mula bersesak2 kat lobi hotel. Tu belum lagi kira masa berhimpit2 nak daftar. Dah le UPSI ni semuanya cekgu, bole plak diorg bukak 1 meja je untuk daftar sama macam U laen.
~Yang bestnye...dapat jumpa kawan2...Leen, Tan and Shima from USM, Farah from UPM, and frens especially IT course from UPSI..11 org semua yang dapat Perak, kata orang balik ke kampung sendiri.
~Dengar taklimat...pot pet pot pet
~Makan yang sedap2. Breakfast makan bihun goreng kunyit (hotel la katakan..takkan nak wat goreng2 macam biasa...), kuih karipap, air susu and nescafe. Lunch plak makan yang best and puas hati la...
~Lepas lunch, pihak JPN tampal nama kat tepi dewan untuk tahu daerah penempatan. Memang surprise la. Yeay...dapat Kerian! Member2 yang lain pon dapat daerah yang diorang nak. Time ni sume dah excited dan mula ada mood isi borang yang JPN minta untuk penilaian program.
~Pastu ada rombakan sikit untuk jadual hari tu.Patutnya penyerahan surat penempatan last sekali tapi ntah la napa, dipercepatkan. Hehehe...dah tau sekolah
~Taklimat lagi... tapi laen kes dengan yang tadi. Rasa2nya takde dah mood nak dengar...busy berfikir and cari kawan2 1 sekolah.
~Minum petang...huh! Takdenye nak tunggu2 dah...balik je terus.
Maknanya aku akan berulang setiap hari dari PB ke BS.
Perjalanan amek masa 20 min dengan kereta pada speed 80 km/j
~Masuk pejabat and tengok cikgu2 klua masuk. Dah agak lama, ada sorang lagi cikgu baru. Nama dia Norliana, also from UPSI...opsyen kimia.
~Jumpa PK HEM, Cikgu Tay...dia agak peramah. Dia sedang mencari S/U HEM.Nampaknya sasaran dia adalah aku!
~Join perhimpunan pe ntah...pastu makan dengan Cikgu Tay.
~Pastu jumpa PK1, Tuan Haji Saad...1st impression : dia boleh tolerate.
~Jumpa dengan pembantu tadbir, serahkan apa yang patut untuk uruskan gaji tapi tak dapat setel pon sebab banyak benda takde and tak photostat lagi.
~Lepas waktu sekolah, g KWSP Taiping...bukak akaun. Pegi dengan Liana and ayah dia.
~Sampai umah dalam pukul 5...penatnye!
Jiwaku serabut
Kenapa semua tolak kat aku???
~Lepak kat bilik guru lepas sign nama kat pejabat and discuss pasal laporan yang nak kena buat.
~Pastu gi pejabat and bagi dokumen yang dah photostat dan isi borang apa yang tak tau. Took time!
~Jumpa pengetua, Puan Hajjah Salmah...cikgu aku dulu.Hmmm...patut la cikgu2 lain kata pengetua SMKBS sangat rajin. Dan bila tengok nama...hmmm, memang pun. Seperti yang aku jangkakan..dia dah letak tanggungjawab latih bola jaring sekolah pada aku.Hmmm....
~Gi lab and siapkan keje yang Tuan Haji Saad bagi...finish!
~Lepas waktu sekolah, terus ke mahkamah untuk minta sign akuan sumpah. Penuh dengan cikgu2 baru seangkatan dengan aku...sangat best la!
Suka ati je gi offer transportation to his friend on behalf of me
Aku pon belum confirm dapat kereta apa lagi
13 November 2008
~Bagi akuan sumpah kat Tuan Haji Shariff.
~Lepak lab wat keje
~Kak Ina ajarkan aku sistem perfailan in case aku jadi penyelaras makmal and KP ICT if dia dapat tukar ke Taiping. Harapnya bukan aku la...tapi aku perlu tau benda2 tu cuma tak nak pegang jawatan lagi awal2 ni. Aku perlukan pengalaman.
~Cikgu Tay lagi menjadi2 letak aku jawatan under HEM. SERABUT!!
~Discussion untuk siapkan buku pengurusan sekolah.
~Balik...kepenatan. Penat fizikal+mental+emosi
14 November 2008
~Perhimpunan sesi pagi dan petang.1 jam berdiri...lenguh kaki dan urat segala
~Perjumpaan dengan guru2. Puan Hajjah Salmah kali ni betul2 turunkan kuasa bola jaring pada aku depan cikgu2 lain. Dia minta naikkan prestasi dalam 3 tahun...mampukah??
~Duduk lepak2 kat lab lepas makan dan beli coklat pada harga yang boleh la kata murah.
~Jumpa Tuan Haji Saad untuk tugasan minggu depan.
~Sebab hari Jumaat...balik awal.Tapi teman Ina gi cari umah.
~Sampai umah dalam pukul 1.30....tido kejap, mandi...gi hospital plak.Buat medical check up.
Kenapa la pegawai tu mesti lelaki!
Pastu lak nak bawa botol kecik tu...hukhuk...
Posted by Teruterubozu Anamae at 8:39 PM 1 comments
Labels: keje
Saturday, November 8, 2008
Persediaan menjadi cikgu...
Huargh..huargh...huargh...(ketawa kasik jahat sikit)
Tapi tak tau lagi dihantar ke sekolah mana...
Taklimat dan penyerahan surat penempatan dijalankan di Hotel Hillcity
Kat situ la baru tau...
Ala2 surprise la konon...
JPN lain selambe je kasik tau
Perak je ngada2 nak berahsia...
eh, bukan JPN Perak je...JPN Terengganu pon sama gak
Hmmmm, tak luak la kalau tau posting kat mana pon
Memandangkan tak tau kat mana nak dihantar ngajar (eh, ngajar ke...dah nak cuti pon..)
Persediaan perlu dibuat
Bukan nak hadapi banjir je kene bersedia
Nak gi sekolah pon kene bersedia gak..
Antara barang yang perlu ada nanti...
baju gi sekolah (dah tentu2 baju kurung..and salah satu tu mesti baju batik)
baju gi tido
baju gi jalan2
baju gi rehat2 kat umah (umah sapa la nak disewa nanti..hmmm)
tuala mandi
barang2 mandi (sabun, shampoo, pencuci muka and so on...)
barang2 mekap (ade ke???)
barang2 nak tido (dah tentu la toto, bantal, selimut)
barang2 nak basuh baju (baldi, sabunnye...and so on)
alas kaki (kasut g sekolah, kasut g jalan2, selipar g sidai baju...)
Adeh...banyak lagi ni....
Bawa umah pindah sekali kang ar...
Kan ke lagi bagus tau nama sekolah awal2
Pe la masalahnya yang nak berahsia sangat tu
Tak paham betul la...
Sehari je lagi...apa pon tak kemas...
Harapkan list je panjang berjela
Posted by Teruterubozu Anamae at 7:30 PM 2 comments
Wednesday, November 5, 2008
Anggap ia sudah selesai
Tak seteruk interview GST dulu.
Cuma...agak konfius dan terasa birokrasi.
Seperti biasa...UPSI dipandang sebelah mata.
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) seperti tak bernilai.
Bukan kali pertama...kerap kali...acapkali...selalu...always..and a must!
Kat mana2 pon sama...Memandang rendah...Entah la...
Mungkin nama institusi dan nilai ijazah lebih penting daripada PNGK
Berbalik kepada interview.
Antara soalan yang ditanya:
1) Terangkan tentang diri
2) Kelebihan diri
3) Keutamaan antara guru dan pensyarah
4) Perbezaan IT dan ICT
5) Pembelajaran e-learning
6) Keperluan pembelajaran e-learning
7) Perbezaan Sek Men Teknik, Kolej Komuniti, dan Politeknik.
8) Kelebihan subjek teknikal
9) Terangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
10) Bagaimana nak bina laman web
dan beberapa soalan yang dah lupa.....
Ada rezeki...bergelar la pensyarah
Kalau takde, it's oke...cikgu pun mencabar jugak
................................................
................................................
'Play safe' ke datang interview biarpun sudah diberi penempatan GST???
Perlu merebut setiap peluang yang ada
Telah berusaha kerana rezeki tak datang bergolek
Tawakal dan Redha
aiman tak kesah.....
- Tahniah atas kejayaan mengingati kesemua nama menteri dan kementerian yang terlibat. Bukan senang nak hafal tu!
- Seronok dengan interview kali ini kerana lebih bersemangat, berkeyakinan dan...ada cermin besar di belakang penemuduga yangs secara tak langsung, membantu menaikkan keyakinan
Posted by Teruterubozu Anamae at 10:46 PM 2 comments
Tuesday, November 4, 2008
Risau + Takut = LANTAK LE APA NAK JADI
Interview nak jadi cekgu kolej plak
Dah study tapi macam bengong2 lagi
Apakah yang patut dibuat??
........
........
........
........
Stress amat ni...
Sama level stress dengan interview GST dulu
p/s : tapi bole plak update blog ni.
Posted by Teruterubozu Anamae at 7:58 PM 0 comments
Saturday, November 1, 2008
Aku dah tension
Tak ingat nama2 menteri lagi
Otak dah tepu
.
..
....
..
.
Upload gambar la...
Lama la plak nak tunggu ni...
Gi siram pokok jap
.
..
...
..
.
Air terjun Lata Kinjang dari kejuahan
Tandas Lata Kinjang...
Nak amek gambar papan tanda yang ada tulis Lata Kinjang je, bukti dah sampai tempat ni..
Tapi nak gi dekat2 malu...budak2 polisas tengok
Bas polisas...dalam tu ada students
Dengan mak
Kak Dilah n Abg Hafiz
Melalui Pekan Chenderiang..otw balik ikut jalan Tapah
Posted by Teruterubozu Anamae at 6:01 PM 0 comments
Thursday, October 30, 2008
My mum's chicken rice an laksa
26hb Oktober yang lepas. Menu yang mak masak sendiri, dibantu oleh aku n yana (yang kejap ade, kejap takde). Speselnye besday mak kali ni mungkin sebab ada cucu yang baru je sampai masa lewat malam 25hb..yang selama ni mak tengok n main2 kat ym je...n sebab anak2 n cucu2 ramai kat rumah...Kalau ikut plan asal nak buat ala2 BBQ, jemput le kawan2 mak kat area taman ni..tapi last minute changed...sebabnya...tidak dipersetujui! Laksa pon oke apa...Sangat suka laksa...yum yum....
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:38 PM 1 comments
Thursday, October 23, 2008
Ku berlari
Junior-junior yang aku kenali...
Hasil kerja yang menarik...
Memang Mantap La!
Posted by Teruterubozu Anamae at 1:29 AM 0 comments
Pandai panjat...pandai la turun....
Posted by Teruterubozu Anamae at 1:12 AM 0 comments
Tinta Kasih Guru
Video di atas diperolehi masa tengah jalan2 kat youtube...
eh...SMK Sri Kurau!
Masa mula2 dengar, time tengah sangkut2 tu....
Macam tak best je...slow bangat...
Tapi bila dah dengar balik tanpa versi sangkut...
Wah, bole tahan gak budak2 ni
Terutama bila part rancak...
To all teachers, enjoy this song...
Posted by Teruterubozu Anamae at 12:58 AM 0 comments
Wednesday, October 22, 2008
wonderpets
ami atang, bantu aiwan yang keshushaan
ami tak etak an ami tak uat
ile ekejeshame shemua aie muda
yeay wonderpet...yeay
apa yang penting...ejeshame!
apa yang penting...ejeshame!!
wonn...ini sewius...
Posted by Teruterubozu Anamae at 11:27 PM 0 comments
Monday, October 20, 2008
Lata Kinjang
p/s: Bahan bukti? Just a few of pics that will be upload in the next entry seterusnya (lupa nak amek kat kak dilah) and also key-chain (beli kat Lata Kinjang...cari yang ada tulis Lata Kinjang lagi tu...).
Posted by Teruterubozu Anamae at 1:03 AM 0 comments
Friday, October 17, 2008
Nazlin Amani Bt Nazru
Surat posting pon dah sampai. Lapor diri kat Hillcity Hotel, Ipoh 10hb November. Teruja? Ntah la..sebabnya tak tulis nama sekolah mana nak kene gi...jadi...PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN! Cuma teruja nak beli kasut la.. mood menghabiskan duit tengah membuak2. Bawa2 bersabar...nanti 3 bulan tak dapat gaji, mau makan apa?
Posted by Teruterubozu Anamae at 1:32 AM 0 comments
Sunday, October 12, 2008
I don't know you...
Aku bukannya apa.. Aku dah hampir lupa dah minah perasan bagus ni, agak2 nampak kat Econsave or area Pusat Bandar pon buat derk je... Ye la, budak perasan bagus ni bukan kenal aku... Apatah lagi nak ingat muka aku..aku kan ke budak bodoh je dolu2... Al-kisahnya dia dah view frenster aku..n aku rasa dia just view je...dia pon tak tau sapa yang dia view tu... Tu yang buat darah aku menyirap balik bila ingat ayat dia masa kenduri kawen sorang membe aku ni. Tragedi dia cam ni... Aku ajak la minah perasan bagus ni tangkap gambar sama2 dengan pengantin n kawan2 yang dah nak balik masa tu... Dia boleh kata "I don't know you"... Macam hebat sangat dia yang aku beriya nak ajak dia... mujur ada membe aku yang cover muka terkejut aku masa tu.. Tak berbudi bahasa langung... Harap je masuk sekolah agama lepas sekolah rendah dulu (perlukah disebut nama sekolah itu...ye...aku rasa perlu...SMKA Slim River!). Aku yang sekolah inggeris ni masih lagi ingat kawan2 sekolah rendah, dia plak lupa diri...pi la kawan dngan kawan2 awak yang HEBAT sangat tu... Memang patut la aku kotorkan pemadam baru dia masa darjah 3 dulu!
Posted by Teruterubozu Anamae at 9:15 PM 0 comments
Wednesday, October 8, 2008
Eda dah kawen yeay!!
Teringat cerita lama masa gi kenduri dia 5 Oktober lepas... Dulu2 kami tiga sekawan..Eda, Tijah n aku...Eda tua 2 tahun, Tijah tua 1 tahun....kira aku la yang paling kecik dalam geng tu. Petang Isnin-Rabu gi sekolah Fadhu Ain sama2 dalam pukul 2.15, kira geng terawal la...geng bentang tikar kat kelas agama dulu2, pastu gi kedai beli jajan banyak2...biorpun gi kelas sama2 tapi aku ni agak bengap sikit...tulisan jawi aku agak buruk n sebelum balik selalunya Eda ngan Tijah tolong aku masa jawab soalan arwah Ustaz Mad...kalau tak jawab or jawab salah, lambat la sikit balik. Sapa yang na balik lambatkan....? Selalunya kitorang wat jahat kat Liyana...ada sorang minah ni yang suka nyendeng2 kat geng kitorang bila nak balik awal...Pe yang kitorang wat??? Hahaha... kitorang jawab soalan arwah Ustaz Mad slow2 je tak bagi si Liyana ni dengar, tak pon kitorang bagi jawapan yang salah kat dia... Kira pandai2 la dia nak idup kalau nak balik...Jjahat betul...
Hari Khamis lak selalunya la kitorang balik jalan kaki...nyorok dari Ane bas tu sebab nak rasa adventure balik jalan kaki lalu kelapa sawit, lalu Taman Seri Tenggara...masuk Pusat Bandar...sambil2 jalan balik ke umah tu kongsi duit n singgah KFC, beli air ke, cookies ke...buat bekal. Pikir-pikir balik... pe la yang bodohnye g balik jalan kaki sedangkan tiap2 bulan bayar duit bas... Jauh lak tu, buat penat je....
Bukan tu je...diorang ni gak la geng aku gi teraweh masa duduk Taman Kerian. Untungnya teraweh masa budak2 dulu sebab boleh dapat duit tau...bukan banyak pon...RM5 je kalau tak salah...sebagai penaik semangat gi teraweh setiap malam orang kata. Tapi awal Ramadhan kena register dulu la... Ramai gak budak2 taman masa tu yang register. Ujung teraweh ada la majlis bagi duit raya tu...kira oke la tu kan... Dalam beg masa tu macam2 ada... sebut apa nak.. Air tebu? Keropok? Gula2? Coklat? Bukak beg..pilih je... Macam kedai runcit lak rasa masa tu. Pastu lak ada buku catatan...tulis nama n berapa rakaat yang ponteng...
Sebelum gi teraweh tu kan...kitorang main mercun dulu. Memang best! Sebut je pe nama mercun... semua aku dah main (tapi tu dulu la...sekarang ni dah jadi penakut sikit sebab banyak kes mercun2 ni...). Bukan je main mercun, kitorang gi minta kayu yang wat gulung kain ela kat orang Kemboja ujung jalan uamh kitorang, bakar ujung dia...jadi macam obor... cam cerita zaman dulu2 bila klua malam bawa obor tu. Macam best je...
Posted by Teruterubozu Anamae at 11:36 PM 0 comments
GamBar-GamBar RaYa
'Abid dan Jannah yang buat bising dalam keta nyanyi lagu Balik Kampung...Oit, kampung awak tu kat Taman Damai n Taman Kerian je...dua2 kat Parit Buntar
p/s : Perasan tak warna purple je kan...? Agaknya tahun ni raya tema purple kot...tak plan pon. Tapi memang sepanjang2 perjalanan masa raya hari tu pon aku nampak ramai yang pakai purple..
Posted by Teruterubozu Anamae at 11:10 PM 0 comments