Cantik tak bunga2 ros di atas? Ini antara aksesori penambah seri bagi hantaran pertunangan sepupu saya 14 Disember yang lalu. Bunga ros pink-putih dari lelaki, manakala bunga ros putih dari perempuan. Sepupu saya, Faisha..seorang jejaka yang bertemu jodoh dengan seorang jejaki (hehehe) dari Port Klang. Saya sangat suka bunga2 ros tersebut terutamanya yang berwarna pink dari pihak lelaki..kiranya dari pihak saya la tu.Hahahaha..Nama pon perempuan...
Tapi...tak keluar banyak kos ke untuk membeli bunga2 segar lagi hidup tersebut?? Cantik memang cantik..wangnya pon yang cantik2 dan besar2 la yang pastinya keluar. 9 dulang dari lelaki, 11 dulang dari perempuan....campur ngan 2 vase untuk menambah seri pelamin singgahsana tempat Cu Faizah menyarung cincin di jari bakal menantunya tu..Aiyooo...mesti tarik nafas panjang2 masa nak bayar. Ye tak?
Oh ya...esok saya akan ke Langkawi..bercuti-cuti di sana bersama keluarga kakak saya. Bercuti dalam Malaysia aje nak dibandingkan dengan kawan saya, Cik Iedd yang bercuti di Korea...sambil2 melawat Encik Zaeri. Hajat dihati konon2 nak la jumpa Cik Iedd kat Langkawi, itupon kalau dia balik kampung la...Tak ada rezeki..Dia dah 2 hari membeku di negara orang memandangkan di Korea sedang winter (tapi tak turun lagi saljinya...). Sempat berym dengan Cik Iedd tadi..minta dia tangkap gambar banyak2 supaya saya juga boleh komen banyak2 di ruang friendsternya. Bukan tu aja, sempat juga merancang nak jenjalan ngan kawan2 nanti ke Korea...Konon2nya ujung tahun hadapan nak menjelajah ke Sabah berempat. Harap2 tiada aral melintang. Ameeeeeennnnn....
Mantap la Iedd..jauh benor bercutinye! Semoga dapat melepaskan rindu dendam kat Encik Zaeri la ye...Untuk Encik Zaeri, dah kaya jangan lupa kawan2 Cik Iedd di sini..kerja baik2 kat negara orang...nak kawen, jangan lupa jemput ye...
Dengan satu matlamat, pagi tadi saya melawat pakcik angkat (pegi bank untuk withdraw sedikit wang untuk dijolikan di Langkawi...). Tapi gaji tak masyuk lagi...nampaknya saya terpaksa mengawal nafsu berbelanja di sana. Kuatkan semangat ye wonn....
Saya juga tidak tahan dikejar encik2 dan puan2 takaful. Mentang2 la baru bekerja, dicarinya cikgu2 baru di sekolah. Tolong la...sempit dunia ni rasanya. Bukan saya tidak percayakan pelaburan takaful tapi saya tak tahu mana satu yang boleh dipercayai ketika senang dan susah. Dan ketika kunjungan saya melawat pakcik di Bank Islam Parit Buntar (mesin ATM), saya terserempak dengan cikgu Sejarah masa sekolah dulu..sembang2..bila dia tau saya baru bekerja, dia minta nombor telefon saya. Saya mula tak sedap hati...dan seperti yang dijangka...Beliau juga ingin mempromosikan takaful a.k.a insuransnya. Helppp!!! Belum pon merasa gaji sudah ada barisan sokongan hidup susah senang..haish betul! Lepas ni pasti...Pasti dikejar pakwe2 dan makwe2 kad kredit pula.
0 comments:
Post a Comment