Ini bukan pertama kali saya dan keluarga pergi ke Pulau Mutiara itu. Memandangkan kami tinggal di sempadan tiga negeri (untungnya saya...), tentunya tidak menjadi masalah bagi kami. Tapi sisipan kali ini sengaja diadakan ketika perjalanan kami ke USM menjemput kakak ipar saya yang menyambung belajar di sana. Dengan menaiki feri, tentunya lebih santai...
Dan ini pula bangunan Komtar dari arah bawah....sesat juga la mencari jalan keluar ke tempat parking kereta.
Sementara menunggu Kak Aishah menyelesaikan kerja-kerjanya, kami juga sempat bersantai di Kompleks Bukit Jambul. Saya mengambil kesempatan untuk meninjau kasut-kasut yang dijual. Tentunya untuk dipakai ke sekolah dan ke majlis yang akan dihadiri nanti. Susah menjadi saya...kerana saya mencari kasut yang comel. Yang orang pakai itu la yang berkenan di hati...tapi bila nak membeli, tak ada pula yang diingini. Akhirnya, selepas empat kali masuk ke kedai yang sama, saya mengambil keputusan membeli kasut hitam bling2 bertumit yang mempunyai reben di tepi..Nak tengok kasutnya???Hehehe, tak perlu la....biasa je....

Kenapa tak ada gambar Jambatan Pulau Pinang? Saya terlupa snap dari atas feri. Ralit merenung buih2 air laut dibelah feri..ngehehehe
0 comments:
Post a Comment