Wednesday, November 26, 2008

Edisi Khas Banjir

Semalam rumah saya dilanda banjir. Biarpun tidak la seteruk di Johor dua tahun lepas, tapi cukup memenatkan. Penat disebabkan oleh kerja-kerja mengawal air dari terus masuk ke dalam ruang tamu yang agak rendah. Biarpun kerja-kerja mengawal sudah dibuat di beberapa kawasan spot tapi kalau sudah kun fa ya kun...masuk juga air tu..dari tempat yang lain..yang tidak terjangka..

Gambar-gambar di bawah merupakan kawasan luar umah yang sudah boleh diumpamakan sperti pulau. Tempat-tempat lain tidak disnap...cuaca gelap..tak nampak.

Empangan yang dibuat menggunakan kayu supaya air tidak terus masuk ke ruang tamu. Guna lesung batu tu...

Gambar di ruang tamu...air tidak naik setinggi mana. Tapi cukup memenat..terpaksa menimba keluar, mengemop untuk membuang air yang aromanya...hmmm, tahan hidung je la

Datang Power Rangers menyerah diri....
Power Rangers tersebut adalah En. Zabidi B. Ismail..abang ipar saya. Asalnya dia cuma menelefon bertanyakan rumah, siap berpesan "Selamat Bekerja"..tapi selepas satu jam, sudah pun terpacak dan mengerah tenaga menimba air keluar dari empangan yang dibuat, juga keluar membeli plastesin untuk menutup bahagian yang berkenaan. Kerja-kerja pembersihan dibuat malam itu jugak...tapi saya sudah pun dibuai mimpi pada masa kerja-kerja pembersihan dibuat...keletihan.

2 comments:

MR.KUMAR said...

La... banjir ker parit buntaq? aku balik sat semlam.. tapi tak ada pun bajir.. tapi hujan tak berenti la... ni yang membuatkan aku rasa selamat tinggal umah flat.. susah sikit nak naik air masuk umah... hehehehe

Teruterubozu Anamae said...

hahaha..tu la pasai..umah pangsa x payah pikir banjir ke apa..

p/s : balik x roger saya ek..