Sekarang ni dah pun hari ke-3
Tapi entry tak berupdate cerita akhir 2009 dan awal 2010
Ahhh...blog-blog lain semua dah buat
Lagipun takde benda nak tulis
Seperti tahun-tahun sebelumnya...
Penghujung dan permulaan tahun takde sebarang sambutan
Duduk di rumah aje-countdown dalam hati-tidur
Yeahhh!!! Tidak cool dan tidak mengapa!
Sekurang-kurangnya tak perlu bersesak dan berbingit
Juga tidak la nampak benda-benda yang tidak elok
Saya telah memilih untuk mengimbau kembali kenangan masa sekolah dulu
Semuanya sebab tak-ingat-kat-mana-letak-duit-netball-maka-habis-satu-rumah-kena-paksa-cari
Dan kemudiannya terjumpa gambar-gambar lama yang disimpan dalam laci
Zaman muda remaja sekarang pun masih muda remaja tau
Tapi nampaknya untuk tahun 2010
Permulaannya agak menarik
Sebab terjadinya gerhana bulan di awal pagi
Saya amat ternanti-nanti gerhana bulan ni
Memang berani arh klua gi tengok bulan pukul 1 lebih
Tapi...akhirnya terpaksa lupakan niat suci nan murni itu
Sebabnya takde geng nak duduk kat luar
Mak ngan Yana dah bantai tidur dulu
Haish....takde maknanya la nak duduk terjenguk2 kat luar...
Kang benda lain yang melintas, tak ke haru!
Kali pertama keluar masa tu tengok awan gila banyak...
Ala-ala cerita hantu gitu
Kali kedua..tak sempat pandang ke langit
Sebab dah terpandang belakang rumah yang gelap
Betul-betul macam cerita Jangan Pandang Belakang Congkak
Azam tahun baru saya???
Hehe...saya tidak pernah memasang azam selepas azam-azam sebelum ini tidak tertunai pun
Jadi lebih baik saya mengharapkan hari-hari yang bakal tiba dapat dihadapi dengan tabah dan ceria
Sama seperti orang lain..saya juga merancang dan mahukan yang baik-baik untuk diri saya dan keluarga
2010 merupakan tahun kedua saya bergelar guru...jadi, saya mahu lebih bagus dari 2009
0 comments:
Post a Comment