Seminggu dah bersekolah
Minggu pertama adalah sesi pengenalan
Pengenalan guru-pelajar
Tentang buku yang nak digunakan
Tentang sukatan pelajaran
Juga format peperiksaan dan kerja kursus
Tapi minggu ini amat la memenatkan bagi saya la
Pagi petang pagi petang ada kat sekolah
Hari kedua kami dah mula membuat latihan bola jaring
Alhamdulillah...pagi Sabtu sudah ada senarai pemain
Juga untuk rumah sukan
Sudah ada nama peserta
Biapun masih perlu tapisan
Kira memberi gambaran "masalah akan selesai"
Betul-betul memenatkan
Minggu depan sudah masuk sesi P&P
Jadi perlu lebih banyak masa diperuntukkan untuk membuat persediaan
Kali ini...tahun ini...saya akan lakukan yang lebih baik lagi
Tahun lepas...saya redah dan rempuh sesuka hati heheheh
Ya...untuk saya Ya untuk Yakult
Saya Pasti Boleh!!!
Sunday, January 10, 2010
Cerita Sekolah
Posted by Teruterubozu Anamae at 2:40 AM 0 comments
Sunday, January 3, 2010
Hari ini hari Ahad
Esok dah nak sekolah dah weh....
Hari ni kena prepare macam-macam
Takut esok kelam-kabut
Antara aktiviti saya hari ni ialah basuh kereta
Hahaha..haruslah kereta bersih menawan
Seronok la mereka bertiga dapat mandi hari ni
Hasil belaian saya pulak tu
Apa barang hantar car wash....
Posted by Teruterubozu Anamae at 1:52 PM 0 comments
Laksa Teluk Kechai
Semalam pegi Jitra, hantar Yana
Singgah makan di Zakaria Teluk Kechai
Kedainya kat jalan nak mengarah ke pekan dari Kuala Kedah
Nampak macam menarik...kereta penuh kat tepi jalan
Selalunya orang kata kalau kedai makan penuh orang mesti sedap
Jadinya cuba la laksa beras kat sini
Ha....tengok la laksa beras tu
Cayaq hebiaq..biasa ja pon laksanya
Camna la orang ramai kat situ...melayu, cina , india
Siap tapau2 lagi
Bagi saya...tak kena dengan selera
Sedapnya laksa terletak pada kuahnya yang pekat
Ni cair ja...sebijik macam laksa kantin Mizan
Tu belum kira bau lagi...tak menambat hati untuk datang semula
Sedap lagi laksa depan Billion Parit Buntar tu
Yang ni pulak pulut serunding
Tak tau nama betul dia apa
Tapi dalam tu memang ada pulut dan serunding
Ingatkan tapai ke hapa...
Bab-bab pulut ni agak kurengggggg
Jadi tak tau la apa rasanya
Lain dari tu
Kami makan sate
Minum ABC dan laicikang
Sate dia kecik je..tapi secucuk 50 sen
Nasib baik la sedap dan lembut
Dua bintang je dari saya.. * *
Posted by Teruterubozu Anamae at 1:13 PM 1 comments
Punya la lambat wishhhh....
Sekarang ni dah pun hari ke-3
Tapi entry tak berupdate cerita akhir 2009 dan awal 2010
Ahhh...blog-blog lain semua dah buat
Lagipun takde benda nak tulis
Seperti tahun-tahun sebelumnya...
Penghujung dan permulaan tahun takde sebarang sambutan
Duduk di rumah aje-countdown dalam hati-tidur
Yeahhh!!! Tidak cool dan tidak mengapa!
Sekurang-kurangnya tak perlu bersesak dan berbingit
Juga tidak la nampak benda-benda yang tidak elok
Saya telah memilih untuk mengimbau kembali kenangan masa sekolah dulu
Semuanya sebab tak-ingat-kat-mana-letak-duit-netball-maka-habis-satu-rumah-kena-paksa-cari
Dan kemudiannya terjumpa gambar-gambar lama yang disimpan dalam laci
Zaman muda remaja sekarang pun masih muda remaja tau
Tapi nampaknya untuk tahun 2010
Permulaannya agak menarik
Sebab terjadinya gerhana bulan di awal pagi
Saya amat ternanti-nanti gerhana bulan ni
Memang berani arh klua gi tengok bulan pukul 1 lebih
Tapi...akhirnya terpaksa lupakan niat suci nan murni itu
Sebabnya takde geng nak duduk kat luar
Mak ngan Yana dah bantai tidur dulu
Haish....takde maknanya la nak duduk terjenguk2 kat luar...
Kang benda lain yang melintas, tak ke haru!
Kali pertama keluar masa tu tengok awan gila banyak...
Ala-ala cerita hantu gitu
Kali kedua..tak sempat pandang ke langit
Sebab dah terpandang belakang rumah yang gelap
Betul-betul macam cerita Jangan Pandang Belakang Congkak
Azam tahun baru saya???
Hehe...saya tidak pernah memasang azam selepas azam-azam sebelum ini tidak tertunai pun
Jadi lebih baik saya mengharapkan hari-hari yang bakal tiba dapat dihadapi dengan tabah dan ceria
Sama seperti orang lain..saya juga merancang dan mahukan yang baik-baik untuk diri saya dan keluarga
2010 merupakan tahun kedua saya bergelar guru...jadi, saya mahu lebih bagus dari 2009
Posted by Teruterubozu Anamae at 2:06 AM 0 comments