Wednesday, August 4, 2010

Hilang lagi....theheheheh

Lately banyak benda yang kena buat
Tu pasal la hilang

"ala...kalau hilang lama-lama pon takde sapa nak perasankan"

Sekarang ni agak busy menguruskan satu event
Pertandingan Bowling di Megalane, Megamall
Hari Sabtu ni kalau ikutkan

Dan minggu lepas sibuk dengan urusan khidmat masyarakat bersama pelajar
akan update di entry selepas ni sebab sekarang online guna komputer
gambar-gambar semua kat laptop

Kenapa la muncul balik kat blog ni?

Alkisahnya...
Semalam ada seorang lelaki message saya di facebook
Katanya terjumpa blog saya tentang cuti-cuti di Langkawi.
"Oh...baru teringat akan blog ini"

Dan hari ni terbaca paper tentang Ika Radiusite yang jual tudung online tu
Saya salah seorang follower blog tersebut yang tidak penah menempah tudung beliau
"Rindunya pada blog ni"

Jadi...
Curi la kesempatan yang ada untuk mengupdate sedikit
Jangan biar blog ni terkubur tidak bernisan...hehehe

Tuesday, July 6, 2010

Preparation Part 1

Selepas berbulan2 berangan2
Akhirnya kerja2 menempah dimulakan
Itu pun hasil nasehat kawan2 yang dah kawen dan bakal berkawen

Perasaan pada masa ini
Adalah sangat bahagia
Rasa terawang-awangan
Asyik melihat gambar yang disnap oleh Enchek Tunang
Sepatutnya dia tgkp lebih kepada baju..
Tapi dia tangkap separuh aje...hadeh!

Asalkan misi membooking beberapa benda settle sudah

Minggu lepas, Enchek Tunang telah dipaksa balik secara kejam
Kalau ikutnya, schedule on Saturday memang free
Tapi tup-tup ada plak LADAP CIS!!!!~ ~

Sepulangnya dari sekolah
Terus aje meneruskan misi yang tergendala

Dengan budget yang ciput 
Tapi mengharapkan yang terbaekkkk
Sangat la perlu bergigih dan bergagah
Sebulan dua sebelum booking
Saya bersama2 teman menjalankan kerja2 mensurvey


InsyaAllah...
I'll try my best for the ceremony
walaupun tak de la sehebat b2b bloggers yang lain....

Wednesday, June 30, 2010

Cuci Kereta

Halloooooo
Bertemu lagi kita
gaya2 macam nak aktif semula menulis ni

Kenapa la ngan cuci kereta ni
Memang hobi masa lapang saya ke??
Sempena Hari Koperasi Sekolah minggu ni
Kadet Polis diberi peluang untuk mengumpul duit dengan khidmat cuci kereta
Cuci kereta + Polish + Vakuum = RM6
Bagi motor plak cuma RM4
Oke la kan kalau budak2 yang buat...
Tidak la profesional sangat pon kerja mereka
Pakai sabun pon yang murah aje...


Mula-mula tu macam ragu2 gak nak bagi Cik Emme disentuh2
Tapi at last bila memikirkan ada taik burung kat cermin
Pastu dalam kereta tu ada rumput sikit
Dengan getah lapik kaki yang macam tidak lawa di pandangan mata ni
Tabahkan hati jugakla hantar kat geng Kadet Polis
Siap berpesan bagai lagi punya risaukan Cik Emme
Satu lagi...sebabnya saya cerewet la jugak pasal cuci2 kereta

Hasilnya...?
Cuma boleh memuaskan hati sajooo
Lepas tu saya sendiri yang kilatkan cerminnye bagi boleh tengok diri sendiri

Tengok..punya la gonyoh cermin supaya boleh nampak permandangan camni kat cermin belakang

Hitam kecik tu tanda ada cat yang tertanggal...
Tak pasti la budak2 tu yang buat ke tak...

Ni plak bahagian yang tak bape bersih....atas sikit dari plet keta


 Juga side mirror...kalau saya yang cuci...mesti bersih punya!


 Gambar dekatnye...

Takpe la kan..
Kira RM6 tu rezeki budak2 tu la
Sekarang Cik Emme bersih kembali... =)
Daaaaaa..............

Tuesday, June 29, 2010

30 Jun sampai lagi

Assalamualaikum...
Wahhhhh...punya la lama tak jenguk blog ni
Bukan saja bersawang (ayat klise gitu..)
Dah ada kesan rekahan pun....
Ujan panas, ujan panas...tak jugak jenguk2 blog ni

Ate...
Cuba cek balik date last entry yang lepas
5 February okehhhh!

Dan yang paling penting....
Status saya pon sudah berubah
Kini tidak lagi kapel2....
Sudah bertunang....
Kalau kat facebook tu dah pun jadi engaged

Sempat lagi kan nak ngarut2 kat blog ni...hehehe

Pic taken on my n-gage-ment

Esok 30 Jun...
Muncul lagi tarikh keramat tu...
Yang pertamanya membawa maksud
"kami sudah berkawan 7 tahun" =)
Yang keduanya pulak...
"dah tiga tahun wan meninggal dunia"
Ohhhh...oke...tidak perlu menceritakannya berpuluh2 kali

Baiklah
Sampai di sini sahaja pnp kita
Bersambung di entry akan datang...

Friday, February 5, 2010

Bersawang

Dah lama tak menaip kat sini
Terbiar blog ni rupanya

Hari ni baru ada kesempatan
Cerita terakhir 10hb Januari
Masa banyak dihabiskan untuk perkara lain
Tapi dalam maa sama boleh plak update fb ye..hehehe

Nantikan aje cerita di entry akan datang.

Sunday, January 10, 2010

Cerita Sekolah

Seminggu dah bersekolah
Minggu pertama adalah sesi pengenalan
Pengenalan guru-pelajar
Tentang buku yang nak digunakan
Tentang sukatan pelajaran
Juga format peperiksaan dan kerja kursus
Tapi minggu ini amat la memenatkan bagi saya la

Pagi  petang pagi petang ada kat sekolah
Hari kedua kami dah mula membuat latihan bola jaring
Alhamdulillah...pagi Sabtu sudah ada senarai pemain

Juga untuk rumah sukan
Sudah ada nama peserta
Biapun masih perlu tapisan
Kira memberi gambaran "masalah akan selesai"

Betul-betul memenatkan
Minggu depan sudah masuk sesi P&P
Jadi perlu lebih banyak masa diperuntukkan untuk membuat persediaan
Kali ini...tahun ini...saya akan lakukan yang lebih baik lagi
Tahun lepas...saya redah dan rempuh sesuka hati heheheh
Ya...untuk saya Ya untuk Yakult
Saya Pasti Boleh!!!

Sunday, January 3, 2010

Hari ini hari Ahad

Esok dah nak sekolah dah weh....
Hari ni kena prepare macam-macam
Takut esok kelam-kabut

Antara aktiviti saya hari ni ialah basuh kereta
Hahaha..haruslah kereta bersih menawan
Seronok la mereka bertiga dapat mandi hari ni
Hasil belaian saya pulak tu
Apa barang hantar car wash....

Kereta pertama yang mandi...Cik Emme
Dah tukar nama dari Yutaka kepada Cik Emme
Nampak lebih stylo sikit guna nama ni
Yutaka tu panjang sangat

Lepas tu Cik Wee lak (Wee for Waja)
Ni dah acara jemuran dah pun

Cik Tee menunggu giliran untuk mandi
Cik Tee yang last sekali sebab parking dia menyerong
Kene setelkan Cik Emme dan Cik Wee dulu

Cik Tee yang dah pon kering dan menunggu masa masuk parking
Esok sekolah nak bawa Cik Tee, Cik Emme kena hold dulu
Kesian lak kat Cik Tee tak bawa berjalan-jalan

Ha...ni lak lori Halagel

Haish...takde maknanya saya basuh lori ni
Saya snap lori ni untuk perhatian semua
Jumaat lepas pergi Econsave, beli barang dapur
Pegi pulak petang...memang ramai orang
Cuti 1 Januari plak tu
Parking jangan cakap la...
Jenuh queue...

Masa tengah tunggu tu
Nampak la orang yang bawa lori ni dan keluarganya balik shopping
Ha...sedang elok la tu kan..
Dah boleh dapat parking

Tapi apa punya siot lelaki itu
Boleh plak dia simpan barang dalam lori
Pastu belek-belek ubat gigi Halagel
Saja ja nak bagi orang marah..nak dapat pahala free la tu
Macam la lain hari tak boleh belek
Macam la kotak ubat gigi tu baru 2 saat tadi berubah corak

Ni la orang Malaysia..takde kesedaran sivik betul
Tengah sibuk-sibuk kat tempat parking tu tak payah la nak buat hegeh-hegeh
Lain la parking tu atas nama awak...

Bila saya dah dapat parking tempat lain
Baru la dia hegeh-hegeh undur
Budget awak naik lori, awak yang paling bagus la tu! CEH!!

Laksa Teluk Kechai


Semalam pegi Jitra, hantar Yana
Singgah makan di Zakaria Teluk Kechai
Kedainya kat jalan nak mengarah ke pekan dari Kuala Kedah
Nampak macam menarik...kereta penuh kat tepi jalan
Selalunya orang kata kalau kedai makan penuh orang mesti sedap
Jadinya cuba la laksa beras kat sini


Ha....tengok la laksa beras tu
Cayaq hebiaq..biasa ja pon laksanya
Camna la orang ramai kat situ...melayu, cina , india
Siap tapau2 lagi

Bagi saya...tak kena dengan selera
Sedapnya laksa terletak pada kuahnya yang pekat
Ni cair ja...sebijik macam laksa kantin Mizan
Tu belum kira bau lagi...tak menambat hati untuk datang semula
Sedap lagi laksa depan Billion Parit Buntar tu


Yang ni pulak pulut serunding
Tak tau nama betul dia apa
Tapi dalam tu memang ada pulut dan serunding
Ingatkan tapai ke hapa...
Bab-bab pulut ni agak kurengggggg
Jadi tak tau la apa rasanya

Lain dari tu
Kami makan sate
Minum ABC dan laicikang
Sate dia kecik je..tapi secucuk 50 sen
Nasib baik la sedap dan lembut

Dua bintang je dari saya.. * *

Punya la lambat wishhhh....

Sekarang ni dah pun hari ke-3
Tapi entry tak berupdate cerita akhir 2009 dan awal 2010
Ahhh...blog-blog lain semua dah buat
Lagipun takde benda nak tulis

Seperti tahun-tahun sebelumnya...
Penghujung dan permulaan tahun takde sebarang sambutan
Duduk di rumah aje-countdown dalam hati-tidur
Yeahhh!!! Tidak cool dan tidak mengapa!
Sekurang-kurangnya tak perlu bersesak dan berbingit
Juga tidak la nampak benda-benda yang tidak elok

Saya telah memilih untuk mengimbau kembali kenangan masa sekolah dulu
Semuanya sebab tak-ingat-kat-mana-letak-duit-netball-maka-habis-satu-rumah-kena-paksa-cari
Dan kemudiannya terjumpa gambar-gambar lama yang disimpan dalam laci
Zaman muda remaja sekarang pun masih muda remaja tau

Tapi nampaknya untuk tahun 2010
Permulaannya agak menarik
Sebab terjadinya gerhana bulan di awal pagi

Saya amat ternanti-nanti gerhana bulan ni
Memang berani arh klua gi tengok bulan pukul 1 lebih
Tapi...akhirnya terpaksa lupakan niat suci nan murni itu
Sebabnya takde geng nak duduk kat luar
Mak ngan Yana dah bantai tidur dulu
Haish....takde maknanya la nak duduk terjenguk2 kat luar...
Kang benda lain yang melintas, tak ke haru!

Kali pertama keluar masa tu tengok awan gila banyak...
Ala-ala cerita hantu gitu
Kali kedua..tak sempat pandang ke langit
Sebab dah terpandang belakang rumah yang gelap
Betul-betul macam cerita Jangan Pandang Belakang Congkak

Gambar ehsan dari website ANGKASA
Info tambahan boleh didapati di sini

Azam tahun baru saya???
Hehe...saya tidak pernah memasang azam selepas azam-azam sebelum ini tidak tertunai pun
Jadi lebih baik saya mengharapkan hari-hari yang bakal tiba dapat dihadapi dengan tabah dan ceria

Sama seperti orang lain..saya juga merancang dan mahukan yang baik-baik untuk diri saya dan keluarga

2010 merupakan tahun kedua saya bergelar guru...jadi, saya mahu lebih bagus dari 2009

SELAMAT TINGGAL KENANGAN 2009
SELAMAT DATANG 2010