Bapak lama cerita ni disimpan, ni pon dikorek2, diadun2 dan diringkas2 sebab ghairah nak gi Langkawi lagi...Cerita cuti sekolah, 1-3hb Jun yang dah lama berlalu...
-------------------------------------------------------------------------
SANGAT BEST! SERIUS!!!
Biarpon sebenarnya pegi untuk berkursus...Kursus JSU untuk guru2 ICT Perak
Yang paling2 best apabila sesi Island Hopping. Naik bot keliling pulau...memula singgah kat Pulau Beras Basah, pastu gi tengok eagle feeding kat Pulau Singa Besar dan last sekali gi berendam dan fish spa sekejap kat Tasik Dayang Bunting. Bila lagi nak dapat peluangkan...? Kalau gi sendiri belum tentu lagi akan wat Island Hopping ni. Misi akan datang nak naik cable car plak...hahaha
Masa atas bot tu agak menakutkan sikit...terutama bila part Yat terlepas cakap. Dia cakap "Melampau dah ni" bila bot dilambung ombak berkali2. Lepas je sebut ayat tu, makin besar ombaknya...mungkin jugak sebab kami dah di tengah laut tapi sangat2 la menakutkan melihat ombak yang mengganas. Sampai bot tu buat lap seh...harus terbalik bot kalau pemandu tak kawal bot dengan baik.Ngeri2...mujur gak Yat cepat sedar dan tarik balik kata2 tu.Alhamdulillah, takde apa yang berlaku semasa perjalanan pegi dan balik. Dan kami sangat enjoy!
Pasir kat Pantai Beras Basah yang macam tepung..sangat la halus
Ni la bukit yang dikatakan dayang bunting tu...
Ada shape muka, dada, perut...sebenarnya ada gak shape kakinya...dalam keadaan terbaring, terkangkang
Shopping??? Tak lengkap la kalau gi Langkawi kalau tak shopping pinggan mangkuk, periuk belanga, coklat dan lain2...rasa macam best je pilih2 dan letak dalam bakul. Tapi lagi best bila nak bayar tu..boleh pucat muka...hehehe...Yat memang shopping sakan kat Langkawi, macam2 dia borong...Saya masih lagi dapat mengawal nafsu sebabnya...nanti susah nak mengangkut sorang2..tu jer..kalau tak, harus sampai kena jinjit2 gakAda shape muka, dada, perut...sebenarnya ada gak shape kakinya...dalam keadaan terbaring, terkangkang
Kalau ikutkan perancangan, next week saya akan ke Langkawi lagi. Kengkawan cekgu baru satu skool yang lain jeles jerk...Ingat saya pegi free lagi ke?? Kali ni bayar sendiri tau! Nak beli coklat banyak2 lagi..n nak beli arcopal kat mak, ganti yang bagi pecah dulu2 tu..hehehe...simpan duit bulan ni...sanggup menyimpan hasrat nak beli baju...
p/s : ada lagi sambungan cerita ni...jenjalan kat Perlis lak..will be update in the next post
0 comments:
Post a Comment