Thursday, July 9, 2009

Ceritera Perlis

Sekembalinya ke Tanah Besar (kan ke cite sebelum ni kat Pulau Langkawi), kami bermalam kat umah Shie kat Simpang Empat, Perlis. Kampung hapa tak hengat plak. Ngantuk+letih dengan aktiviti mengemas barang sebelum balik. Terlampau banyak sangat barang baru yang kena packed. Malam tu budget2 nak sembang lama tapi masing2 terbongkang lena kat ruang tamu.

Esoknya, kengkonon nak klua pagi sikit g jenjalan kat Padang Besar. Kesudahannya nak dekat tengahari jugak baru klua..Sampai kat Padang Besar kul 12 lebih. Memula masuk bazarnya tu macam excited tengok brooch, handbag, blaus..dasar perempuan!

Bende pertama yang saya beli adalah objek di bawah...sebagai seorang auntie yang baik teramat la sangat ni, benda itu harus dibeli. Selagi tak nanges...selagi tu tak puas hati. Tapi yang tak bestnya...bila balik tu sorang je yang takut (Jannah). Dina ngan 'Abid relax je. Siap minta nak pakai ada la...Safwan? Yang tu jangan cakap...langsung takde rasa apa lagi (kena tunggu besar sikit baru boleh acah dia).



Takpe2...bulan 9 ni Abang Ejam balik....leh try kat Ryan dulu. Bulan 12 lak Abang Nasir balik...try lak kat Ain, Syahmi, Wafi...Kakak2 iparku dan abang2 kandungku...rahsiakan misi ini

Benda terakhir lak dibeli adalah benda di bawah. Tak pakai2 pon sampai sudah...sendat je kat badan. Tag harga pon tak buang lagi. Ntah camna leh terminat kat baju tu ntah...buat menari salsa boleh la...



Yang lain2 tu biasa la...brooch. Buat orang2 rumah..cewah!

Lepas gi meronggeng kat Padang Besar, gi bergambar kat Ladang Anggur n Signboard Timah Tasoh. OTW tu lalu kat tempat apakenamenyetah...ada burung2 unta kat situ...Misi sepanjang perjalanan balik tu ada bergambar je.


Geng Meronggeng & Bergambar (YAT, WONN, SHIE)




Model Signboard


Part Time Job :Petik Anggur


Mungkin Yat tengah bermonolog "gini ghupenye pokok anggur"


Anggur


Burung Unta

SANGAT ENJOY!

2 comments:

Aishah said...

Misi hang ni boleh bagi hang nama baru..gerenti budak 3 org tu panggil "Makcik Scary"......hehehe

Teruterubozu Anamae said...

hahah..makcik scray pon makcik scary la..