Friday, July 31, 2009

Masliana' engangement

Her ceremony was on 25th July
Simple but...nice




Her lovely anthenna



Monday, July 27, 2009

Virus H1N1

Sekarang ni virus ni dah merebak di serata alam
Satu per satu sekolah dan IPT yang terpaksa ditutup
Pelajar dikuarantin sekurang2nya satu minggu di rumah
saya rela dikuarantin tetapi taknak la jadi pembawa virus ni

Pagi tadi PK HEM bercakap panjang pasal virus ni
Kalau la saya dalam proses temuduga, tak payah dah study
Penuh segala info...sampai meleret2...muka bosan jerk....

Dan pagi tadi...
Ketika di selekoh kat JPS tu
Tiba2 je tangan kanan mengebas
Sampai 1 hari sakit kebas tu
Terpikir gak...adakah simptom H1N1
GILA KA APA???

Tapi..sebelum kelas ICTL
Takde lak rasa kebas tu dah
Langsung terlupa pasal tangan yang kebas
Tapi perut lak sakit memulas2
........
........



agak2 napa ek??simptom apakah ini?
yang pasti bukan la H1N1...
dan harap2 dijauhkan la dari virus durjana tu

benCinta

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku

Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci… Kamu
Ku cinta… Kamu







.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
.........
........
.......
......
.....
....
...
..
.









my dream...but it will never ever become a reality


(bercinta by faizal tahir)
febret song since bintang popular 2008 and sang by akim af7 at final af...

Monday, July 20, 2009

Kenangan Terindah

Semalam gi Pertandingan Senamrobik MSSD Kerian kat SK Wawasan. Jumpa ngan geng2 cikgu senior SMKSK yang best2 masa praktikum dulu.Waaaa....rindunya kenangan yang lepas...Kene marah ngan pensyarah, kena mengadap pengetua, kena buli, majuk2 ngan hosmet, umah kene pecah, kena pindah berkali2....dan yang paling best sekali gi kursus a.k.a camping bawah Unit Kaunseling. Sangat la siok!! Tambah2 lak saya baru balik dari Kursus Kepimpinan Pengawas dan Ketua Tingkatan kat Langkawi. Jadinya...secara tak langsung, saya menjadi pemerhati dan membuat comparison....Dan dengan itu, jauh dalam lubuk hati ni mengatakan RINDUNYA KAT SMKSK.

Setiap kali camping, budak2 Kembara yang masak sendiri dengan bimbingan Cikgu Azman (abuya). 1st camping kat Ulu Kenas (Kursus Kepimpinan Pengawas) rasa macam pelik. Then, kem seterusnya dah tak betah n boleh bawak diri...juga menjadikan ruang dapor Kelab Kembara itew kami yang punyer


Membuat donut di Sedim (Kem PRS)...gebu donutnyer..
Masa ni x comot lagi, 10 minit pastu ilang la keayuan

Kenangan terindah...tu yang pasti. Biarpon ke mana haluan kita...kita tetap kawan. We shared everything and hope this friendship will never end.


Wonn, Kak Ana and Aiyah at Ulu Kenas


Hafiz and Zana...Kursus Kepimpinan kat skool


Kechique and Wonn...farewell party organized by 1RKS


Kang, Along, Syar and Hafiz..Sukan Sekolah


We're happy


See....baju pon dah nak dekat sama.


LepaKing at Bilik Kaunseling...


bersama Mat (kawan angkat kami) dan Hafiz (kawan karib Mat)


Kami The Gang

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu

Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku

Meninggalkan jejak hidupku

Yang telah terukir abadi

Sebagai kenangan yang terindah

Sunday, July 19, 2009

Pic for Majalah Sekolah

Sesi bergambar untuk Majalah SERAIAN 2009
----------------------------------------------------

Kelab Bola Jaring


Kelas 4 Cemerlang


****Harus cikgu matured lagi ni****

Yup...saya harus membesar dengan sehat supaya dapat dibezakan antara cekgu dan pelajar

Sebelum ni xde la rasa obvious sangat perasaan tu
Bukan xde orang cakap...ada je..

Tapi bila dapat tengok gambar sekolah ni...IT'S A MUST!
Tak boleh selekeh2 lagik
Harus tambah berat badan
tapi camne...? dah 5 tahun mencuba neh


Saturday, July 18, 2009

15 tanda kematian mulia

Copy paste dari artikel Harian Metro

KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.


Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.


Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.'

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.


Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Anak Sedara 2009

Hehehe...saya baru je sampai rumah sejam tadi, tapi sudah pon online...Baju2 kotor sudah masuk dalam mesin basuh, solat dah jamak kat RnR Gurun, barang2 semua dah kemas2 termasuk la yang dipesan kawan2 dah pon diasingkan...tinggal nak mandi je sekarang ni.

Tadi dapat msg fb dari Kak Aishah minta uploadkan gambar Najwan...sebelum tu mak cakap yang hari ni besday Ain..Selasa lepas (14hb) lak besday Yana...so, this entry was dedicated to them...hehehe, macam best jerk...sebenarnya alasan je ni sebab tak membeli hadiah mahupon kek.


Gambar versi nakal yang dicuri dari fb maknyer


Alalala....comel la sangat kunun
gambar tahun lepas masa kenduri kawen kak dilah



Yana...adik bongsu yang besar

~~~saya tau saya lagi cumil dari dia..hehehhe
~~~

Sempena besday anak sedara and mak sedaranya, terus je rasa nak upload gambar2 anak sedara 2009. Bertambahnya bilangan ahli keluarga tahun ni...4 orang junior baru...3 lelaki dan 1 perempuan.

Dimulakan dengan Mohamad Safwan Bin Zabidi (Parit Buntar mari) yang lahir pada 13 Februari, product from my sis Haza n Abang Bidi. Suka menjerir dak kecique ni...matanya bulat...geram jer tengok



Seterusnya pula Aina Adriana Bt Ahmad Nasir pada 1 April, produk abang sulung saya Abang Nasir and Kak Aishah...Kuching mari...yang menyebabkan saya ditinggalkan mak abah selama 2 minggu dan kena tapau lauk kantin masa ni..sedih oooo



Pastu lak muncul produk luar negara buatan Malaysia, Ahmad Kaer Raimy Bin Ahmad Nezam...putera ke-2 Abang Ejam and Kak Ina...lahir 9 Mei mujur mak abah tak gi menjenguk cucu yang ni...kalau tak mau 2 bulan saya kena tinggal



And last but not least..Mohamad Najwan Bin Hafizuddin, putera sulung Kak Dilah dan Abang Hafiz...yang baru berusia tiga minggu ketika entry ini ditulis, lahir 26 Jun yang lepas di Kuantan, Pahang.



Keliru seh...kadang2 silap panggil nama. Najwan gi panggil Safwan...bila Safwan datang umah, gi panggil Najwan...


Pesanan dari makcik yang garang ini kepada kesebelasan anak sedara termasuk yang baru ini:
1) Bersedia la...HAHAHAHA
2) Jangan lawan cakap,semoga tidak mudah terpengaruh dengan budaya negatif dan membesar la sebagai anak yang berguna, beriman...yang terbaik la senang cakap

p/s : masih lagi menunggu kepulangan keluarga dari Kuching dan NZ

Thursday, July 16, 2009

Langkawi Lagi...

Jap gi nak gi Langkawi lagi
Kali ni bawa students untuk Kursus Kepimpinan
Jenjalan ngan students lak....

Betul kata Aizat...kalau jadi cikgu..pegi Langkawi je la
Kalau join Hai-O boleh gi London, Paris..kan Aizat?
Takpe...yang penting saya suke tempat itu

Sekarang pukul 7.00 pagi
Kalau ikut rutin harian...sekarang ni patutnya dah ada kat Sg Bogak
Kalau ikut rutin harian...sekarang ni tengah concentrate memandu
Kalau ikut rutin harian...10 minit lagi sampai la kat sekolah
Tapi tu kalau ikut rutin harian la...

Hari ni tak ikut rutin harian
Best je rasa bila dapat keluar dari kebiasaan
Macam zaman2 belajar dedulu
Kuliah kul 8...sempat lagi bertenet , skodeng lori sampah
Kuliah lewat lak...sambung balik tido atau baru nak tido
Rindunya masa belajar dulu macam lama je tinggalkan zaman belajar...ceh!

So rite now...i'm prepare myself for the trip
LANGKAWI...HERE I'M COME!!!!


Gambar kat Langkawi cuti lepas

Monday, July 13, 2009

Anjakan Paradigma

Eleh! Anjakan Paradigma la sangat! Baru tukar layout sikit dah dikira totally berubah ke Wonn??

Malam ni buang masa jenguk2 blog baju2, handbag2, shawl2 yang cantek menarik memang da boom. Layout deme sangat la comel! Tu yang rasa nak tukar layout gak...

So cane?? Berubah sikit la dari sebelum ni kan.. Tapi rasanya macam serabut sikit kot...takpe la...sementara nak dapat yang baru. Kali ni nak kurangkan kaler pink2 tu...nak tukar imej..agak keperempuanan sangat la sebelum ni.

Update: Tak boleh terima perubahan kaler..mesti mau pink jugak...tukar layout lagi pada 15hb Julai

Thursday, July 9, 2009

Menang??? Impossible...

Sapa yang menang? Apa yang impossible??

Itu la realitinya. Sapa nak percaya kalau team bola jaring SMKBS boleh jadi johan. Tapi itulah yang terjadi bila team yang dihantar menyertai pertandingan bola jaring 3 on 3 kat SK Bukit Merah pada 30hb yang dah lama lepas tu muncul johan daerah dan 2 orang pemain diserap masuk team daerah yang lawan negeri pada 3-4hb Julai..

Baik pengadil, mahupon guru pengiring pon macam kurang percaya. Saya je yang tak percaya sebenarnya..Kak Ilah dan Kak Cah mungkin boleh terima kenyataan tu..ngeheheh.

Lebih senang mengendalikan team yang kecik (3 orang) berbanding team besar (10 orang). Persefahaman dan teamwork senang dibuat.

Gambar2 semasa sesi penyampaian di kawasan yang kelihatan seperti diadakan di tempat yang agak misteri








Ceritera Perlis

Sekembalinya ke Tanah Besar (kan ke cite sebelum ni kat Pulau Langkawi), kami bermalam kat umah Shie kat Simpang Empat, Perlis. Kampung hapa tak hengat plak. Ngantuk+letih dengan aktiviti mengemas barang sebelum balik. Terlampau banyak sangat barang baru yang kena packed. Malam tu budget2 nak sembang lama tapi masing2 terbongkang lena kat ruang tamu.

Esoknya, kengkonon nak klua pagi sikit g jenjalan kat Padang Besar. Kesudahannya nak dekat tengahari jugak baru klua..Sampai kat Padang Besar kul 12 lebih. Memula masuk bazarnya tu macam excited tengok brooch, handbag, blaus..dasar perempuan!

Bende pertama yang saya beli adalah objek di bawah...sebagai seorang auntie yang baik teramat la sangat ni, benda itu harus dibeli. Selagi tak nanges...selagi tu tak puas hati. Tapi yang tak bestnya...bila balik tu sorang je yang takut (Jannah). Dina ngan 'Abid relax je. Siap minta nak pakai ada la...Safwan? Yang tu jangan cakap...langsung takde rasa apa lagi (kena tunggu besar sikit baru boleh acah dia).



Takpe2...bulan 9 ni Abang Ejam balik....leh try kat Ryan dulu. Bulan 12 lak Abang Nasir balik...try lak kat Ain, Syahmi, Wafi...Kakak2 iparku dan abang2 kandungku...rahsiakan misi ini

Benda terakhir lak dibeli adalah benda di bawah. Tak pakai2 pon sampai sudah...sendat je kat badan. Tag harga pon tak buang lagi. Ntah camna leh terminat kat baju tu ntah...buat menari salsa boleh la...



Yang lain2 tu biasa la...brooch. Buat orang2 rumah..cewah!

Lepas gi meronggeng kat Padang Besar, gi bergambar kat Ladang Anggur n Signboard Timah Tasoh. OTW tu lalu kat tempat apakenamenyetah...ada burung2 unta kat situ...Misi sepanjang perjalanan balik tu ada bergambar je.


Geng Meronggeng & Bergambar (YAT, WONN, SHIE)




Model Signboard


Part Time Job :Petik Anggur


Mungkin Yat tengah bermonolog "gini ghupenye pokok anggur"


Anggur


Burung Unta

SANGAT ENJOY!

Wednesday, July 8, 2009

Langkawi Trip last school holidae

Bapak lama cerita ni disimpan, ni pon dikorek2, diadun2 dan diringkas2 sebab ghairah nak gi Langkawi lagi...Cerita cuti sekolah, 1-3hb Jun yang dah lama berlalu...
-------------------------------------------------------------------------

SANGAT BEST! SERIUS!!!

Biarpon sebenarnya pegi untuk berkursus...Kursus JSU untuk guru2 ICT Perak

Yang paling2 best apabila sesi Island Hopping. Naik bot keliling pulau...memula singgah kat Pulau Beras Basah, pastu gi tengok eagle feeding kat Pulau Singa Besar dan last sekali gi berendam dan fish spa sekejap kat Tasik Dayang Bunting. Bila lagi nak dapat peluangkan...? Kalau gi sendiri belum tentu lagi akan wat Island Hopping ni. Misi akan datang nak naik cable car plak...hahaha




Masa atas bot tu agak menakutkan sikit...terutama bila part Yat terlepas cakap. Dia cakap "Melampau dah ni" bila bot dilambung ombak berkali2. Lepas je sebut ayat tu, makin besar ombaknya...mungkin jugak sebab kami dah di tengah laut tapi sangat2 la menakutkan melihat ombak yang mengganas. Sampai bot tu buat lap seh...harus terbalik bot kalau pemandu tak kawal bot dengan baik.Ngeri2...mujur gak Yat cepat sedar dan tarik balik kata2 tu.Alhamdulillah, takde apa yang berlaku semasa perjalanan pegi dan balik. Dan kami sangat enjoy!



Pasir kat Pantai Beras Basah yang macam tepung..sangat la halus

Sampai sudah...besh2...Kak Aisyah musti jeles ni

Ni la bukit yang dikatakan dayang bunting tu...
Ada shape muka, dada, perut...sebenarnya ada gak shape kakinya...dalam keadaan terbaring, terkangkang

Shopping??? Tak lengkap la kalau gi Langkawi kalau tak shopping pinggan mangkuk, periuk belanga, coklat dan lain2...rasa macam best je pilih2 dan letak dalam bakul. Tapi lagi best bila nak bayar tu..boleh pucat muka...hehehe...Yat memang shopping sakan kat Langkawi, macam2 dia borong...Saya masih lagi dapat mengawal nafsu sebabnya...nanti susah nak mengangkut sorang2..tu jer..kalau tak, harus sampai kena jinjit2 gak

Kalau ikutkan perancangan, next week saya akan ke Langkawi lagi. Kengkawan cekgu baru satu skool yang lain jeles jerk...Ingat saya pegi free lagi ke?? Kali ni bayar sendiri tau! Nak beli coklat banyak2 lagi..n nak beli arcopal kat mak, ganti yang bagi pecah dulu2 tu..hehehe...simpan duit bulan ni...sanggup menyimpan hasrat nak beli baju...

p/s : ada lagi sambungan cerita ni...jenjalan kat Perlis lak..will be update in the next post

Perginya nset oren

Alkisahnya..last week saya amek cuti rehat hari Jumaat, 3hb. Nak g KL, amek kakak n berpoya2 dengan mak abah kat KL. Bertolak dari PB petang Khamis, lepas balik dari sekolah dan bertolak balik hari Jumaat petang selepas solat Jumaat. Sesampai2 je kat umah dalam kol 11 pm, nampak Kak Faridah dan anak2nya kelam-kabut, dengan muka yang agak surprise menuju ke rumah...Mesti ada sesuatu!

Yess!!! Betul jangkaan!

Rumah saya kena pecah orang!


Kelam-kelibut jugak la memeriksa barang-barang. Yang dapat dikesan cuma kehilangan nset Sony Ericson yang menjadi jam loceng saya setiap pagi. Biarpun cuma nset sahaja, tapi cukup membuatkan diri berdebar...takut...tidak seronok...dan ntah....rasa separuh nyawa macam nak melayang.

Dalam sedih, dalam debaran tapi terselit senyuman. Berdebar memikirkan peralatan lain yang turut ditinggalkan...tapi alhamdulillah masih selamat di tempatnya. Pencuri itu membuka semua almari dan laci2...tapi memandangkan kami bukan la keluarga berada yang ada emas sekepuk, duit segantang di dalam almari...takde apa la sangat yang dia dapat. Yang paling banyak kat umah cuma baju2, kopiah2, tasbih, kitab2, buku2 dan majalah, pen2 souvenir, key-chain...kiranya sume tu apa la sangatkan...

Selepas hampir dua bulan tidak berlaku apa2 kes kerana "suspek" sudah ditahan, kini tido tidak lagi lena.

WAAAAA....TAK SUKE! TAK SUKE! TAK SUKE!



*****************************************


Malam tadi lak ketika saatnya saya sedang khusyuk membuka resit menulis nama2 pelajar saya yang telah membayar yuran..saya dikejutkan dengan bunyi telefon abah. Pemanggilnya jiran saya...Cik Din..Menggeletar kaki badan apabila dia memberitahu yang seseorang berada di luar rumahnya dan cuba untuk masuk. Dah la plak tu...pukul 2.20 pagi...kami satu rumah berjaga dan mula membuat panggilan telefon kepada jiran2 setaman yang lain. Abah dah berkali2 dilarang daripada keluar...kudrat abah tak seberapa dah, mana mungkin dapat melawan orang muda dan lagi pula keadaan cerah kat luar tu boleh menyebabkan misi gagal. Dail punya dail., cuma dpaat 2-3 orang je.Ada yang tidak berangkat (almaklum la...dah pukul berapakan...), yang tiada dalam perkhidmatan...dan macam2 lagi. Terkenang nset oren tu...dah la diregister Rakan Cop guna no maxis tu. And at last, saya terus dail 999...amek risiko..sebab saya pasti yang saya tak buat panggilan palsu...

Dalam kol 2.45, Cik Din kol bagitau yang mamat tu dah blah sebab dah sedar dirinya diperhatikan...dah tu lak polis balai PB kol tanya perkembangan dan bagitau yang polis dah dihantar...Malam2 seterusnya ni tak tau la apa nak berlaku...makin tak tido lena la...tido kul 4 pagi, dan bangun semula kol 6 pagi...pegi sekolah dengan mata panda

Dasar tak reti insaf betul la mamat tu.. berpuluh2 kali klua masuk jail pon tak jadi apa lagi. Kalau la saya ni tak beriman, mau saja saya santau mamat tu sampai dia kurus kering, muntah darah, hidup terseksa sebab menyeksa orang lain...Mujur saya masih ingat lagi yang saya ni cuma hamba Allah yang lemah, yang tidak boleh menghukum orang lain..Biar dia terima balasan dia daripada-Nya nanti

p/s : teringat tragedi rumah sewa kat sek Seri Kurau kena pecah tahun lepas

Kenapa ek...

Bila rajin tu selalu je nak post kat blog tapi xde cite...

Bila ada cerita plak...selalunya tak rajin...

Huhuhu....

p/s : byk cite ni..