Wednesday, November 5, 2008

Anggap ia sudah selesai

Interview PPP berjalan dengan lancar.
Tak seteruk interview GST dulu.
Cuma...agak konfius dan terasa birokrasi.
Seperti biasa...UPSI dipandang sebelah mata.
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) seperti tak bernilai.
Bukan kali pertama...kerap kali...acapkali...selalu...always..and a must!
Kat mana2 pon sama...Memandang rendah...Entah la...
Mungkin nama institusi dan nilai ijazah lebih penting daripada PNGK

Berbalik kepada interview.
Antara soalan yang ditanya:
1) Terangkan tentang diri
2) Kelebihan diri
3) Keutamaan antara guru dan pensyarah
4) Perbezaan IT dan ICT
5) Pembelajaran e-learning
6) Keperluan pembelajaran e-learning
7) Perbezaan Sek Men Teknik, Kolej Komuniti, dan Politeknik.
8) Kelebihan subjek teknikal
9) Terangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
10) Bagaimana nak bina laman web
dan beberapa soalan yang dah lupa.....

Ada rezeki...bergelar la pensyarah
Kalau takde, it's oke...cikgu pun mencabar jugak
................................................
................................................

'Play safe' ke datang interview biarpun sudah diberi penempatan GST???
Perlu merebut setiap peluang yang ada
Telah berusaha kerana rezeki tak datang bergolek

Tawakal dan Redha
aiman tak kesah.....

p/s : Napa la skema sangat bahasa dalam entry ni. Ini la penangan interview yang tak hilang lagi dan badan yang masih letih..Apa2 pon.....
  • Tahniah atas kejayaan mengingati kesemua nama menteri dan kementerian yang terlibat. Bukan senang nak hafal tu!
  • Seronok dengan interview kali ini kerana lebih bersemangat, berkeyakinan dan...ada cermin besar di belakang penemuduga yangs secara tak langsung, membantu menaikkan keyakinan

2 comments:

Anonymous said...

Amin...InsyaAllah...ada rezeki.

Teruterubozu Anamae said...

huhuh...xtau nak kate apa.ada pon xpe, xde pon kira xde hal la...
hahhaha