Tuesday, May 13, 2008

My ENIGMA EXPLORACE experience

Ahad, 4 Mac 2007…huhuhu…joint Explorace Enigma. First time masuk, excited sangat. Biorpun Ahad malam tu ader test Biologi. Memula rasa tak nak..takut malam kang ngantuk n sakit2 badan time nak jwb test…so, terpaksa la study bio awal2 lagi sebab takut tak sempat study hari ahad tuh.Huhuhu…persediaan jangka masa panjang perlu gak beb..

Xplorace ni kene msuk 4 org..2 laki 2 prmpuan sebab akan ada 2 team utk 1 group. So, team A: aku ngan Zul, team B lak Pian ngan Shie. Nama group BOOMAQ (ntah la menatang pe nih)… kengkononnye kitorg ni wakil KLK la. CEH!!! Tak seswai…tapi aku rasa lebih kepada mewakili bebudak IT la kengkonon.. (biorpun tidak diiktiraf).






















Selepas subuh yang dingin tu…aku pon start berjalan gi umah ana….pinjam sport shoes, stoking, btl air…dah la baju-t merah tu pon pinjam baju Hana (sbb aku dh bw balik PB separuh t-shirt aku kat sini). Dah get ready sume, tunggu Shie lak…motor pinjam kitorg buat hal…tak nak start la plak pagi2 ni…dah elok2 boleh start, kitorg pon merempit gi KZ…huhu…sejuk siot…rasa macam nak terlepas je motor tu…gigil2 masa bawa. Yang hampehnya…penat2 merempit pagi2 yang dingin tu…Zul n Pian rupanya kat umah lagi. Pukul 7.40 dah terpacak kat situ…tapi bendenye start pkl 9.30….wawawa…tension!! kalau tau camtu baik aku bangun lambat je…dah la tido pon lambat, kene bangun awal lak…pastu takde bende! Lepas daftar sume, diorang suh makan…diorang bagi nasi lemak, air teh…telan je la...pastu baru start game. Diorang just sediakan RM5 n 1 botol air untuk bekalan dunia akhirat. Bende2 yang kitorg kene buat untuk Team A:

1) Potong huruf n lekat kat kertas coklat membentuk ayat “Mahasiswa Proaktif Pemangkin Kebitaraan” kat court bola tampar.


2) Pastu…ukur parameter netball court kat sebelah court bola tampar tu guna pembaris 15cm n convert kepada ukuran kaki. Ukur punya ukur sekali salah…kena ukur kali kedua lak…masa tgh2 kira…ada team satu lagi yang cuba berkongsi ukuran dengan kitorg tanya kawan dia bape parameter….n kitorg main amek je parameter tu..kalo tak, tak boleh gi ke task seterusnya….jahat2…


3) Pastu…tendang bola bagi kene tiang gol kat court futsal. 5 kali percubaan kalau tak dapat kene penalti 10 minit. Mujur Zul tendang sekali je dah kene. Hebat ar Zul ni (pujik2...hehhehe)


4) Pastu…kene isi air kat dalam bakul menggunakan tangan as a mangkuk…kene lari ulang-alik sampai botol penuh.wa…aku dah semput!


5) Pastu…lari naik ke airport n amek bas g kampus dengan Team B..n alhamdulillah Team B dah ada kat situ n tengah tunggu kitorang…n elok2 kitorang naik, bas pon jalan pastu…mueheheh


6) Pastu…sampai je kampus, amek task kat Pos Pengawal kat Pintu Timur n bergerak ke dinding rock climbing kat padang…


7) Kat sini, Zul la yg kene panjat….huhuhu…takkan la aku lak nak panjat bende alah tu…panjat rock climbing tu n amek kertas yang ada logo Enigma. 2 kali panjat kat papan A, pastu pegi papan B lak…last sekali kene naik ikut tangga, then turun ikut tali….


8) Task seterusnya kene gi Bitarasiswa, cari task kat situ…diorg letak kat ATM.


9) Dalam task tu, diorg suh dptkn duit syiling hijau dalam kolam Bitara tepi kafe tu…again….Zul yang kene masuk..hahhaha


10) Next, dapatkan task kat petugas n cari bangunan bentuk T….wa…satu UPSI kitorang pusing cari bangunan bentuk T. Rupanya kat KDP…rasa macam nak terus balik umah je dah alang2 kat KDP.


11) Kat KDP, kene cari nombor bilik 2 pensyarah yang diberikan.pe ntah nama dia…


12) Pastu kene gi kat tepi lab Network n jawab 5 soklan uji minda dalam masa 20 minit.wa…ni yang aku lemah…2 je betul..then kene penalti 6 minit..n dapat 1 lagi botol air


13) Dah habis ni, kene balik semula ke pintu timur n amek task seterusnya kat situ…wawawa….penatnyer…sapa la punye idea suh pi pintu timur ni


14) Kene gi pekan ikut pintu selatan n naik flyover …gile ar…tengah2 panas rembang tu nak naik flyover…


15) Sampai pekan kene gi kat pondok polis kat stesen bas…amek task kat situ.


16) Pastu gi stesen bas, jumpe petugas.


17) Dia suh tangkap gambar…


18) Pas settle tangkap 2 gambar yang die suh…kene translate tulisan cina n tamil lak…n serahkan kat petugas yang lain. Kat sini sangkut kat satu tulisan cina…tapi settle pastu.


19) Pastu…kene gi pasar beli kelapa yang dah dikopek untuk dibawa balik ke KZ. Tapi kelapa tu diorang dah bayar siap2…amek je la.


20) Pastu lak kene tunggu team B n balik ke KZ naik bas Mogah. Pukul 12 lebih kitorg start tunggu, sampai kul 2…bas Mogah taknak jalan n bawa kitorang gi balik Proton. Buang masa dah kat sini, semua peserta lak tu…ini boleh menyebabkan kemarahan. Then petugas dapat arahan untuk lepaskan kitorang naik pa pe je untuk balik Proton. Kelam kabut lari amek teksi…dengan teksi2 sekali berlumba kat jalan raya sebab nak hantar kitorang dengan kadar yg paling cepat.. time ni la gak kitorang hasut uncle tekse tu amek jalan short-cut n bawa laju2..n uncle tu pon sporting gile….naik teksi Waja lagi tu…diorang yang lain naik teksi cabuk je…muehehehhe


21) Pastu…kt KZ kene lari gi kafe n dapatkan task. Task kat sini suh pecahkan kelapa n parut kelapa tu sampai licin pakai garfu. Tapi aku n zul gi pinjam pisau daging n pemotong pe ntah kat Mak Teh n keluarkan isi kelapa tu kat dapor Mak Teh…muehehehe…punye la korek 2 tempurung, tapi dia nak 1 je. Hampesh!! Tangan2 habs luka kene cucuk ngan garfu..


22) Task seterusnya, kene asingkan beras putih n hitam…wa…tak berkelip mata masa nak asingkan tu…kalau ada sapa2 gatal nak bergurau masa tu, mesti dah kene sepak dah ngan aku masa tu.


23) Pastu…kene gi kat KZD n buat roti!!! Tepi umah aku dulu…mueheheh…teringat masa dok kolej dulu…selalu je skodeng orang…Hm…kene buat roti dengan setengah kilo tepung, air n garam…tgk Zul uli pon aku dah geli..dah tu kene lilit kat ranting sebanyak 3 lilitan n bakar….dah tu kene makan sampai habis n minum air kopi yang takde gula n penuh dengan serbuk kopi…huhu..sabar je la labu...


24) Last sekali kene cari last checkpoint n tunggu Team B untuk serahkan barang2 pada petugas….kat sini la kitorang stuck sebab tunggu Team B. Kitorang dapat nombor 6…mujur la jugak hampernye besar…rasa puas la gak biorpun penat nak mampus.


Apa yang aku dapat dari program ni??? Huhu…dapat pengalaman n belaja banyak perkara. Dalam banyak2 task tadi, yang betul2 mencabar iman aku: task yg suh asingkan beras putih n beras hitam…kat sini aku belaja supaya jangan mengalah…masa ni memang aku rasa macam nak quit je…berpinar mata tgk beras tu. Nak asingkan je dah amek masa 20 minit. Memang la kejenyer duduk je…tapi tangan kene cepat2 asingkan beras tu macam operator kilang yang jaga line tu (huhu…mak abah aku xkasi keje part time kat kilang masa cuti sem…tapi aku dah rasa beban time ni). Pikirkan kengkawan satu team punya pasal, aku kuatkan semangat. Huhuhu...macam dulu...kene kuatkan semangat n buat perancangan untuk sume perkara. Bertahan-bertahan-bertahan…!!


Task yg paling seksa sekali masa buat kene makan roti bakar tu...kembang tekak aku bila ingat balik camne zul uli tepung tu...yark!!!!!














SoOoO Excited













Shie












Zulfadli yang selalu menimbulkan kemarahan aku













Pian yang kadang2 poyo

0 comments: