Tuesday, May 13, 2008

At last....

Praktikum dah habis...alhamdulillah, dah tak perlu serabut kepala dengan lesson plan setiap malam... tak perlu serabut dengan kerenah cikgu-cikgu "senior" tu...tak perlu serabut dengan kerenah students...tak perlu study dan pikir camne nak deliver kat students...boleh la rehat2 otak dulu sebelum serabut dengan bende laen plak pasni.

Hmmmm, apa2 hal pon...best sebenarnya praktikum ni biorpun banyak benor cabarannya. sebelum ni..."mampu ke aku jadi cikgu yg baik", "paham ke students aku ni nanti?", "camne la nak join cikgu2 yg laen..."...Ye la, masa buat ROS, apa la sangat yg aku buat kat sekolah tu dalam masa dua minggu. Jangan kata students, cikgu2 pon tak sedar kewujudan cikgu-cikgu ROS. Tapi, alhamdulillah...camne sukar pon...tempoh 15 minggu berjaya gak dihabiskan biarpon kadang2 tu rasa cam nak jerit kat padang sekolah tu...(TENSION!!!!!). Sesuatu yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Kalau tak kerana SMK Panglima dah full, dah tentunya aku tak dapat jumpa and 1 sekolah balik dengan jiran aku, ngan cikgu febret aku...dengan orang2 besar SMK Sri Kurau (ade hikmah tu...and semua tu tak terduga sebab aku sendiri pon tak tau yang diorang ni dah naik pangkat and ngajar situ..hihi), dan kerana tu jugak takde la aku jumpa kawan2 yang sekepala, best n ade angin.hahhaha...

Sepanjang tempoh praktikum, 3 umah dah aku sewa. Start dari rumah arwah Mak Lang (hanya sempat letak barang tak sampai tiga hari je pon...), lepas tu pindah ke rumah sewa Pak Long kat depan SMK Sri Kurau (sebulan je...pindah sebab umah kene pecah ikut pintu belakang...ngeri seh!), and last sekali kuarters SM Teknik Kerian (yang penuh dengan cerita menakutkan dan menyeramkan...Alhamdulillah, mujur tak kena kacau). Antara rumah Pak Long ngan kuarters sekolah teknik...hmmmm, kuarters sekolah teknik la yang best sikit biorpun jauh nak kene menapak...tapi takpe sebab sewa dia cuma RM20 sebulan (so...sorang cuma RM5 jerk!!) n keselamatan agak terjamin sikit. Rumah sewa Pak Long pon best gak tapi panasnye di siang hari...hanya Allah je yang tau, macam tido dalam microwave! Panas berbahang2...atap zink la katakan. Tapi kalau malam, sejuk...tido tak payah berkipas...mandi pon best sebab air dia macam air perigi. Memang fresh betulla...tapi tu la..setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Kalau tak kerana rumah kene pecah, takde la kami ni jadi manusia yang alert, yang berjaga-jaga setiap masa. Tak gitu...

Students aku...kelas 4CT (untuk ICT), 4C2 (untuk Science), 2RKA1+2RKA2 n 1RKS untuk ICTL agak menggugat keimanan gak kengkadang. Dengan yang suka membelek baju, brooch, isi kandungan handbag, nak tengok videoklip itu ini...yang sengaja tak nak buat homework, yang memang tunggu jawapan, yang tak habes2 berkepit dengan cermin, dengan AJK Tandasnye....macam2 ragam. Paling menakutkan bila nak masuk kelas 4CT...Tajol ngan Iskandar, 2 students yang selalu amek port di depan sekali...suka bergaduh mulut berdua...suka bertanya itu ini....suka membelek! Sampaikan berapa kali aku pakai baju kurung corak itu ini pon diorang tau....tu belum kira yang diorang kutuk2 tulisan aku kat whiteboard, yang diorang berbisik2 berdua. Paling mencabar minda bila budak2 ni tanya "Sebetul2nya...seikhlas2nya...cikgu suka tak kat cikgu XXX". Hohoho, sangat mencabar soalan tu...kalah soalan Sejarah SPM!

Students yang laen dengan kerenah yang laen plak. Paling serabut sekali melayan pe'el kelas 1RKS...dengan bisingnye (kanak2 la katakan...), dengan terjerit2 mengadu itu ini (yang tak tahannye tu lelaki!), siap ada minta nak jadik adik ipar bila aku melaram lebih sikit...hadui la...budak2....

Tapi dengan kerenah yang macam2 ni la aku belajar banyak benda... Kalau dulu view aku just sebagai student...tak nampak banyak benda...tak berkembang sangat minda ni, tapi bila dah jadi cikgu...aku nampak pandangan dari dua sudut...sudut student and sudut guru. Pandangan student yang sentiasa berusaha nak selamatkan diri, dan pandangan guru yang sentiasa memerhatikan tingkahlaku, perkembangan dan perubahan students. Sekarang baru la aku tau camne la cikgu2 aku dulu tau yang student meniru, pe'el student dan pengawas yang keluar-masuk bilik guru (iyo la...tempat cikgu2 praktikum kat belakang sekali....meja panjang plak tu...jenuh berangkut buku pi balik sekolah...). Dan yang paling penting, gaya student bila dia minat cikgu...dan gaya cikgu bila minat student. Lawak sebenornye...tapi itu la realiti...kenangan terindah yang pernah aku tempuh...secara tak langsung mengingatkan aku zaman jahiliah aku kat sekolah dulu..hakhakhak!!! Malu seh.....

15 minggu kat situ, 4 aktiviti terbesar yang pernah aku join. TQ kepada kaunselor sekolah SMK Sri Kurau sebab percayakan aku. Heheheh...
Memula, 3 hari 2 malam ~ Kem Kepimpinan Pengawas kat Ulu Kenas, Kuala Kangsar (agak seronok sebab banyak diberi kepercayaan tapi bosan seh tengok pengawas yang kerek n budget bagus ni)...
Pastu kem 2 hari 1 malam ~ Kem Kepimpinan Pemimpin Sekolah kat sekolah jer (tak banyak keje sangat...duduk kat Bilik Guru Kanan buat sijil, handle riadah, bagi budak2 tu makan..),
Pastu kem 3 hari 2 malam kat Sedim Eco Theme Park and Resort, Kulim...Kursus Asas PRS (paling best n paling enjoy!!!)..
Last sekali Perkhemahan Persatuan kat Bendang Man, Sik...3 hari 2 malam

Kak Ana, Cikgu Azaman Najah, Cikgu Azman Hassan, Cikgu Azman Hussin, Cikgu Faisal...n teman2 praktikum yang havoc n sporting....Aiyah, Zana, Along, Hafiz, Tan and Fiza...seronok dapat kenal n bergabung tenaga buat bende2 best kat sekolah tu...hehehhe...rindu korang!!

Sekarang ni...aku sedang mengira hari, mengira detik untuk menunaikan tanggungjawab aku yang terakhir sebagai student UPSI sebelum aku berkonvo bulan 8 ni, sebelum aku dihantar mengadap kerenah student, guru dan pentadbir yang lain plak...wish me luck...wish me all the best! Alamak...terlebih sudaaaa

1 comments:

Anonymous said...

Welcome aboard!K Aishah dah pindah pi wordpress...tapi fret not,i have imported my previous posts from blogspot to wordpress.Nothing missing la kiranya :-)