Tuesday, August 25, 2009

4 Ramadhan

Waa...sudah 4 hari tak masuk blog
Badan agak tidak sehat...
Cuaca pon tak berapa...asyik ujan je
Tapi syukur la ujan...tak la terik sangat tekak ni kehausan

2 hari lepas Jannah masuk wad lagi
Sebab demam....lebih dari 40 degree
Dia degil....takmo makan n minum
Alhamdulillah hari ni dah klua wad

Hari ni badan saya dah agak oke
Cuma batuk je tak abes lagi

Hari ni dah shoppig raya tau...
heheheheh
Bukan untuk saya...
Saja syok2 gi beli kasut raya 'Abid n Dina
Alang2 gaji baru masuk...

Ada ekspo kat Pusat Bandar
Ekspo Ramadhan
Boleh tahan gak la...
Jual baju2 raya....
Cantek...tapi tak tau harganya
Nanti2 je la survey

Hari ni saya masak...WALLA!!!
Ayam Goreng Berempah
Boleh tahan gak la rasanya
Tapi tak la sehebat macam kat kedai tu
Resepi curik kat blog yummylicious
Ni resepi dia....

1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
---------------------------------------
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng

Cara-cara
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

Camne rupanya???
Hahahaha....try la sendirik

0 comments: