Saturday, August 29, 2009

Seminggu sudaaaa

Hari ni dah genap seminggu berpuasa
Hari ni gak first time jejak kaki kat Pasar Ramadhan
Awalnya macam cerah je...
Tapi dekat2 kul 5 dah mula mendung
Langit tu gelapnya...awan penuh takungan air
Tunggu masa je nak turun

Tapi saya gagahkan diri gak klua
Kengkonon nak jalan2 ngan dia
Tapi sengal betul...
Kul 5.30 dia kat sana lagi
Panas hati betul!!!
Yang saya ni macam orang gila nunggu dia
Dah la ujan lebat yang amat
Sangat geram tau tak?!!

Sudahnya saya jalan sorang2
Dengan tak berpayung...jalan nonong je
Hapahakukesah. Hakuhengahgeramni

Lepas makan berbuka
maseh lagi dalam keadaan emosi yang tak stabil
Panjat penimbang berat tu
Panjat dengan rasa takut2

ALAMAK!!!
Baru seminggu berpuasa dah turun 2kg
Cane lagi 3 minggu ni????

Friday, August 28, 2009

Lapar

Laparnya la...
Rasa macam nak makan, tapi baru kul 3 pm
Tengok TV...sume rancangan masak2
Surf tenet pon tengok blog makan2...
Beshnye tengok roti2 gebu kat blog Dapur Tanpa Sempadan ngan Yummilicious tu

Bawa2 bersabar wonn....Gi wat keje tu...Next week dah sekolah

Tuesday, August 25, 2009

4 Ramadhan

Waa...sudah 4 hari tak masuk blog
Badan agak tidak sehat...
Cuaca pon tak berapa...asyik ujan je
Tapi syukur la ujan...tak la terik sangat tekak ni kehausan

2 hari lepas Jannah masuk wad lagi
Sebab demam....lebih dari 40 degree
Dia degil....takmo makan n minum
Alhamdulillah hari ni dah klua wad

Hari ni badan saya dah agak oke
Cuma batuk je tak abes lagi

Hari ni dah shoppig raya tau...
heheheheh
Bukan untuk saya...
Saja syok2 gi beli kasut raya 'Abid n Dina
Alang2 gaji baru masuk...

Ada ekspo kat Pusat Bandar
Ekspo Ramadhan
Boleh tahan gak la...
Jual baju2 raya....
Cantek...tapi tak tau harganya
Nanti2 je la survey

Hari ni saya masak...WALLA!!!
Ayam Goreng Berempah
Boleh tahan gak la rasanya
Tapi tak la sehebat macam kat kedai tu
Resepi curik kat blog yummylicious
Ni resepi dia....

1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
---------------------------------------
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng

Cara-cara
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

Camne rupanya???
Hahahaha....try la sendirik

Thursday, August 20, 2009

Penat

Letih yang amat
Semalam tido agak lewat
Dah 2 malam saya tido beralas lantai jubin jerk...
Takde bantal, takde tilam, takde selimut
Tu pon asalnya sebab nak rehatkan badan je
Dah baring...hanyut...!
Sedar2 dah kul 5.50 am
Sakit badan segala
Hukhukhuk...

Pagi ni saya gi sekolah sangat awal
Bawa keta pon laju jer...ntah apa nak kejar
Dah lepas dari Sungai Bogak baru sedar
"kenapa yang kelam-kabut sangat nak sampai hari ni???"

Sesampai je sekolah...terus masuk Bilik Disiplin
Buka buku disiplin n buka SSDM
Update data mana yang sempat hari ni
Pastu agak2 kul 8 lebih gi pejabat
Nak minta En. Mat wat surat iringan sebab nak hantar data pengurusan disiplin kat PPD
En. Mat lak MC...! aduyaiiiii
Terpaksa la wat sendirik

At last setel gak sume bende tu dalam kul 10.30 siap dengan minta pengesahan n masuk dalam sampul surat
Balik sekolah terus je gi PPD

Sekarang rasa la ringan sikit kepala ni...
Stop la kejap wat2 data disiplin
Tapi lepas cuti...ada 2 data lak nak kena hantar
Data SSDM n Data Ponteng Bulan Ogos
Blurrrrrp!

Wednesday, August 19, 2009

Shopping time

Hari ni saya bawa mak gi window shopping...
Saja je nak berjalan sebenarnya
Mak mesti bosan dok sorang kat umah je...
Perabot2 kat umah tu dah beralih tempat semuanya
Tambah2 lak hari ni abah gi Ipoh
Lagi la mak tinggal sorang
So, saya balik la awal sikit...pastu keluar ngan mak
(er..idak la awal sangat pon...dalam 2.45 baru sampai umah..sempat la tengok cite Sekar)

Mission kami dua beranak petang tadi adalah untuk menyervay kain langsir dan gi kedai Satinni
Pastu cam biasa la..masuk Billion beli barang2 keperluan
Tapi saya ada mission tambahan...nak survey n if berkenan nak beli kain ela
Nak wat baju kurung pahang lepas raya nanti

Jalan punya jalan keliling Pusat Bandar tu
Keluar masuk sume kedai kain yang ada
Akhirnya dapat la kain ela 2 pasang
Yippie!! Saya suke!!!

Langsir????
Hehehe....
Nama pon survey je kan...jadinya survey je la
Ada gak yang berkenan di hati

Opss!!
Bukan langsir raya ek...
Langsir untuk pasang dalam bilik tido jerrr
Sangat berkenan dengan langsir cotton kat Kedai Fiona
Corak bunga kecik2, tanahnya warna putih...
Tapi rajin ke nak iron2...kedut seribu lepas basuh weh....

Sekarang ni badan agak letih..
But..there are a few works to do..hukhuk
Data hapakabanda ntah nak kene hantar
Jumaat due date...esok dah kena minta signature big boss

Dan malam ni gak...FS was under maintanance
Ala....tak boleh la update countdown saya tu
2 hari tu satu penyeksaan tau!!

Tuesday, August 18, 2009

Rindunyerrr

Suasana sepi begini
Panahan rindu menusuk hati
Tak mungkin kau sedari

Lantas ku titip puisi kasih
Agar gelora tidak merintih
Sengsara pun menyisih

Dengarkanlah suara hati
Moga dikau mampu mengerti
Cinta hadir tanpa ku rasa simpati




RINDUNYA LA KAT BABY BOY SORANG NI

Dah lebih sebulan asyik dengar dia nangis
Dah lebih sebulan asyik kendung dia bagi tido
Dah lebih sebulan lampin n baju budak paling banyak kat ampaian

Ahad lepas dia dah balik ngan umi and abahnya ke Kuantan
Sunyi yang amat umah ni...(naseb baik ada TV...bising TV aje la..)
Ruang tamu pon cerah jer...takde lampin bersepah, takde katil budak, takde lagi tilam, takde lagi timbunan baju dia yang paling banyak..takde lagi boto susu merata2...EVRYTHG CLEAR







Maghrib tadi Kak Dilah kol...dengar la sikit suara dia...wa...rindunya!!!


Gambar sebelum deme bertolak

Ramadhan

Cam tak percaya je tak berapa hari lagi nak berpuasa dah.
InsyaAllah sekiranya dipanjangkan umur, berjumpa Ramadhan lagi untuk kali ini

"Sentiasalah berdoa agar diberi peluang bertemu Ramadhan pada tahun ini dan tahun2 yang akan datang"

"Sentiasalah berdoa agar diberi kesihatan yang baik dan kekuatan rohani dan jasmani untuk melakukan amal ibadat yang terbaik"

More RAMADHAN graphics

Sunday, August 16, 2009

Waheeda n Akhil Hayy

Akhirnya bernikah jugak deme ni
Punya la berdolak-dalih
Sekejap2 sedara la
Sekejap2 itu la
Sekejap2 ini la
Ntah apa2 ar



Sekarang saya makin percaya
Life start at 40
Betul tak ustaz???
Lalalalal

Tuesday, August 11, 2009

Berat...

Kali ni nak ngomen pasal berat..
Bukan berat mata memandang
Mahupun berat bahu yang memikul
Cuma berat badan aje

Sangat2 tak puas hati bila timbang berat badan
Tak naik2 pon jarumnyer tu...
Takkan rosak lak alat penimbang

Lagi best bila timbang guna penimbang digital kat sekolah
Ade ke patut timbang sebelum n selepas makan boleh lain...
Kalau bertambah logik la jugak...
Ini berkurang!
Ish ish ish....

Hormon apa dalam badan nih yang proses cepat bebenor

Agaknya saya patut pakai penimbang kat bawah ni kot..ngeheheh


Monday, August 10, 2009

Apo nak dikato???

siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu

Email from a friend

From: Lina Rahmat - Program Management Office
Sent: Monday, August 03, 2009 1:50 PM
To: Suhaimi Abdul Manan - BICC; Syahril Amri Mohd Zari - IT; pmo-sme.dcdr; Saadah Normal - DM, PMO; Intan Suhana Umar - Operation & Delivery Channel, Capability building
Subject: RE: have a great day from BICC
Importance: High

DMU tak best lah lepas nie....sunyi sepi. Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.


Take care You & Your Family

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

From: Hazizul Damsi - IT
Sent: Monday, August 03, 2009 2:23 PM
To: Lina Rahmat - Program Management Office; Suhaimi Abdul Manan - BICC; Syahril Amri Mohd Zari - IT; pmo-sme.dcdr; Saadah Normal - DM, PMO; Intan Suhana Umar - Operation & Delivery Channel, Capability building
Subject: RE: have a great day from BICC

Lina,

Nak dpt pandangan since u dh ada pengalaman.. Apa symptom virus ni? Melalui pembacaan dan rakaman berita, seolah2 tiada symptom yg khusus terutama demam. Demam x teruk pun bole dp jangkitan. Boleh share info tak? Pengalaman family berhadapan ngan virus ini. J

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

From: Lina Rahmat - Program Management Office
Sent: Tuesday, August 04, 2009 10:49 AM
To: Hazizul Damsi - IT; Suhaimi Abdul Manan - BICC; Syahril Amri Mohd Zari - IT; pmo-sme.dcdr; Saadah Normal - DM, PMO; Intan Suhana Umar - Operation & Delivery Channel, Capability building
Subject: RE: have a great day from BICC

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage

Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin... at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical

Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin... Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulill ah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya... All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action .Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah