Wednesday, February 18, 2009

Saya demam la...

Dah lama tak update cerita kat sini. Sumenye sebab banyak aktiviti yang berjalan di sekolah 2-3 minggu lepas. Selepas Kejohananan Olahraga Tahunan (KOT) pada 6 Ferbuari, saya mengikut kumpulan Unit Bimbingan dan Kaunseling pula ke Pulau Sayak, Kedah (nama je pulau..tapi idak le kene naik bot ke situ). Di sana, kami empat orang guru termasuk kaunselor yang terpaksa membawa students biarpon busy menelaah buku untuk interview SPP, dan 9 students menjalankan beberapa kajian mengenai kerjaya sebagai peawai penyelidik di Jabatan Perikanan untuk Unit Molusca. Yang ni saya cerita kat entry yang lain la ye....

Fokus utama entry kali ni nak menceritakan yang selepas bekerja keras, dan tidak menjaga kesihatan PLUS minum yang cukup...ditambah plak dengan cuaca panas..saya jatuh sakit akhirnya.ececeeeeee.dramatiknya ayat. Petanda awal dikesan bila saya mula sakit tekak pada pagi Jumaat. Pagi Sabtu jadi makin teruk bila kepala mula rasa berat, badan mula panas2...duduk lak dalam lab it..sejuk jerk....Tahap kritikal pada hari Ahad. Jadi, mak bawa saya ke Klinik Abdullah kat Taman Wawasan. Klinik tu buka pukul 3 petang tapi doktor sampai pukul 4 petang.Hangen2...dah la badan sakit2...saya bantai selamba je gi baring kat sofa belakang klinik tu (pedulikan mata2 yang memandang). Dapat la mc 2 hari untuk Isnin dan Selasa.syok2!!

Dan hari ni bila saya ke sekolah semula, Cikgu Vanishree dan Cikgu Sani (rakan sepermejaan di Bilik Disiplin) memberi nasihat pada saya. "Jangan stress2, enjoy with ur work, if u feel hard just tell us, make it easy k...".

Tapi saya tak stressed...saya demam...saya mc sebab saya demam. I'm repeat..DEMAM!!!

0 comments: