Thursday, February 26, 2009

Bowling

Lokasi : Winners Bowl Taiping
Hari : Khamis, 26 Februari 2009
Masa : 2.00 pm - 6.30 pm
Peserta : Pelajar SMKBS dan guru2 yang lupa diri kejap...hekhek...

Adeh, lotih den. Bukan letih sebab main bowling tapi letih sebab bas sekolah ade prob ngan ekon dia. Terpaksa la turun naik bas menunggu kat tepi jalan sebab nak repair ekon dan at last, jalan penyelesaiannya amek bas lain...

Petang tadi tempat bowling tu hanya dipenuhi oleh kami2 sahaja. Rasanya macam main bowling kat sekolah lak! Main 2 game je sebab kekangan masa...Lane lak ade yang rosak...jadi, cikgu2 kena main gilir2 ar....sebabnya...kami tak bayar!!! Hahahaha... Memandangkan ini adalah kali pertama saya main bowling...main pon ntah hapa2. Tak ada yang strike pon, tapi itu tidak bermakna semuanya masuk longkang ye....majoriti melanggar pin la...pakai skill bola jaring, camne tu??? Jaga gerak kaki la kot...

Bertolak balik dari Taiping pukul 6.30 pm. Sampai sekolah lak kul 7.30...then, saya kena up lagi 20 minit untuk sampai rumah dengan selamatnya. Alamak!! Dah dekat 10 pm dah..nak kena print sijil...hari Isnin ada perhimpunan khas..CIAO DULU!!!

Monday, February 23, 2009

Jom Shopping!!

Shopping mereleasekan tension. Hehehe....inilah satu kenyataan bila takde mood dah nak wat keje kat sekolah. Bukan aje takde mood nak keje je...siap countdown nak cuti bulan 3 lak tu. Hadush la Wonn.....!!

Tapi papehal pon...saya perlu menyetelkan beberapa kerja yang sangat2 perlu diselesaikan iaitu buku folio utuk pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya dan juga menyiapkan laman web sekolah yang ternyata tergantung sehingga ke hari ini tanpa penyelesaian. Waduh, waduh...! Hari Sabtu ni nak kene sekolah lagi...menghadapi Latihan Dalam Perkhidmatan II plak..tabahkan hati ini....

So, jom shopping kat Econsave!! Hahahaha...biarpon takde apa sangat pon kat situ...tapi takpe....at least ade kedai blaus yang kucari-cari selama ini...Berhabis gak la aku di hujung2 bulan menyopping barang2 umah kat sana petang tadi...Yang penting PUAS!!! Ye....saya PUAS!!

Sunday, February 22, 2009

Trip to Pulau Sayak

Dimanakah letaknya Pulau Sayak? Kena naik bot ke? Pulau Sayak letaknya di Kedah..di tepi Pantai Merdeka kalau diikutkan dari peta geografinya..Apa yang ada kat sana? Cuma kampung nelayan, kedai2 makan mee udang dan penariknya ialah Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan. Tempat ini la yang menjadi fokus kami minggu lepas...untuk melihat tugas2 dan bidang kerja seorang Pegawai Penyelidik bagi memenuhi syarat2 untuk menyertai Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya.


Dengan 8 orang pelajar, 3 cikgu perempuan, 2 orang cikgu lelaki termasuk PK1 dan seorang ex-student SMKBS...kami menerjah lokasi tersebut.

Aktiviti malam kami.....memberi taklimat apa yang patut pelajar buat dan cari di tempat tersebut...juga menerjah buku2 pelajar untuk make sure diorang tulis bahan2 yang dikumpul

Apa yang ada disitu???

Aktiviti pelajar di sana..Antaranya temubual, bersihkan kolam, buat alga, bersihkan kupang untuk tujuan pembenihan, amek catatan, berlakon untuk rakaman dan lain2...

Aktiviti-aktiviti cikgu....ikut pelajar, tangkap gambar pelajar, rekod video pelajar dan tahan ngantuk kat sana. Tapi kadang2 cikgunye lebih excited dari pelajar terutama part bersihkan teritip2 kat kupang....

Aktiviti petang kami pulak...

Yang paling best adalah aktiviti pada hari terakhir kami iaitu naik bot di Penaga menuju ke Sangkar Kupang di tengah2 laut. Best gila...yang betul2 cikgu yang excited. Sampaikan terduduk kat sangkar tu tak berani nak bergerak....gayat seh...dah la papan besar2 tapak kaki je. Salah pijak mau jadi dalam laut....




Bila naik ke darat je..keletihan masing2. Tapi Cikgu Taufik relax je...siap tengok peraih bekerja n beli sotong, udang lagi tu...

Wednesday, February 18, 2009

Saya demam la...

Dah lama tak update cerita kat sini. Sumenye sebab banyak aktiviti yang berjalan di sekolah 2-3 minggu lepas. Selepas Kejohananan Olahraga Tahunan (KOT) pada 6 Ferbuari, saya mengikut kumpulan Unit Bimbingan dan Kaunseling pula ke Pulau Sayak, Kedah (nama je pulau..tapi idak le kene naik bot ke situ). Di sana, kami empat orang guru termasuk kaunselor yang terpaksa membawa students biarpon busy menelaah buku untuk interview SPP, dan 9 students menjalankan beberapa kajian mengenai kerjaya sebagai peawai penyelidik di Jabatan Perikanan untuk Unit Molusca. Yang ni saya cerita kat entry yang lain la ye....

Fokus utama entry kali ni nak menceritakan yang selepas bekerja keras, dan tidak menjaga kesihatan PLUS minum yang cukup...ditambah plak dengan cuaca panas..saya jatuh sakit akhirnya.ececeeeeee.dramatiknya ayat. Petanda awal dikesan bila saya mula sakit tekak pada pagi Jumaat. Pagi Sabtu jadi makin teruk bila kepala mula rasa berat, badan mula panas2...duduk lak dalam lab it..sejuk jerk....Tahap kritikal pada hari Ahad. Jadi, mak bawa saya ke Klinik Abdullah kat Taman Wawasan. Klinik tu buka pukul 3 petang tapi doktor sampai pukul 4 petang.Hangen2...dah la badan sakit2...saya bantai selamba je gi baring kat sofa belakang klinik tu (pedulikan mata2 yang memandang). Dapat la mc 2 hari untuk Isnin dan Selasa.syok2!!

Dan hari ni bila saya ke sekolah semula, Cikgu Vanishree dan Cikgu Sani (rakan sepermejaan di Bilik Disiplin) memberi nasihat pada saya. "Jangan stress2, enjoy with ur work, if u feel hard just tell us, make it easy k...".

Tapi saya tak stressed...saya demam...saya mc sebab saya demam. I'm repeat..DEMAM!!!

Wednesday, February 4, 2009

Perak oh Perak..

Pe cite Kerajaan Perak ni...
Pergolakan kuasa betul
Baru je sambut Jubli Perak semalam
Sempena 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah

Tapi macam dah dapat agak je
Sebagai pemerhati bebas yang tak layak mengundi tahun lepas
Benda ni bukan lagi mengejutkan
Selamat Tinggal Pemerintahan Boneka
Selamat Tinggal Kuasa YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Sentap seh tengok berita kat TV3 tadi....hahahha

Monday, February 2, 2009

Unhappy but happy...

Cam pelik je title kat atas tu...tapi tu la perasaan saya hari ini

1) Memula sebab kehadiran cikgu lama sekolah tersebut yang berpatah balik untuk ngajar IT. Of cos la saya sangat terkejut bila terlihat beliau di tapak perhimpunan. Saya berasakan seperti pelajar-pelajar tingkatan 5 di bawah group saya menjerit keseronokan bila cikgu mereka kembali untuk mengajar mereka...(perasaan jer tu..). Biarpun agak konfius...tapi saya menyenangi kehadiran semula beliau di SMKBS. Antara seronok atau tidak..tidak dapat saya tafsirkan. Cuma saya berasakan seperti Makmal IT SMKBS lebih terurus di bawah beliau.

2) Kemudian saya melajakkan kaki ke bilik kaunseling untuk meminta beberapa majalah sekolah sebagai bahan rujukan. Kali ini saya dikejutkan dengan berita lain pula. Kaunselor meminta saya mengikut beliau untuk membawa pelajar-pelajar membuat assignment di Pantai Merdeka minggu hadapan. Syok memang syok...boleh berjalan2. Yang tak syoknye sebab saya kena drive kereta untuk bawa students. Pasti abah ngan mak tak kasi punya....(tak tau nak wat camne dah ni..)

3) Next, saya pergi berbincang dengan PK1 tentang laman web yang sedang dibangunkan. Kerja saya baru 20-30% siap. Jadi saya amat malu apabila ada guru-guru lain bertanyakan laman web tersebut sedangkan saya masih lagi terkedek2 belajar back-end web tersebut dan masih banyak feature yang belum diteroka lagi. Adehhhh...

4) Saya kemudiannya diminta membawa dua orang pelajar untuk pemilihan pemain dari 2-4 Feb ini di SMKSK. Pukul 3 petang di sana. Kerja lebih masa... Agak memenatkan tapi bila membayangkan ia diadakan di SMKSK...sangat la best! Ada juga cikgu2 sesi petang sorang dua yang perli2 saya bila saya masih lagi di sekolah biarpon selepas pukul 2. Mula2 saya agak malu..tapi sekarang saya berasakan usikan tersebut tidak perlu lagi dilayan. Kata Rezza AF suatu ketika dulu..."Tak makan dek puji, tak mati dek keji". Betul ke? Cam pelik la plak ayat tu...tak kesah la..janji bunyik cam gitu la..Apa2pon, yang buat saya happy bila berada di SMKSK...melihat balik bangunan2 sekolah dan mengimbau kenangan bersama2 rakan di sana. Best seh...pelajar2 pon ramai yang masih mengingati saya...sangat seronok..rasa terapung2 atas awan je...(melampau gilllll...). Yang tak bestnye apabila hasil kerja kami tidak lagi dapat dilihat. Mural yang kami buat dicat putih semula, pondok ilmu yang digantung dengan kata-kata sudah bertukar rupa...hanya tinggal papan kenyataan di bilik guru sahaja yang belum berudik Sedih la jugak...terus saya sms Zana. Baik dari dulu tak isuruhnya kami buat apa2..

5) Di SMKSK saya berborak lama dengan pelajar2 SMKSK terutamanya dengan Tajol Si Pengorek Cerita, Ely yang ceria, Amin yang pemalu, Syarafi yang misteri dan pelajar2 perempuan lain yan sangat la ramai menegur...Paling lama berborak dengan Hafizi yang ponteng kawad rumah sukan petang tadi. Biarpon saya tidak mengajarnya, tapi dia sangat peramah. Banyak cerita yang kami bualkan...dari friendster, handphone, pelajaran, cikgu2, kawan2....sampai la ke Faizal Tahir..kira semua la...Sempat jugak la saya menjeling gigi taring Hafizi yang pernah Zana katakan dulu..gigi taring penarik...

Apa2pun...permulaan hari saya bermula dengan situasi yang tidak menggembirakan tapi berakhir dengan senyuman. Makin menarik apabila esok adalah cuti bagi orang2 di Perak...horrayyyy!!!! Kalau kira berbuat sesuatu yang kita suka, pasti kita akan gembira...ye tak?

Sunday, February 1, 2009

Situasi By Bunkface



Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku, ku layu
Disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
Tuk menggapai bintang
Terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
Engkaulah, destinasiku
Dalam ingatanku... oh oh oh...

Kerana diri ini tak daya lagi
Menempuh hidup yang ku temui
Dan aku, ku tunggu... oh oh oh
Disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

Luv this song especially at the chorus part..and also luv the vocalist of the band (nampak smart jerk..)