Tuesday, June 3, 2008

NRIC 2008

20hb-22hb...ke USM, Penang...ikut rombongan UPSI ke National Research and Innovation Competition. Tak ade semangat, tak ade kekuatan...hanya jasad je yang pergi. UPSI hantar 15 team...3 fakulti (FTMK, FSS, and FST), 27 orang peserta....2 orang pensyarah pengiring. Pergi hanya untuk bersuka2 je pon...takde terpikir nak menang...sambil2 tu boleh holiday sekali. Ye la...bayaran penyertaan pon mahal seh...RM1ooo untuk 1 projek...membazir2...pesal la gi hantar aku dan projek aku yang tak seberapa tu...rasa malu, rendah diri yang amat. Nasib badan..nak wat camne...

Perjalanan pergi...aku naik kereta Cik Nazuha, meneman dia sampai la ke USM nun...sampai students yang laen ingat aku ni pensyarah gak..hahahha...ade gaya tu...moga2 termakbul. First time join program yang camni..ada kelebihan dan kelemahan dari segi pengurusan USM...ye la, kita dah bayar mahal...mesti la kita nak pulangan yang menarik jugakkan. Tapi...bosan seh...projek aku cuma online system, untuk UPSI plak tu...skop pon kecik...sapa la nak tengok. Yang datang tu pulak students sekolah je...tapi yang bagusnya, tak payah la aku bazirkan air liur...duduk lepak je kat booth tu...hahhaha

Aktiviti yang paling best bila menjelang malam...ronda2 kat Penang. First day sampai Penang, malam tu lepak di Batu Feringgi, malam berikutnya gi main bowling kat Kompleks Bukit Jambul and makan2 kat Pantai Seagate (ponteng ceramah...), hari last lak gi membeli jeruk, gi makan kat Padang Kota and lepak2 kat Queensbay Mall...Itu la aktiviti yang paling menarik!!

Apa2 pon...UPSI tidak pulang dengan tangan kosong. Tahniah kepada Abg Me and Zulazri....berjaya gak membawa pulang Pingat Gangsa dengan hasil projek courseware diorang...TAPAK TAPAK TAPAK TAPAK KUDA....dan MENGENAL BENTUK...TAHNIAH!!!


UPSI TEAM

FTMK TEAM

0 comments: