Tuesday, May 13, 2008

a month at Bagan Serai

Tired! Letih sangat2 dengan keje2 kat sekolah biorpun depan cikgu2 tu, nampak macam kami ni duduk menyembang je. Dari rumah bawa ke sekolah, bawa ke pekan, bawa ke rumah balik...tak habis2 menyembang. Bak kata 2nd top ranking cikgu paling digeruni di SMK Sri Kurau selepas pengetua, cikgu Thiru..."Cikgu2 ni tak habis2 bergaduh, bila mau bertumbuk pulak?!". Huh, gila ka apa? Bila plak bergaduh...tu namanya berbincang la...

Before January end...hmmm, a lots of thing happened. Yang paling best, budak2 kelas 4C2, kelas sains aku...kene sergah dengan aku sampai kelu diorang. Ada ke diorang wat main2 ngan aku. Dah aku kata hantar buku b4 pukul 8 kat atas meja aku...diorg leh tak bawa buku. Sedangkan hari sebelum tu berpuluh2 kali, berbuih2 mulut aku pesan dalam kleas diorang. Adeh, sebelum naik lemak, aku gi sound. Ngahahha...biorpun sebenarnya aku tak ade niat pon nak marah lebih2, jerkah lebih2...tapi bila tengok muka selamba diorang yang macam tak buat salah tu...aku jadi hot sikit.ini sudah lebih, beb! Then, aku denda diorang...sebagai pengajaran! Aku denda suh salin nota dalam buku teks sains tingkatan 4 dari page 20-21, tak tinggalkan sebarang titik, perkataan, ayat, gambar 1 pon. Klua je kelas tu n agak2 jauh sikit, aku gelak...tapi lama2 rasa bersalah lak marahkan budak2 tu. N esoknya, Azurin...penolong kelas tu datang hantar buku.....jeng jeng jeng...bila buka je buku, memang aku terkejut! Diorang memang sikit pon tak tinggal, dengan learning outcomes, bilingual professor, dengan activity sekali diorang salin. Adeh, lurus la pulak budak2 ni...hahahha...macam mesin photostat, semua yang ada kat page 20 n 21 dalam buku tu diorang salin...tak percaya, try bukak buku science tingkatan 4 page 20-21....semua tu la yang diorang ni salin.

Yang kedua...ni bukan cerita lawak..tapi kisah benar. Pagi before budak2 tu hantar buku tu, rumah sewa aku kat bagan serai tu kene pecah masuk ikut pintu dapur. N i'm the first who saw it. menggeletar! Macam biasa...5.30 am aku bangun nak mandi..tapi aku lajakkan 5 minit sikit before betul2 bangun. N seperti biasa gak, aku terus bangun untuk gi mandi. Tapi...elok lepas je dari pintu tempat tido, aku tgk pintu dapur terbuka. OoOoO...sapa lak yang tido lewat tak tutup pintu.tapi...tak mungkin diorang buka pintu malam2. Lepas maghrib memang pintu dapur tu takde sapa berani nak sentuh. Aku panggil zana...housemate aku yang sama2 bangun awal gak. Kitorang gi rapat sikit. Rasa nak jatuh jantung ni tengok pintu grill tu terbuka. Ya Allah, hanya Dia je la yang tahu betapa takutnya masa tu. Kitorang dua kejut along n aiyah, cek barang2...n barang2 yang ilang ialah duit dalam handbag (licin semua!), 4 handphone, n 1 kamera digital. Barang2 aku tak hilang sebab kedudukan dia agak tersorok. Alhamdulillah, laptop tak kena amek...kalau tak, rasa macam nak terputus nyawa nih! N for sure la, mangkuk2 tu dah tengok kami tido n gelakkan kebodohan kami masa tu. Seriously, kami tak sedar langsung! nNmangkuk tu mmg cekap, juga pengemas. Dia bt keja antara 3 am -5.30 am tanpa selongkar barang2 lain. Skru grill dapur tu pon elok tersusun kat tingkap, n dia cungkil pintu dapur tu supaya senang nak buka (maybe guna screw driver). Pagi tu jugak, sebelum pukul 6...aku n zana gi umah owner tu biarpun sebenarnya takut nak kluar sebab dapat rasa yang mangkuk tu ada kat area2 umah tu lagi. Tawakkal je la...then zana and aiyah gi report polis n polis amek statement diorang kat pejabat sekolah masa time sekolah. Glemer la kami sekejap di kalangan cikgu2 kat situ sampai kami dah tak larat nak jawab soalan. Rasa macam nak suh pengetua buat mesyuarat guru n semua cikgu tau dari mulut kami terus... n tak payah ulang2 cakap dah.

Hmmmm, hidup ni penuh dugaan.

0 comments: