Monday, June 15, 2009

Penggal baru dah bermula

Hari ni hari pertama sekolah penggal ke-2. Biarpon hari pertama, semangat macam xde je...agak malas2 selepas dua minggu bercuti. Ni x bole jadi ni...penggal ke-2 adalah penggal akademik. Kena lebihkan usaha...pelajar2 ICT saya macam dah terkapai2 tanpa bimbingan...caiyo wonn!!! Cepat naikkan level of motivation itew...Cane nak jadi cikgu cemerlang ni Wonn.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tapi...esok hari Selasa. Alangkah bagusnya kalau esok ada kursus or mesyuarat di mana2...Tak sukenye hari SELASA!

Thursday, June 11, 2009

Kawen kawen kawen....

Gambar masa Rhohimah dan pasangannya and also abang Rhohimah melangsungkan perkahwinan. Rhohimah atau lebih dikenali dengan nama LO-YOU kahwin pada 30hb Mei yang lepas. Canthek sangat...rasa macam bukan lo-you tapi kat atas pelamin pon dia leh wat selamba derk jer....xde kontrol2. Perkahwinan ala2 Bollywood dengan lagu2 hindustan....Kajol tengok mesti nangisnyer lah...



Tahniah pada pasangan2 pengantin yang melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah ini dan buat teman2 yang sudah bertukar gelaran tu (especially yang menghantar undangan kahwin...antaranya Alia-Fadzli, Zul dan pasangan, Mili dan pasangan, serta Suhaili dan pasangan...), tidak terlewat untuk diutuskan ucapan

SELAMAT PENGANTIN BARU

dan
SELAMAT MELAYARI ALAM PERKAHWINAN

~ best of luck from me...with love ~

Gambo2 bulan lepas

Gambar2 bulan2 lepas...ntah berapa bulan tersimpan dalam memory card handset saya



Gambar masa jamuan pelajar2 4C dengan cikgu2 praktikumnya, Puan Fairos and Cik Faridah masa hari last deme kat sekolah. Sebagai guru kelas, x semena2 saya pon terlibat dalam urusan menempah dan membeli makanan


Ni lak gambar masa sambutan Hari Guru 2009 kat sekolah.
Saya dengan cikgu ganti (yang tengah tu) dan cikgu ROS (yang tepi sekali)..HIDUP PINK!!


Ni lak gambar masa sambutan Hari Guru Peringkat Daerah..main bola jaring. 3 on 3.
Gambar tepi tu merupakan team-mate saya yang telah dicandidkan.
Kak Faizah, Yati dan Kak Hannan (pemain import dari SMKPBG)

p/s: ada lagi gambar2 lama...will be upload.

Monday, June 8, 2009

Lamanya tak berupdate blog ni..Cerita banyak tapi semuanya peram untuk dijadikan pekasam dan tempoyak...ye la...akan kucuba rajinkan diri mengbackdatedkan story-mory-morning glory...tapi ada ke orang nak baca?? Hmmmm....konfius gak ni

Ini adalah fakta...

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni...

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akantenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di WashingtonD. C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ? dan pasti ramai yang berhajat untuk checking tulisan pada zip masing2?

kekekekeee.. .!!! OK dah pegi buat keja kekeke...!!!