Sunday, January 3, 2010

Hari ini hari Ahad

Esok dah nak sekolah dah weh....
Hari ni kena prepare macam-macam
Takut esok kelam-kabut

Antara aktiviti saya hari ni ialah basuh kereta
Hahaha..haruslah kereta bersih menawan
Seronok la mereka bertiga dapat mandi hari ni
Hasil belaian saya pulak tu
Apa barang hantar car wash....

Kereta pertama yang mandi...Cik Emme
Dah tukar nama dari Yutaka kepada Cik Emme
Nampak lebih stylo sikit guna nama ni
Yutaka tu panjang sangat

Lepas tu Cik Wee lak (Wee for Waja)
Ni dah acara jemuran dah pun

Cik Tee menunggu giliran untuk mandi
Cik Tee yang last sekali sebab parking dia menyerong
Kene setelkan Cik Emme dan Cik Wee dulu

Cik Tee yang dah pon kering dan menunggu masa masuk parking
Esok sekolah nak bawa Cik Tee, Cik Emme kena hold dulu
Kesian lak kat Cik Tee tak bawa berjalan-jalan

Ha...ni lak lori Halagel

Haish...takde maknanya saya basuh lori ni
Saya snap lori ni untuk perhatian semua
Jumaat lepas pergi Econsave, beli barang dapur
Pegi pulak petang...memang ramai orang
Cuti 1 Januari plak tu
Parking jangan cakap la...
Jenuh queue...

Masa tengah tunggu tu
Nampak la orang yang bawa lori ni dan keluarganya balik shopping
Ha...sedang elok la tu kan..
Dah boleh dapat parking

Tapi apa punya siot lelaki itu
Boleh plak dia simpan barang dalam lori
Pastu belek-belek ubat gigi Halagel
Saja ja nak bagi orang marah..nak dapat pahala free la tu
Macam la lain hari tak boleh belek
Macam la kotak ubat gigi tu baru 2 saat tadi berubah corak

Ni la orang Malaysia..takde kesedaran sivik betul
Tengah sibuk-sibuk kat tempat parking tu tak payah la nak buat hegeh-hegeh
Lain la parking tu atas nama awak...

Bila saya dah dapat parking tempat lain
Baru la dia hegeh-hegeh undur
Budget awak naik lori, awak yang paling bagus la tu! CEH!!

0 comments: