Monday, April 6, 2009

Eksplorasi Alam Kerjaya

Sabtu lepas telah berlangsungnya Karnival Kaunseling di SMKBS dan beberapa pertandingan telah pun dipertandingkan. Antaranya ialah EAK dan folio yang mana SMKBS mengambil bahagian dan memulakan peersiapan sejak dari bulan Februari lagi.

Jadi, minggu lepas merupakan minggu latihan habis-habisan pelajar EAK dan pelajar folio. Pelajar2 tersebut diberi pelepasan seminggu untuk tidak masuk kelas oleh pengetua dan mereka menjadikan Makmal IT sebagai rumah ke-2 mereka...sebelum ini, ada2 sahaja pelajar EAK dan folio yang dihentam guru2 mata pelajaran. Semangat mereka jangan disebut la...makin lama makin pudar. Dah la balik setiap hari pukul 4-5 petang, hari Sabtu-Ahad pun kena datang...malahan cuti sekolah yang lepas pon kene beruti di sekolah. Saya yang membantu kaunselor pon dah penat..ini lak pelajar2.

Tapi, berbaloi usaha mereka biarpon dihentam dan dikritik hebat sebelum ini oleh teman2 dan guru2...mereka akhirnya berjaya mendapat Johan Daerah. Tapi kalau diikutkan dari segi penyertaan dan persembahan ketika hari pertandingan, memang mereka layak menang kerana usaha 2 bulan tersebut tidak dapat ditandingi oleh sekolah2 yang turut sama menyertai. Bayangkan kerja renyah macam tu sekolah lain hanya membuat persiapan selama 2 minggu dan ada yang hanya mula bekerja 2 hari sebelum pertandingan. Bukan tu je..cara penyampaian pun nampak kontra...membaca teks terus-terusan. Cane tu????

Maka dengan itu, pelajar2 EAK dan folio ini akan mewakili daerah Kerian untuk pertandingan di Perak Tengah 3 minggu lagi. Kaunselor akan membuat perubahan lagi untuk persembahan multimedia yang telah dipersembahkan sebelum ini. Kononnya Afiq nak buat pakai Flash pulak. Jangan Si Afiq tu wat perangai MIA dalam masa 3 minggu ni sudah....terus terang saya katakan yang saya tidak pakar langsung menggunakan Macromedia Flash.

1 comments:

baby_Chelle said...

Cmne awk leh confident sangt eh ? Boleh kongsi tak ? Cz sye baru jer join prtndingn nie... totally blur...