Thursday, April 30, 2009

Kemalasan Melanda

WARGH!!!! Sepanjang seminggu ni kemalasan makin meluap2...tak rasa nak study untuk interview pon... nama kabinet menteri yang baru pon tak cari lagi. Pantang malam je tido awal...bangun subuhnya jadi malas n letih sebab tido-jaga, tido-jaga sepanjang malam.
Won....lakukan sesuatu! Tak ada masa nak berehat lagi ni....

Tuesday, April 21, 2009

Jannah admitted

Semoga cepat sembuh...

Update..

Jannah dah pon keluar wad tengahari Khamis, 23 April...and Alhamdulillah, nothing serious even though 3 days admitted.

Monday, April 20, 2009

Pesal jammed tetiba ni...?



Owh....



Ingatkan accident...
Takpon Sultan Perak lalu Parit Buntar
Lumba Basikal rupanya...
Kusangkakan sesaja tour keliling Perak
Rupanya Lumba Basikal betul2
Melibatkan omputih and dapat liputan
(naseb baik tengok berita kul 8 tadi...)

picture taken at the traffic light at Hotel Damai
Mujur naik motor...boleh nyelit2

Sunday, April 19, 2009

Hari Keluarga

Misi : Hari keluarga

Lokasi : Winners Bowl Taiping & Restaurant Cherry Corner

Hari : Sabtu, 18hb April (9.00 am dari sekolah)

1) Pemandu yang tidak cekap

2) Co-driver yang tidak ingat jalan...

3) Penumpang yang expert la sikit...

Gabungan yang mantopppp.....


Jom main bowling....hentam aje la labu...

Restaurant Cherry Corner...
Makan2 and penyampaian hadiah...
Jelas kelihatan muka Yati yang frust sebab tak dapat tambah nasi lagi
Lauk sedap tapi nasi tak cukup...apada...

Lagi best bila dapat hadiah
Dapat no 1 tu....tapi beregu je la...perseorangan saya tak de pe pon
Sorang maintain scorenya (saya la tu...tak naik n tak turun)
Dan juga Puan Kamariah yang mula menyerlah pada game ke-2 and 3

Hehehe....gabungan beregu yang best
Nasib baik gak saya dapat hamper
Kalau tak, memang malu gilerrr
Malu kalau tak dapat apa2...
Dah la lawan ngan veteren je
Guru2 pendidikan khas n pengetua lak tu

Cepat Kak Kamariah...bahagi hamper ni

Apa2 pon..memang sakit tangan dan kaki
Mana taknya...bowling2 jugak...window shopping pon boleh tahan
Lepas je habes tentatif yang disusun oleh KGKT SMKBS
Kami terus bergerak ke Tesco dan Taiping Sentral
Esoknya tu...sakit badan2 sume...

Friday, April 17, 2009

Souvenirs From NZ....

Received this parcel on Wednesday evening
Isi kandungannya??
Sepasang baju kurung Kak Ina untuk dijadikan baju contoh
And also...


MAGNET FRIDGE!!!
Peta New Zealand lagi tu...
Maka, dengan itu....

/

Bertambah la koleksi fridge magnet kat peti ais tu
Fridge Magnet Cuti-cuti Malaysia....

Tuesday, April 14, 2009

Letih

Keletihan yang amat sangat sekarang ni...
Bukan sahaja fizikal, malah mental dan emosi
Biar hilang kawan sekalipun, takkan ada yang paham.

Saya akan pergi ke "dunia" saya dan keluar dari senarai hidup beliau.
Thanks for being a very good friend.

Sunday, April 12, 2009

4 dalam 1

Sabtu, 11hb April....ada 4 perkara yang berlaku dalam kamus hidup aku.

ececece...dramatik la konon

4 peristiwa dalam 1 hari
1) Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik
2) Mesyuarat PIBG
3) Perjumpaan ibu bapa dan guru bagi menyampaikan kad laporan untuk pelajar2 tingkatan 3 dan 5...maka dengan ini, saya tidak terlibat.
4) Pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Tapi yang bestnya...tengah majlis hari anugerah tu, ada lak helikopter berlegar2 kat ruang udara SMKBS...dan akhirnya landing kat padang sekolah. Kejap je pon landing...tapi ia membuatkan pelajar2 yang berdekatan (juga yang berada di dalam dewan) berlari ke padang. Termasuk la cikgu yang seorang ini....hehehhehe




jakunnya.....

eh, tak la...just nak amik tau...watnya pak2 menteri turun menyinggah...kang takde sambutan pulak...

Keceriaan Makmal Part 1





Dengan semangat yang waja....saya pon memulakan kerja2 menyiapkan bahan untuk keceriaan makmal yang menjadi amanah saya. Hehehehe...macam comel la pulak tengok...mesti lepas ni semangat jerk bila tengok makmal dah ceria...(harap2nya gitu la...jangan jadi sebaliknya sudah).

Ilham membuat dekorasi di sekeliling mounting board tu diambil dari kelas saya seperti gambar di bawah. Tiru sesikit...Susah sebenarnya nak buat keceriaan kalau tak kreatif dan tangan keras macam kayu...

cikgu tak bape pandai nak decorate2 ni...tapi cikgu cuba ye....



Nanti akan saya snap pulak gambar papan2 kenyataan di dalam kelas saya hasil kerja pelajar. Nantikannya muncul di.....blog ini...hehehe

Monday, April 6, 2009

Eksplorasi Alam Kerjaya

Sabtu lepas telah berlangsungnya Karnival Kaunseling di SMKBS dan beberapa pertandingan telah pun dipertandingkan. Antaranya ialah EAK dan folio yang mana SMKBS mengambil bahagian dan memulakan peersiapan sejak dari bulan Februari lagi.

Jadi, minggu lepas merupakan minggu latihan habis-habisan pelajar EAK dan pelajar folio. Pelajar2 tersebut diberi pelepasan seminggu untuk tidak masuk kelas oleh pengetua dan mereka menjadikan Makmal IT sebagai rumah ke-2 mereka...sebelum ini, ada2 sahaja pelajar EAK dan folio yang dihentam guru2 mata pelajaran. Semangat mereka jangan disebut la...makin lama makin pudar. Dah la balik setiap hari pukul 4-5 petang, hari Sabtu-Ahad pun kena datang...malahan cuti sekolah yang lepas pon kene beruti di sekolah. Saya yang membantu kaunselor pon dah penat..ini lak pelajar2.

Tapi, berbaloi usaha mereka biarpon dihentam dan dikritik hebat sebelum ini oleh teman2 dan guru2...mereka akhirnya berjaya mendapat Johan Daerah. Tapi kalau diikutkan dari segi penyertaan dan persembahan ketika hari pertandingan, memang mereka layak menang kerana usaha 2 bulan tersebut tidak dapat ditandingi oleh sekolah2 yang turut sama menyertai. Bayangkan kerja renyah macam tu sekolah lain hanya membuat persiapan selama 2 minggu dan ada yang hanya mula bekerja 2 hari sebelum pertandingan. Bukan tu je..cara penyampaian pun nampak kontra...membaca teks terus-terusan. Cane tu????

Maka dengan itu, pelajar2 EAK dan folio ini akan mewakili daerah Kerian untuk pertandingan di Perak Tengah 3 minggu lagi. Kaunselor akan membuat perubahan lagi untuk persembahan multimedia yang telah dipersembahkan sebelum ini. Kononnya Afiq nak buat pakai Flash pulak. Jangan Si Afiq tu wat perangai MIA dalam masa 3 minggu ni sudah....terus terang saya katakan yang saya tidak pakar langsung menggunakan Macromedia Flash.