Monday, December 28, 2009

Mesyuarat Guru Kali Pertama

Memandang minggu depan dah nak mula sekolah
Baru sedar minggu depan sekolah...ALAMAK!!!
Mesyuarat kali pertama dijalankan bermula pagi ini
Sampai la hari Rabu ni
Penuh dengan segala matlamat, hala tuju, taklimat...itu ini...

Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam

Ikrar Perkhidmatan Awam

Yang menarik perhatian tentunya pembahagian tugas tahun 2010
Ahhhh...seperti biasa, saya masih lagi memegang jawatan yang sama
Kecuali dinaik pangkatkan sebagai Ketua Guru Rumah Sukan
Yang ini yang agak menyerabutkan kepala
Sebabnya akan berlaku pertembungan antara latihan bola jaring dan rumah sukan

Yang bestnya...SMK Methodist jadi tuan rumah bola jaring
Hoyeeee!!! Tak payah la jauh2 naik bukit macam tahun ni

Jadual waktu tak dapat lagi...
InsyaAllah esok...
Biarpun dah tahu sikit2 tapi still lagi takut
Dapat kelas apa ye...
Berapa banyak lak kelas ICTL kali ni..??? hoho...

Berbuku merah lagi tahun depan

Siap mimpi2 ngeri lagi petang tadi
Boleh plak mimpi yang ada 2 hari kena balik petang
Bukan petang aje...tapi lewat gileeee!!! Kul 4 lebih
Sebab kelas ICTL...4 kelas...haiyoooo!!!
Dah la tu...paginya takde kelas...
Harap2nya mimpi tu tak jadi kenyataan

Kaer@ICU

Hari ni genap 8 hari Kaer ditahan di ICU
Sekarang ada kat Child Care, Auckland
Sebab ekzema yang terlampau
Ditambah lak ngan bacteria infection
Memang agak kritikal keadaannya


Dari facebook abahnya...

Boleh lihat keadaan Kaer di sini masa dia balik Malaysia dulu

Apa sebenarnya ekzema tu???
Okey..ini hasil "google"an saya di wikipedia

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.


Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).


Kesian Kaer...
Baru berusia 7 bulan
Kecik2 dah kena operation
Harap antibodinya bertambah kuat
Semangatnya untuk terus melawan penyakit bertambah kuat

p/s : tolong doakan untuk si kecil Kaer

Vacuum Kereta

Selagi cuti tak habes
Selagi itulah cerita pasal aktiviti masa cuti

Kali ni nak cerita pasal aktiviti mengvacuum kereta
Sapa selalu vacuum kereta...sila angkat tangan!!!
Hah...tau dah...mesti jarang2 atau tak pernah ni...

Untuk mengvacuum..apa yang diperlukan adalah...vacuumnyee
Sangat penting sebab tanpanya kita tidak memangggil ia sebagai aktiviti mengvacuum
Tapi dinamakan sebagai aktiviti menyapu
Kalau rumah bolehlah menyapu...ini kereta
Sempit...habuk plak tersorok

Ini adalah vacuumnye...vacuum yang sudah lama

Kemudia kita perlukan extension
Untuk membuat penyambungan...
Kalau tak tau...sila cari sendiri fungsinya


Seterusnyaa...keluarkan semua isi perut kereta tu
Letak kat luar supaya mudah nak vacuum


Barang-barang kat bawah ni dari kereta waja abah

Tu baru satu kereta
Saya vacuum 4 kereta
Bayangkan...dah macam car wash + workshop
Siap ada parang segala lagi
Kalau kena tahan, mesti orang ingat saya ni nak mengamuk

Dah siap vacuum semua kereta
Baru la basuh tempat letak kaki yang getah tu
Baru la smart kan...kalau tak nampak je kesan2 tanah merah, pasir


 Ha...pe lagi...jemur la...
Tak gheti2

Thursday, December 24, 2009

Marilah berkahwin

Disember...
Bulan kahwin
Sebabnya cuti sekolah

Perlukah saya juga berkahwin pada bulan disember???Hmmmm...

Saya telah memenuhi jemputan
Juga ruang di perut ini dengan nasi minyak
Dengan menghadiri perkahwinan kawan2 sekitar PB minggu lepas

Yang pertamanya
Pada hari Sabtu, 19hb Disember
Undangan dari Aida/Edhe-Shah di Kamunting
Cuma pergi kenduri sebelah Shah sebab Edhe orang Terengganu
Edhe ni housemate saya masa sem 6-7
Sama-sama menyewa di Taman Hepi, depan pintu utama UPSI
Seorang yang happy go lucky...dan relax

Edhe dan suami..kena panggil suami sudaaaa

Haruslah bergambar dengan pengantinkan...

Suka paper bag ni...isi dalamnya gula-gula

Kalau bawa gi sekolah pegang camni ok tak???

Satu lagi goodies dari pengantin menggunakan paper bag camni

Yang keduanya
Hari Ahad, 20hb Disember
Undangan dari Faizah-Fendi di Masjid Tinggi, Bagan Serai
Jauh nau dia mekap...turun ke PB semata-mata untuk D'Ratu

Faizah pengantin yang suka senyum

Faizah ataupun lebih dikenali dengan nama Faiz
Kawan sematrik...sama-sama belajar naik bas balik kampung
Sama-sama berhuhahuha di Aras 4 Blok A4
Kenal dia masa minggu orientasi
Tu pun masa berbaris di padang
Terdengar dia bersembang dengan sorang kawan baru
Then tertangkap ayat "Saya dari Bagan Serai Perak"
Kira orang kampung la tu....
Saya pun masa tu terkapai-kapai sorang
Sangat la seronok jumpa kawan sekampung
Hahaha..kenangan yang sangat indah

Suaminya muda setahun
Berkenalan melalui sepupu
Roomate Faiz (lupa nama beliau) pass nombor kat Fendi
Fendi dan roomate Faiz adalah sepupu

Gambar bersama pengantin dalam bilik pengantin

Bertudung coklat adalah Yana, bertudung hijau adalah Fae..
Kami adalah bekas pelajar Matrik Melaka

Ketibaan pengantin lelaki...Fae jadi pengapit

Baju itam, rambut serabai adalah photographer Faiz

Pengantin bersanding di pelamin
Saya mencari-cari kerusi itu...di mana murah ya...?

                                      
After makan beradap...kami kidnap Faiz untuk bergambar lagi

Rasa macam nak kawen jugaks
Ahaks...gatalnya ayat.....
Tapi apakan daya
Seru belum sampai lagi
Kalau kahwin2 mesti pakai banyak duit kan....haishhhhh!

Grammy Award

Menerima jemputan ke Grammy Award
Bagi orang-orang yang sudah berumur...aiyak!!!

Okeh...serius...
Sebenarnya menerima jemputan dari Pemuda UMNO Bagan Serai
Piiiiwiiiit!!! Pemuda UMNO tuhhh tapi tak muda pun

Sila lihat kad jemputan ini...ya saya tahu...gambar tidak berkualiti

Disebabkan gambar yang baru aje snap guna nset cap ayam
Maka saya terpaksa la menulis semula

Pelancaran Majlis Persilatan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai
dan
Jamuan Makan Malam
serta
Penyampaian Anugerah dan Hadiah Sukan KSK
Parlimen Bagan Serai 2009

Pada : 22 Disember 2009
Masa : 8.00 Malam

Ikut pada tentatif
Pukul 8 malam adalah ketibaan tetamu
Pukul 8.15-8.30 malam ketibaan VIP dan VVIP
Pukul 8.35 malam baru start semua acara

Isunya di sini adalah...
Pukul 9 baru nak mula
Tahukah anda bahawa pembaziran amalan syaitan....
Ya...pembaziran masa juga adalah tidak digemari
Kenapakah semua orang tidak boleh punctual??

Saya adalah Cinderella
Saya tidak keluar malam
Disebabkan jemputan ini saya terpaksa keluar malam
Disebabkan jemputan ini saya memandu sorang2
Disebabkan tidak punctual saya sampai rumah pukul 12.10 pagi

Kalaulah saya Cinderella...pasti kereta Waja bertukar menjadi labu

Takpe...saya lakukan demi tugas
Biarpun agak risau kalau2 ada yang follow
Terpaksa jugak kuredahi kegelapan malam

Pulangannya???
Saya membawa bersama beberapa hadiah
Tapi bukan milik saya hukhukhuk
Hadiah itu students yang punyaaaa



                                       
Logo apakah ini??

                                                 
Naib Johan...tu pun sebab ada 3 kumpulan je bertanding

The envelope...Isinya???

Lumayan....RM400..Kalau bahagi2 kat students sorang RM40

Malam tu juga ada cabutan nombor bertuah
Hadiah paling hebat adalah TV 21 inci
Tapi saya selalunya malang
Jangankan TV...iron pun tak dapat
Penat aje menunggu sampai pukul 11.35 malam

Satu lagi
Yang membosankan adalah lagu2 band
Lagu lama...sesuai untuk pakcik dan makcik
Saya sangat ngantuk dan bosan okeee

Dah tu lak
Emcee untuk cabutan bertuah tu menggeramkan
Selepas 5 kali cabutan nombor
Suruh band main muzik lak pastu
Tu yang jadi lama
Yang kat belakang ini hangennnn aja saya la tu
"Mak saya marah balik lambat encik...tolong la cepat"

Makanan...berbaloi-baloi
Sedap dan menyelerakan
Cuma saya makan sikit
Sebab sakit perut...
Alasan lainnya adalah kontrol ayu  CEH!!!

p/s : Sila maafkan saya kerana gambar berkualiti sangat rendah. Tangkap gambar guna night mode aje..