Tuesday, September 29, 2009

Kursus Jurulatih Bola Jaring

Tarikh : Hari ni
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat : PPD Kerian

Melibatkan teori dan praktikal..
Tentatif program diubah mengikut kesesuian.
Hari ni ujan, panas, ujan, panas...agak susah jugak.
Masa teori agak blank..sakit kepala...nak tido..main sms..borak
Masa praktikal yang agak best...bagi saya la kan...
Sebab boleh lepas geram kat bola tu...hihihi...

Overall...kursus ni agak ok la...
Bgai idea untuk pilih pemain dan uji bakat pelajar
Harap2nya dapat dipraktikkan ujung tahun ni selepas peperiksaan akhir tahun dalam bulan 11 ni

Monday, September 28, 2009

Kopi, Telur atau Lobak

Saya penah dengar cerita ini masa Kursus Guru PJPK Bukan Opsyen 2 bulan lepas...now, saya copy paste cerita ini dari blog B-Jue

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya.

Lalu ia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?”

“Lobak, telur dan kopi”jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak.Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk menghirup kopi. Si anak tersenyum seketika, menghirup kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu.

Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, Ayah?”

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah.

Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

“Kamu termasuk yang mana?,” tanya ayahnya.

“Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui… Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?”

IKTIBAR:

1. Apakah kita merupakan lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan diri.

2. Atau adakah kita hanyalah sebiji telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan terus menjadikan diri kita keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi adakah kita menjadi pahit atau keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

3. Atau adakah kita seperti serbuk kopi? Serbuk kopi yang boleh merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.

Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar juga menjadi semakin baik.

Saturday, September 26, 2009

Welcome Home


Gambar deme anak beranak di Welly 5 ari lepas

Malam ni Abang Ejam sekeluarga akan sampai
Dalam kul 8.30 departure kat KLIA
Pastu kul 11.00 naik flight ke Penang lak
Abah ngan mak gi amek, insyaAllah...

Abah ngan mak musti hepi punya la kan...
Anak cucu dah setahun tak jumpa nak balik
Hat anak sorang ni je yang deme dah bosan tengok...hukhuk..wat nada sedih lak

Hari Sabtu

Ye...memang hari ni hari Sabtu
Esok hari Ahad
Lusa lak hari Senin
Bila hari Senin maknanya dah kene sekolah

Waaaaa......nak cuti lagik!!!!

Friday, September 25, 2009

Berhari raya dengan Intan

1st day raya xde apa yang best pon..biasa2 aja
I'm not the one yang suke berkonvoi ke rumah orang
Sudah tamat zaman kanak2 mengutip duit raya
Sekarang ni zaman duduk umah mengabihkan kueh raya ajooo

Camnepon, saya dah plan untuk pegi open house at Anisani Resort
This year Nisa wat kat resort yang baru je dibuka beberapa bulan
Saya pon tak penah menjenguk lagi resort tu...
Anisani Village Restaurant pon dah lama tak pegi..
Paling last masa besday Puteri 2/3 tahun lepas

And i'm planned to go with Intan
But...plan was changed
Tak sampai hati plak nak ajak Intan keluar sebab dia jaga mak dia

Mak intan sakit stroke, parkinson and alzheimer
Sekarang ni cuma mata je yang terkebil2
Makan pon ikut tiub...tu pon susu aje setiap 3 jam sekali dengan supplement and ubat2 hospital
Sebelum tu kena sedut kahak dalam kerongkong mak dia


Semasa mak Intan masih lagi sihat


Sekarang...

Sempat la saya tengok Intan buat semua tu kat mak dia
Sempat bersembang2 lama ngan Intan...
Bermula dari cerita dia posting di Hospital Kulim dan awal2 mak dia sakit
Sampai la dia berhenti dan jaga mak dia....
Siap makan nasi tomato hasil air tangan 3 beradik lagi

Semoga Intan diberi ketabahan menghadapi segala kesulitan

Hari Mengacau Dodol

Tak terlewat lagi untuk saya mengucapkan :


N also tq to our ministry of education yang sangat berbesar hati mengapprovekan cuti khas yang secara tidak langsung menamatkan isu cuti berganti
Sangat suka dengan announcement tu tau
Sebabnya...saya telah pon memohon cuti rehat pada hari khamis
Means...cuti saya straight terus ajo la...
Hahahaha kemaruk cuti betullll!!!!

And cuti khas yang telah dikurniakan itu telah pon digunakan sebaik2nya untuk mengacau dodol
If not..kami terpaksa bekerja keras hari sabtu...
Mana nak kacau dodol, nak bakar lemang, nak potong daging rendang and so on

So..di keheningan pagi yang tidak bape nak sejuk tu...
Bermula la tugas saya..sebagai pengacau dodol tidak bertauliah
Ini lah step yang dijalankan sepanjang pagi jumaat tersebut
Mula kul 8 am and done at 11.30

Memula kena masak gula merah ngan air dulu...biar sebati dan ketepikan


Lepas tu...masak lak santan


Dah tu baru masuk campuran tepung beras ngan kapur yang telah sebati bersama air


Dah agak2 sebati...baru masuk gula okeee


Aktiviti mengacau selepas semuanya telah dimasukkan. and it took 3 and half hours!


Tara...sudah siap dan sudah boleh berehat!


Yang ini adalah orang kuatnya...Chef Zabidi and mak


Bukan ngelat ye...tapi berehat


Owh..yang ni plak mandor....keja di bahagian pembersihan dan memberi arahan aje...


p/s : for the detailed recipe, do contact chef zabidi

Car Signage

Wahahah...
Kekunun malam ni nak update story raya2
Tapi...selepas berjam2 mengesurf blog
Akhirnya saya hanyut mencari blog yang boleh wat car signage

Biarpon xde keta lagi...
Akan saya kumpul aksesori kereta yang cumil2 sedikit demi sedikit
caiyok!! jangan ilang sudah lah....

Tuesday, September 15, 2009

Data hapa lagi ni???

Tadi sebelum balik...Cikgu Sani cakap Mr Tay nak data lagi

Data hapa lagi ni Mr Tay oooiiii
Dah nak raya lagi nak data ke??

Dah terbayang2 register yang perlu dibuka tu...
Dengar perkataan data pon dah x boleh diterima akal yang waras masa tu..
X SUKE! X SUKE!! X SUKE!!!

Lepas ni nak ngadap buku catatn disiplin Cikgu Sani
Nak keluarkan sume nama pelajar form 5 yang dalam perhatian Unit Disiplin
Xde la banyak sangat nama nak kena keluarkan pon tapi...
Hati ini berat yang amat
Fobia dengar perkataan data

Khamis ni amek cuti rehat
Gi amek Yana kat IPDA
X tau la diluluskan ke x...

Sekarang ni semangat nak raya je...
biarpon xde baju raya mahupon kasut raya

Tak sabarnya....

L-U-P-A

Sejak dua menjak ni saya makin pelupa
Kengkonon nak gi Pusat Bandar beli itu ini...
Sampai kat Billion, round2 macam dah xde benda nak beli
Balik je umah baru teringat tak abes membeli
Mak pesan bijan...lupa!
Nak beli ubat...lupa!
Nak beli tudung...lupa!!
Sharifah minta belikan air musoffa...lupa!!
Haiyaaa....

Hari ni gi pusat lagi lepas sekolah
Lupa bawa baju...camne nak pilih warna tudung..AISH!
Lupa air musoffa yang Sharifah pesan...
Lupa nak beli bijan mak minta

Makin kritikal dah ni...
Berapa sebenarnya umur yang tahap pelupa teruk sangat ni

Monday, September 14, 2009

Info tentang poco-poco

Mula (petikan asal)
PETIKAN DARI EMEL YANG DITERIMA…MENGUCAP PANJANG SELEPAS MEMBACA….YA ALLAH MOHON DI AMPUNKAN DOSA UMAT MU INI…

Ntah betul ke tidak wallahualam. …

Dipanjangkan.…..

Salam…pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco.
Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

“Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.”

Masya Allah…penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini ‘terungkailah’ persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.

Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini. WALLAHUALAM
p/s : Saya selalu je wat poco-poco masa kelas PJK....adeh

Saturday, September 12, 2009

12 SEPTEMBER

Kita layan gambar di bawah yang dicurik dari blog penjual2 cupcakes semalaysia

Bulan puasa x dpt la nak makan kek bagai
Terpaksa la jamu mata je ngan gambar2 kek ni..
Hehehhe....

Maka dengan itu...
Hari ini genap la umur saya 24 tahun (bulat...xde perpuluhan)
Tq pada yang wish besday saya ni..my siblings and friends
n also tq to mak sebab lahirkan saya
tq to my abah yang rasanya xtau pon hari ni hari lahir saya
xpe...aiman x kesah

And thus....for myself:

MyHotComments.com

Wednesday, September 9, 2009

Sampul duit raya







Cuba zoom in harga dia
Kat Mydin sepeket 60 sen je
Tapi saya beli kat Bang Fong kedai cd tu dia jual 3 peket RM4
Sama macam picture di atas
Kalau yang design satu lagi yang cuma ada muka depan je plak RM2 untuk 3 peket

Info ni dapat masa baca blog cloudymonday

Alamak!!!
Serius saya rasa bersalah yang amat
Sebab saya tolong cikgu2 yang lain belikan kat Bang Fong
Tak amek untung apa2 pon sebab niat cuma nak tolong belikan aje
Tup2..rupanya ia tak semurah yang disangkakan
Cane nak wat ni ek???
Sangat-sangat rasa bersalah
Nanti deme ingat saya mark up lak
Dah la plak tu baru petang tadi beli peket2 duit tu...
LAGI LA RASA BERSALAH...


Thursday, September 3, 2009

Bonus Kakitangan Awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk memberikan bonus kepada kakitangan awam dan pembayaran akan dilakukan oleh kerajaan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sumber-sumber kerajaan memberitahu Malaysia-instinct, Perdana Menteri telah menyatakan persetujuannya agar bonus tersebut dibayar dan urusan pembayaran akan disegerakan untuk meringankan beban kakitangan yang terlibat.

``Bagaimanapun nilai bonus masih belum ditetapkan dan akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

``Pengumuman mengenainya pula akan dibuat sama ada pada minggu ini atau selewat-lewatnya pada minggu depan,'' kata sumber tersebut.

Pada tahun lalu kerajaan membayar bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan atau minimum RM1,000.

Pembayaran bonus itu pula dibuat sebanyak dua kali iaitu sebahagiannya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala bakinya pada hujung tahun bagi membolehkan kakitangan kerajaan membelanjakan wang tersebut untuk tujuan membeli persiapan persekolahan anak-anak.

Bagaimanapun, pada tahun ini timbul kebimbangan kerajaan tidak akan membayar bonus berikutan prestasi ekonomi dunia dan negara yang mengalami kemuncupan.

Lebih merisaukan apabila terdapat pandangan pihak tertentu bahawa bonus tidak boleh dibayar sebelum Hari Raya berikutan Bajet 2010 hanya akan dibentang di Parlimen oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada 23 Oktober ini.

Pada tahun-tahun sebelum ini, pengumuman mengenai bonus hanya dibuat ketika pembentangan bajet dan pembayarannya dibuat selepas itu.

Pembayaran bonus sebelum bajet pada kali ini bakal mencatat sejarah baru dan menepati gagasan Najib yang mahu kebajikan rakyat diberi keutamaan seperti yang digariskan dalam konsep 1 Malaysia.

Sumber itu menambah, Perdana Menteri amat mengambil berat tentang kesusahan kakitangan rendah yang perlu berbelanja lebih untuk persiapan menyambut Syawal.

``Beliau prihatin dalam hal tersebut walaupun ramai yang meramalkan tiada bonus akan dibayar pada tahun ini.

``Tunggulah, berita gembira akan menyusul,'' katanya tanpa mahu mengulas dengan lebih lanjut.

Wednesday, September 2, 2009

Data yang tak berkesudahan

Akhirnya...selepas berhempas pulas siapkan segala benda
Dengan bantuan rakan2 guru yang lain
Siap sudah 3 data bersama2 suratnya yang akan dihantar ke PPD

1) Data SSDM...credit to Cikgu Joe yang membantu
2) Data Anti Ponteng...credit to Penyelaras2 yang bersusah-payah menyelak register selama 3 bulan ni, pelajar yang ada yang membantu saya...dan Tunisha yang dipaksa rela
3) Data Operasi Ponteng...yang ni credit untuk cikgu2 disiplin yang bagi data..

kadang2 rasa macam saya ni PK HEM je...ntah2 dia sendiri pon tak tau semua ni
kadang2 tu pulak rasa macam saya ni Pegawai Banci...sampaikan transport pelajar ke sekolah pon nak kena ada datanya jugak

Yang penting...
Boleh la tido lena malam ni
Eh...tunggu dulu!
Selagi tak minta pengesahan pengetua, selagi tak sampai kat meja PPD...tak boleh lena lagi
But at least takde dah la mimpi data2 aja
Malam ni nak mimpi apa ye....


Sapa dia tu???

Sapa Manohara Odelia Pinot?? Saya pon baru first time dengar nama ni. Tapi hasil google saya, dia ni seorang , yang berkahwindengan seorang putera raja dari Kelantan bernama Tengku Muhammad Fakhry. Mereka telah berkahwin pada tahun 2007 yang lepas dan selepas itu langsung tiada kedengaran tentang wanita ini.

Terbaru, bekas ini dilaporkan telah disiksa dengan sebilah pisau di mana bahagian dadanya telah ditoreh-toreh oleh suaminya itu. Kemungkinan kejadian berlaku bermotifkan cemburu. Demikianlah yang dilaporkan oleh ibu semalam.


Cantikkan...suci je muka dia

Nak info lagi??? Google la sendiri....

Laman Web Malaysia digodam

Tuesday, April 28, 2009 ni berita yang baru penulis terima dan cukup menggemparkan! Nasib yang menimpa Manohara Odelia Pinot bukan sahaja menarik perhatian media malah turut menarik “hacker” atau penggodam dari Indonesia untuk mencerobohi laman-laman web Malaysia!

Perkara ini telah berlaku sejak minggu lepas namun tidak dihebohkan oleh media Malaysia.

Hacker yang menggelarkan dirinya sebagai “Gembel Cyber” telah memecahmasuk laman web seperti amssolution.com.my, aspati.com.my, hkl.gov.my, carihouse.com, dan uumtvchannel.com.my. Beberapa laman web yang telah terkena serangan ini telah berjaya dipulihkan namun uumtvchannel.com.my masih lagi dikuasai oleh hackers.

Kerosakan yang dilakukan oleh hackers ini ialah dengan menampal bendera melaysia yang dijelmakan dalam bentuk tengkorak di bahagian atas laman web tersebut manakala di bahagian bawah ditulis F*** Maling**** diikuti dengan kata-kata sokongan mereka terhadap Manohara yang berbunyi begini :

–==[[GembelcybeR was heRe]]==– |

Dedicated To : Manohara Odelia Pinot
Kami Tidak Rela
Wanita INDONESIA
Disekap Dan Dianiaya Oleh Kalian..!!

:ThanKs To:
| byz999 | controlaltdel | kaRMa666 | nG4p4KCyb3R | lintah_cyber |chikmonk | SPY KIT | MetroPoliX | DJ4iL | D3RRYL_O1O1 | PHO3NIX H4XOR | Bl4ck_H4t | vires jatimcrew

Di Indonesia sekarang heboh tersebar melalui pesanan berantai di Yahoo Messenger bahawa hackers di Malaysia akan membalas dendam terhadap rakyat Indonesia dengan menggodam email mereka bermula esok. Betul atau tidak, kita tunggu je la esok ye.

p/s : Nampaknya isu Manohara Odelia Pinot ini telah mengundang kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Komen-komen negatif mereka terhadap Malaysia boleh dilihat di laman web
Sosialita Jakarta.